Saturday, November 3, 2012

Mengisi Perut Di Selera Johor

Semua tahu pagi tadi balik rumah lepas tonton wayang jam 4pagi,jadi sedar-sedar je dah pukul 12tengahari.(abis terlepas subuh aku).Bangun je tengok telefun bimbit ada 3 panggilan tidak berjawap.Terlupa pulak petang ini ada majlis makan suka-suka sempana membawa Kak Ros & keluarganya yang belum pernah makan rojak asma di Selera Johor Plaza Larkin lagi.

 Petang itu hujan turun lagi,kali ini kejap-kejap lebat,kejap-kejap renyai.Walaupun ketepatan masa seperti yang di janjikan agak mengecewakan,tetapi sangat mengagumkan RA sebab kehadiran 99% ahli majlis tertinggi mengeteh ada pada petang itu.Cuma 1% sahaja yang tidak dapat hadirkan diri atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan.(faktor Civil katernya).Ramai yang hadir selepas masing-masing bersuka ria di Legoland.Ada yang menghadiri majlis tari menari tadika anak dan ada yang datang terus dari rumah.(nak masuk Singapura pulak lepas tu katernya)

 

Lapar sungguh petang itu sampai RA balun Rojak Asma sepinggan + Nasi Goreng Ikan Masin lagi.Memang kelaparan tahap DewaRaya siri ke 112 yea.Ibu-ibu dan anak-anak pulak riuh bertukar-tukar pandangan semasa ke Legoland,keras dan kejung badannya sebab lama tak naik "Roller Coaster".Sementara yang di WhatApps hanya dapat lihat gambar yang di hantar sahaja.

Ini pulak ABC yang di makan oleh Nik & Fuad sekeluarga.Walaupun nampak sedap,RA dah tak larat nak menambah dah.Cukuplah tu.Hujan masih lagi turun saat kami semua bersurai,kali ini cukup lebat.Terus RA bergegas ke Clark Hatch untuk masuk kelas Hip Hop Alex.(lama dah tak masuk kelas dia).Rupanya RA sorang je yang datang pada petang yang hujan hari itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget