Monday, November 5, 2012

Opah Nak GangNam Di Hutan Bandar

Di sebabkan penangan "Gaya Oppah Gangnam a.k.a GangNam Style".Jadi pagi semalam inilah barisan-barisan peserta bidan terjun yang hadir untuk menyahut cabaran Opah untuk mengnyah singkirkan lemak-lemak dalam badan yang telah berkumpul sejak 2hari lepas.Bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini,kesemua yang hadir telah mengambil bahagian dalam tarian senamrobik + Gaya Gangnam.Aksi mesti lebih,walaupun terkial-kial mengikut rentak tari dari ketua penari kecergasan yang berada di hadapan sekali.

 

Tiba seawal jam 730pagi bagi mengelakkan tempat letak kereta penuh.Dalam sibuk-sibuk nak senamrobik sempat lagi bergambar macam nak rak dan bagi yang tak larat nak berlari atau bersenamrobik bolehlah main badminton macam yang di buat oleh Olie dan anaknya itu.Sampai kat padang ini RA dah terdengar suara si Azie yang berada di tapak senamrobik memanggil suaminya,si Olie. Bayangkan betapa kuatnya suara dia.huhuhu.Luaskan padang ini.  


 Ada makanan pulak? Kalau macam inilah caranya , memang lemak dalam badan akan jadi lemak tepulah jawapnya.Lepas jer bersenam di Mutiara Rini,terus ke Gelang Patah untuk bersarapan (yang jauhnya kira-kira 8KM -kater naib pengerusi)

Nah amik kau sepinggan Lontong + Nasi Ambang + Nasi Lemak + Ayam Goreng + Roti Canai (lap dengan tisu) + Roti Sardin dan teh tarik masuk ke dalam perut

 

 Gigih bersenam pagi-pagi dan gigih juga bersarapan.Pakcik kedai yang tengah tebar roti canai tu tersenyum je tengok riuh rendah kumpulan Gangnam dari Korea ini bila berkumpul makan.

2 comments:

Anonymous said...

U r cute...happy gangnam!!

RioAzzaro said...

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget