Warong Kelantan Gulai Tempoyak Ikan Patin - Kampung Pasir
Haaa kali ini JJNM pergi tak jauh,dekat dengan rumah RA jer.selang 800meter dah jumpa warong ini.Warong ini menyediakan pelbagai makanan pagi masyarakat Kelantan dan Terengganu iaitu Nasi Dagang dan Nasi Kerabu.Selain itu ada pelbagai lauk seperti Gulai Tempoyak Ikan Patin,Nasi Lemak,Nasi putih,Kari ikan tongkol,Paru goreng sambal,ayam goreng,Laksam dan pelbagai lagi menu di sediakan untuk bersarapan pagi.Lokasi di Kampung Pasir,Tampoi (masuk dari Station Petrol BHP).Warongnya diJalan Dato Musabersebelahan simpang tiga dekat dengan balai raya.
Seperti biasalah janji nak bersarapan pagi jam 9pagi bersama-sama Kak Ros,Azie Nik,Fuad dan Abang Mad berlarutan menunggu mereka tiba sehingga jam 10pagi
Kalau letak baju basah kat atas bumbung warong ini boleh jadi garing baju tu dalam masa 30minit jek.huhuhu.
Yalah kesemua mereka ini adalah anak-anak didik artis terkenal yang tiada di Jb sebab menerima undangan menyanyi di sekitar Mersing.Kalau tak ada artis tu anak-anak didik dia mesti membawa legasinya sampai ke sini.hehe
Ok inilah dia Gulai Tempoyak Ikan Patin yang di ambil oleh abang Mad beserta paru goreng sambalnya yang pedas.Ini dah kira makan tengahari sekali lah ini.Tu lah datang lambat,kalau datang awal sikit dapat rasa lauk ini panas-panas.
Warong ini di buka pada pukul 630pagi hingga jam 12tengahari.Tapi selalunya kalau hari bekerja tak sampai pukul 11pagi kesemua lauknya sudah habis di jual.RA sendiri terperanjat sebab nampak bekas guru kelas sekolah agama RA makan di sini.Duduk jauh kat Taman Suria sampai ke Kampung Pasir dia dan suaminya bersarapan.
Kak Ros lepas makan Laksam dia pekena Nasi Dagang tapi lauknya dari Nasi Kerabu,sebab Nasi kerabu yang warna biru tu tak sampai kul 10pagi dah habis di jual.Kalau dah datang ramai-ramai ini memang tak cukup meja kalau amik satu je.Ini adalah meja untuk kami orang dewasa.
Yang ini pulak meja untuk anak-anak makan.Tak muat nak aturkan panjang sebab warong ini bukan besar sangat.Paling pun dia ada 7Meja je di sini.
Borak punya borak tak sangka masa dah pukul 1130pagi.Jadi kami semua pun angkat kaki untuk pulang.Jumlah kesemua makanan yang kami makan tadi RM94.00 sahaja.(6Dewasa+8kanak-kanak)
Hi RA...eh eh eh memang nak kene terjah tempat nih. Saya suka sangat masakan style kampung nih. Weekend ni nak pegi carik. Saya tertarik dengan entri2 kat sini sebab banyak tempat2 makan menarik RA cerita dan ada lagi yg saya belum pegi walaupun orang JB hehe.. Blog saya pun berkonsep sama jugak...pasal tempat2 makan jugak dan kebanyakan nye di area Johor. Senang2 tu RA jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com dan kalu sudi tu follow yer TQ bebanyak.

Bro,blog yang awk punya tu kawan dah 3-4kali tengok dulu....tp tak sempat nak add.bila cari balik tak jumpa alamatnya sebab tak save.best gak sbb ada tunjuk tempat makan luar dari JB...
bulan puasa dia tak operasi,tutup..dia meniaga bukak kt bazar ramadhan Kampung Pasir tp rasanya tak jual Gulai Ikan Patin tu.tp try la tengok kalau ada rezeki ari tu dia nak jual

7 comments:
Hi RA...eh eh eh memang nak kene terjah tempat nih. Saya suka sangat masakan style kampung nih. Weekend ni nak pegi carik.
Saya tertarik dengan entri2 kat sini sebab banyak tempat2 makan menarik RA cerita dan ada lagi yg saya belum pegi walaupun orang JB hehe..
Blog saya pun berkonsep sama jugak...pasal tempat2 makan jugak dan kebanyakan nye di area Johor.
Senang2 tu RA jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com dan kalu sudi tu follow yer TQ bebanyak.

ok brader TQ!
Ade no phone pkcik kedai tu x...bln puase ni mcmne plk..husband teringin nk mkn ikan patin gulai tempoyak ni.tq.

Post a Comment