Monday, April 1, 2013

Keseronokkan di Melaka di teruskan

 Masih lagi di A Farmosa Resort untuk hari ke2.Nampaknya pagi-pagi lagi semua anak-anak dan bangun awal pergi mandi di kolam renang dan meninggalkan ibu bapak yang masih di buai mimpi di bilik.Sarapan RA dah sediakan seawal jam 7pagi hasil tempahan dari semalam di Taman Sri Naning bersebelahan A-Farmosa Resort.Mak cik yang RA tempah sarapan ini buat Nasi Lemak 50bungkus,Mee Goreng 20Bungkus,Kuih Karipap sardin dan kentang 100keping,Pau dan kuih muih yang lainnya.Banyak jugak yang kitaorang dapat makan pagi tu.Mijot dan Ny datang di A Farmosa seawal jam 10pagi masa semua masih lagi belum mandi.

 Ini dia sesi bergambar sambil memakai baju yang telah di taja oleh En Zaidi Saori.Banyaknya kau taja Eddie.

 Ini semua bergambar di lobi Kondo kitaorang di Tower 3.Masa ini semua nak bergerak daftar keluar untuk pulang ke rumah masing-masing dan ada yang ke WaterWorld A.Farmosa.

Ini semua dah kepenatan sebab berenang bagai nak rak kat kolam mandi seawal jam 9pagi tadi.

 Macam comel lak budak-budak nie pegang kain rentang.

 Dah puas semua bergambar dan mengucapkan selamat jalan sebahagian dari kami masuk ke Waterworld A Farmosa.Amik kau kepenatan sampai anak diel dan mamak ini.

 RA dah masuk seawal jam 1030pagi lagi sebab nak menemankan anak angkat RA si Lysha.Boleh pulak dia takut nak mandi? Akhirnya jam 1130pagi dia balik RA mandi la sensorang di sini menunggu yang lain-lain tiba.Jam 2petang RA keluar dari waterworld dan menuju pula ke Bandaraya Melaka.

 

Kalau singgah ke Melaka tak singgah minum petang di Coconat Shake Klabang.

 

Perut pulak dah lapar,terus sambar nasi lemak dan karipap kat sini.Kedai makannya sekarang dah di bukak ke hadapan rumahnya.Manakala yang hendak bungkus boleh lah beratur panjang di tepi jalan menghala ke pantai Klabang.

 

Inilah dia kedainya,Ra makan bersama Ny , Mijot , Nurul dan Lyn di sini.

 Orang memang tak putus-putus datang minum kat sini dari luar dan dalam Melaka yea.Kalau kena beratur pun RA sanggup sebab rasanya sedap.

Ok masa untuk solat jadi kami semua singgah ke Pulau Melaka menikmati pemandangan masjid terapung sambil bergolak jamak.Perut RA pun dah mula meragam masa ini,nak cari tandas.

Sementara menunggu yang lain-lain keluar dari Waterworld kami singgah ke Mahkota Parade sebelum kami semua berjumpa di Medan Ikan Bakar Alai untuk makan malam bersama-sama.

 Yummy sebab dapat rasa ikan pari bakar kegemaran RA.Harga di sini boleh tahan murah lah jugak.Kalau tahun lepas RA ke sini tempat letak keretanya masih belum di kenakan bayaran,tapi kali ini bayaran RM1.00 dah pun di kenakan.Akur ajer la.

Muka-muka ceria yang ceria dalam kepenatan hehehe

Jam 830malam kami semua bertolak pulang ke Johor dengan menempuh perjalanan yang penuh dengan kereta & kesesakkan teruk hampir 4jam.Perrhhhh penat beb....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget