Saturday, August 31, 2013

MMA di Danga Bay

 Nampak tak tiket yang RA beli tu? Akhirnya pertandingan campuran seni mempertahankan diri atau lebih di kenali dengan MMA (Mix Martial Art) telah diadakan di Johor Bahru.Selalunya pertandingan macam ini hanya di adakan di Penang & Kuala Lumpur sahaja.RA memang tak ketinggalan melepaskan peluang ini lebih-lebih lagi jurulatih kecergasan RA iaitu Lyzel dan June ada menyertai acara sebagai peserta pertandingan.


 Lyzel dari pilipina akan menentang Helen J dari United Kingdom yang merupakan juara bertahan "Ultimate Beatdown" di Phuket.Persiapan memang telah lama di buat oleh Lyzel sejak dua bulan lepas lagi bila RA selalu melihat gambar-gambar latihannya di Facebook.

Inilah dia jadual perlawanan yang berlansung tadi yang begitu agak padat

Perlawanan pertama bermula pada jam 745malam menyaksikan Malaysia melawan Singapura.Rata-rata perlawanan di sini lebih kepada Malaysia menentang Singapura.Sebanyak lebih 20 perlawanan kesemuanya.Gambar di atas ini gambar perlawanan jurulatih kecergasan RA iaitu June menentang peserta dari Singapura.

Ramai yang masih tak tahu sebenarnya perlawanan campuran di antara peserta seni mempertahankan diri ini mencari siapa yang boleh menjatuh dan mengalahkan lawan dengan cara apa sekali pun tanpa mengunakan senjata.Pada perlawanan ini serangan berbentuk serangan gerila menjadi pilihan rata-rata peserta sebab kemenangan sahaja yang di mahukan.

Perlawanan antara Lyzel dan pencabarnya paling mendebarkan.Lyzel tewas kerana pencabarnya begitu berpengalaman dalam serangan gerila dan tinju.Dalam kurang 5minit Lyzel tewas di tangan lawannya.Kecewa juga kami semua yang datang untuk memberi sokongan padu kepadanya 

Antara babak-bapak terbaik perlawanan di antara Lyzel & Helen.Menarik kan? RA yang menyaksikan pelawanan secara langsung ini pun dok terjerit jerit teriak nama Lyzel.hehe. 

Haa inilah dia lawan dari Singapura yang menentang June dan Helen lawan dari UK yang menentang Lyzel.Amboi anak si Lovely (anak Lyzel) sempat bergambar lagi dengan orang yang menghentam ibunya di dalam kandang perlawanan. 

Acara di teruskan sehinggalah ianya tamat jam 1030malam.Perrgh kami yang tengok,rasanya lebih penat kot dari yang lawan sebab dari jam 7malam sampai ke 1030malam kami semua tidak di berikan kerusi yang mencukupi walaupun rata-rata membayar RM30 sekepala untuk melihat perlawanan ini.Di harap di masa akan datang penganjur pertandingan tidak hanya mengejar keuntungan sahaja yea.

Wah sukalah tu dia menang malam tu.Kami semua bergambar di dalam kandang perlawanan beramai-ramai sebagai kenangan.

Tamat sahaja semua perlawanan mulalah aksi bergambar beramai-ramai di adakah.Malam itu Malaysia memang menentang Singapura dengan 11Perlawana Menang dan 5Pelawanan Kalah.


Perut dah lapar,lepas tu kami semua turun ke Kafe Lazio di tingkat bawah tetapi kecewa sebab tukang masak cakap menu dah abis.Biasalah malam minggu,nak balik awal jadi dapur pun tutup awal yea...

 

Apa yang dapat RA katakan pertandingan malam ini betul-betul menjanjikan nak nak bila ianya di adakan pada malam sambutan Hari Merdeka...Rasanya belum terlambat lagi RA nak ucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 56Tahun.

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget