Sunday, February 24, 2013

Kelicinan Makanan di malam Ahad

Siang tadi Olie,Nik,Fuad,Habang Mork,Kak Ros & Azie mengidam nak makan Burger Longgok kat Pasar Karat jadi selepas sahaja jam 6petang RA terus ke Gim menunggu yang lain-lain tiba untuk sama-sama ke Pasar karat.

 Nasib baik semua datang tepat pada waktunya walaupun ada yang tiba lewat 10minit tapi masih boleh di maafkan.Cuma bila berjalan ke gerai burger longgok tu tutup pulak hari ini,termasuklah burger bakar yang kat belakang CIMB tu pun tutup.Akhirnya kami semua ke BP Point gerai Burger Bakar Abang Burn.Tengok lah dua orang remaja purba ini bila dapat makan burger bakar.

Yang setiap hujung minggu ke gim gigih membakar lemak(katernya) tu pun  bila dapat burger tak hengat dunia yea.Habis di bedalnya sampai licinn...Dah tak pandang kiri kanan sampai orang amik gambar dia pun dia tak perasan.Mengecek "Onion Ring" orang sebelah dia punya lagi.

 

 Dua jari berbentuk "V" yang menjadi label ataupun "TradeMark",tak pernah lekang dari gambar kami.(walaupun abang "Trademark" takde yea)


 Maaf yea,RA makan Nasi Goreng Cina + Telur Mata sahaja yea.Sebab perut RA masih lagi tak berapa sedap selepas silap makan semalam.Jam 10malam balik rumah terus RA sambungan drama "Janji Shira" siri akhir nie.(tetiba mood drama).Oklah RA nak sambung tengok drama ini yea...Bai-bai,Manbai,tok lebai.

 

 Ingat yea semua trademark baru kita "......."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget