Sunday, October 28, 2012

Satu Hari di Hari Ahad

 

 Ok ruangan kali ini asik citer pasal makan je lah.Hari Ahad ingatkan nak berehat di rumah setelah penat dengan aktiviti berjalan je 2hari berturut-turut.Tapi tetiba bila bukak "Whatapps" kat telefon bimbit ada jemputan rumah terbuka pulak di Johor Bahru.Jadi lepas je mandi pukul 1130pagi tu RA bersiap-siaplah nak ke rumah teman RA yang terletak di Kondo Wadihana sempena rumah terbuka merangkap majlis kesyukuran dapat rumah baru.(katernya).

 

Makaromi Goreng

Ayam Goreng

Kueh-Mueh

Pasta 

Aiskrem

 Memandangkan masih ramai kawan-kawan yang balik ke kampung sempena cuti Raya Haji,jadi kurang sikit jemputan yang hadir,tapi tetap meriah walaupun pemain DVD rosak (tak dapat tengok filem ramai-ramai).

 Memandangkan jam 4petang nanti ada temu janji dengan kawan-kawan mengeteh RA kt Danga City Mall (DCM) maka terpaksa lah RA tunggu dari jam 1230 tengahhari sampai jam 330petang.Dah siap nak gerak dapat pulak permintaan suruh lewatkan perjumpaan ke pukul 5petang pulak.Terpaksa lah aku lepak lagi kat rumah kawan aku tu lagi sejam.Malas nak balik rumah sebab kondo kawan RA dah dekat dengan DCM, jadi penat nak ulang balik rumah.

 

Jam 5petang dah tercongok kat DCM,terus ke Restoran Jom Bali jumpa dengan Nik & Fuad sekeluarga.Rupanya ada pamiran kereta di sana.Ada jugak jualan murah di MetroJaya & UO.Walaupun dah turun ke UO tetapi tetap berminat nak ke MetroJaya.RA nak tandas pun ada orang telefun,sebab dia tak dapat membeli belah.Memandangkan Hari pun dah nak malam jadi kami pun santai makan je kat Restoran Jom Bali kat tingkat bawah DCM ini.

 Nasi Goreng Tomyam & Nasi Goreng Kampung

 Yang ini pulak Kueh Tiew Basah



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget