Wednesday, February 13, 2013

Destinasi : Saigon Vietnam - Bahagian Akhir

 Hari Terakhir 

* Saigon -- KL -- JB *

 Pagi ini selepas bersarapan sempat jugak RA ke pasar Ben Thanh untuk membeli belah di saat-saat terakhir menghabiskan sisa baki duit Vietnam Dong.Balik pukul 11 pagi RA terus mengemas bag untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Saigon.

 Jam 130petang teksi yang menjemput RA pun tiba di hadapan pintu hotel.Terus pikul bag dan bawak masuk dalam teksi.sayu jugak hati nak tinggalkan Vietnam,tapi gembira sebab dapat lepaskan rindu kat kampung halaman.RA di kenakan tambang teksi sebanyak VND140,000 iaitu sekitar RM22.Sampai sahaja yang lain-lain kami terus masuk ke dalam untuk daftar masuk.Boleh tahan cantik jugak lapangan terbang mereka ini.

Inilah bag yang sempat di beranakkan ketika berkampung selama 5hari di Saigon.Dengar-dengar ada orang tu berhabis sampai RM4000.Tu pun banyak dapat di jimatkan dengan mengikuti lawatan berkelempok dengan pelancong-pelancong luar dari Malaysia.Kalau ikut lawatan persendirian,memang banyak lagi lah duit yang habis.

Ok "Boarding Pass"  pun dah dapat,bolehlah masuk ke dalam menanti pesawat berlepas.RA pulang ke JB melalui KLIA manakala yang lain-lain pulang ke KL terus.Tiba di Lapangan Terbang Senai jam 1020malam dan terus capai teksi pulang ke rumah.Rindunya kat lontong dan Nasi Lemak.Esok pagi dah boleh bedal makan...yeahhhhh!!!!


Pengalaman 5Hari/4Malam di Saigon semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina akan RA simpan menjadi kenangan manis.Orang cakap jauh berjalan luas pemandangan.Jadi kalau ada sesiapa yang mahu bercuti ke Saigon,Vietnam boleh lah menghubungi RA di talian 0127709809 (Adam/Naz).Yang ada Whatapps tu pun boleh text RA.

4 comments:

Nina K's Luviee said...

u have such a gorgeous blog dear let's follow my blog,i'll follow yours then http://nina-wns.blogspot.com

RioAzzaro said...

tq....yr blog byk pic retro seh,cayalah

Irfa said...

hai tuan rumah
singgah sini masa mencari info ke sgn

RioAzzaro said...

masuk la...tambah nasi lagi meh...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget