Wednesday, November 28, 2012

Alamak Cuti Sakit

 Haaa kenapa pulak tetiba RA kuarkan gambar ubat-ubatan ini yea...sebenarnya RA amik cuti sakit hari ini sebab dari jam 10malam semalam sampai ke pukul 10pagi tadi RA tak abis-abis kuar masuk tandas.Perut bila makan je leh jadi keras lepas tu nak ke tandas pulak.Sah kena keracunan makanan.Tak tahu lah makan apa sampai sakit macam ini.Jam 9pagi dah tercongok depan Klinik Aman nak buat rawatan.Tapi jururawat klinik tu cakap doktor masuk lambat jam 945pagi pulak.Aduhai punnnnn.....Terpaksa la RA menunggu lagi 45minit.Sambil tunggu sambil main internet kat telefun bimbit RA,sekali datang 2orang budak Nepal nak buat rawatan jugak.Tetiba dia kuarkan telefun bimbit alamak Samsung S3 daaa......kaya betul budak-budak Nepal ini yea.Balik buat rawatan dan dapatkan ubat RA tidur seharian sampai ke petang

.Sadar-sadar jam dah kul 3petang,perut pulak dah berbunyi.Maklumlah pagi tadi makan biskut je buat alas perut.Tetiba tengok telefun bimbit kawan-kawan mengeteh aku nak lepak makan kat Warong Goreng Pisang Mawar.Apa lagi jam 530petang RA terus bergegas ke sana.Maklumlah perut dah lapar giler Gaban,sakit pun RA gagahkan jugak.Inilah hasilnya bila dah makan beramai-ramai.

Yamseengggg!!!!!. (balik dari Mawar terus ke tandas tapi Alhamdullah,takde cerit birit da)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget