Sunday, February 17, 2013

Mood Tahun Baru Cina Lagi....

Cuti hujung minggu ini barulah betul-betul RA dapat merehatkan badan sebab cuti Tahun Baru Cina dah ke Vietnam berjalan.Seharian RA penuhkan masa dengan tidur sahaja.Hingga jam 3petang RA dapat pesanan Whatapps yang mengatakan Nik dan keluarga mengajak jalan di Legoland.Jam 5petang baru RA tiba di sana,sebab terpaksa kemas dulu bilik RA yang dah macam tongkang pecah tu.

Legoland meraikan sambutan Tahun Baru Cina untuk pertama kalinya di Asia.Pada petang itu di adakan persembahan tarian Singa bagi meraikan pengunjung-pengunjung yang ada di sini.Legoland juga baru sahaja berjaya membina 1juta blok lego berbentuk Ular yang ekornya sepanjang 315meter.Menjadikan ia menempah nama di dalam Malaysia Book Of Records.

Dalam pada itu sempat jugak RA main satu dua permainan di sini (sekadar melepaskan gian).Malam itu selepas sahaja pulang dari Legoland RA bersantai makan malam bersama Nik sekeluarga,Azie & Olie Sekeluarga,Ayong dan Abang Yunus di Restoran Banafie Lama berhadapan New York Hotel.

  Sampai je terus pesan makanan,sebab perut dah lapar kalau tunggu yang lain-lain sampai alamat kebuluran RA nanti.Tomyam ini si Nik yang punya

Nasi Goreng Daging Merah RA dan Fuad yang punya.Nasi Goreng Paprik Akmal yang punya.

 

 Dan Nasi Goreng Cina Faiz dan Shami yang punya.Nasi Ayam Penyek Abang Chu yang punya.Makanan sampingan cecah-cecah tekak (makanan ringan lah) ialah Keropok Lekor,Satar,Otak-Otak dan Kebab.

 Ini sajalah gambar yang sempat di rakam pada malam itu.Si Azie sibuk suruh orang bergambar guna telefun bimbit dia,tapi gambar satu haram pun dia tak pos kan kat RA,jadi apa yang ada je lah ini yea.

P/S : AMBOI BARU LAH NAMPAK GAMBAR DI ATAS INI BERNYAWA SIKIT YEA.(Dah berkepak)

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....