Saturday, October 27, 2012

Ke USS Halloween Horror Nights

Akhirnya masa yang di tunggu-tunggu telah tiba.Semalam selepas sahaja menyambut Hari Raya Haji,jam 5petang aku sudah bergegas ke Pizza Hut Taman Perling.Di sana aku menjemput anak-anak Kak Rovita dan anak Kak Ros untuk masuk ke Universal Studio Singapura yang menambah masa operasinya hingga lewat malam pada hari tu.Taman Tema terkenal itu telah bertukar menjadi tempat yang menyeramkan.


SELAMAT DATANG KE 

HALLOWEEN HORROR NIGHTS 2

 

 Ini adalah kali pertama RA,Clady,Alice,Owen & Nizam merasai suasana seram masuk ke sini.Selalunya masuk waktu siang main rides sampai ke petang.Malam itu taman tema ini terbahagi kepada 5 bahagian.

di Pintu masuk rumah taman tema ini adalah lokasi filem "House Of Dolls".

 Sikit la punya ramai umat pada malam tu.Sampaikan tiket nak masuk Halloween Horror Night ini sudah habis terjual.Nasib baik kami dah beli awal-awal.Suasana suram dengan muzik seram dari sistem bunyiannya membuatkan kami semua teruja nak melihat apa lagi kejutan yang ada di sini.

Bingkisan anak-anak patung dan di selang selikan dengan kehadiran hantu-hantu bertopeng mengejutkan Pengurus "ONE DIRECTION" a.k.a Alice,yang kononnya cakap berani haha.

 Bagi mengelakkan membuang masa di situ,kami bergegas ke "Transformer 4D The Rides" untuk merasai suasana AUTOBOT.Beratur 30minit jugak nak dapat naik.

 

 Selesai sahaja kami terus ke kawasan "City Hall" Zomba,ehhh Zombi (dah macam hanti mak Limah la pulak).Suasana hiruk pikuk di sini dengan kenderaan terbakar dan berselerekan persis dalam filem Resident Evil pulak.Sebelum melewati ke kawasan RA lihat ramai betul orang yang beratur nak masuk ke rumah hantu Resident Evil.Masa menunggu tertulis 80minit (giler satu jam lebih)


Tak pe bagi diaorang naik lagi satu ride iaitu "Galactica Human" tu pun dekat sejam jugak diaorang beratur nak naik.Aku?? duduk bawah je lah dengan Owen jaga bag diaorang,sebab kitaorang gayat.Dah puas naik roller coaster kami ke kawasan Revenge of Mummy pula.Di sini ada Bizarra Bazzar (bazar ala-ala penyiksaan getoo lah)

 
 

 Amboi sukanya dia dapat amik gambar yea...tak aci tul di Clady tu asik dia je nak bergambar.Aku lah jadi juru kameranya.Kesian Mummy tu tak leh toleh-toleh kepala bila 4 budak nakal ini tarik dia amik gambar,dah macam pesakit hospital dah hantu tu jadinya

 

Tup-tup diaorang semua berkumpul kat depan piramid terus buat tarian kuno Mesir.Kelas kau Jah....Korang Mampu? haha

Haaa inilah dia muka-muka hantunya yang sempat di rakam di lensa kamera murah RA,huhu.Meriah la pulak tempat tu dah macam pasar malam dengan orang lalu lalang.

 Yang ini pulak rumah hantu orang Cina yang di berikan nama Death Alley.Dah pukul 1130malam baru boleh masuk ok.Nak masuk awal-awal sikitlah punya umat yang beratur.Masa menuggu 15minit je.Masa ini muka si Owen dan Clady dah hilang mood.Sebab sebelum ke sini kami nak masuk hospital berpuaka yang terletak di Water World.Tapi beratur sikitlah punya panjang sampai 1jam 30minit menunggu pun tak dapat masuk lagi,sakit Hati betul.Nasib baik yang ini tak lama tunggu.Kalau tak mesti bonyok lah muka si Clady lagi hehe.

 Terjerit-jerit lah si Alice sebab semua hantu minat nak terperanjatkan dia dan mintak autograf.Yealah pengurus kumpulan One Direction tu.Bukan calang-calang orang masuk jumpa diaorang.hehehe.

 Boleh tahan seram jugak,lepas tu ke rumah hantu Resident Evil pulak.Kali ini masa menubnggu 30minit sahaja.Jadilah dari kena tunggu sejam lebih.Tapi rumah hantu yang ini memang terbaik.Pandai diaorang deko.

 Asik asik nak bersembunyi kat belakang aku je.Siap tarik baju si owen dan bagi aku sebab Alice nie penakut.huhu.

 Haaa inilah dia hospital berpuaka paling lama nak beratur masuk.Siapa yang ada ekpress pass sedap lah dapat masuk tak payah beratur panjang.sakit tul hati kena tunggu sampai sejam setengah lepas tu boleh cakap ada masalah teknikal pulak.

 Habis anak patung toyol si nizam angkut.berebut-rebut nak bergambar katernya.Kepala pun dah bertanduk.Beli kat situ harga S$10 ok.Mahal lak tu.huhu

 Dah nak pukul 1pagi masih lagi ronda-ronda di pekan House of Doll.Nak amik gambar katernya.Muka pun dah penat bukan sebab berjalan,tapi sebab beratur panjang.

 Sebelum nak balik tu wajib amik gambar dengan semua karektor-karektor hantu di sini.

 Ingatkan nak gerak jam 130pagi,tapi terpaksa tarik diaorang ini semua keluar tepat jam 1pagi.Bukan apa takut nanti mak - ayah diaorang risau.Janjinya nak balik jam 12tengah malam tapi sebab taman tema ini bagi masa tambahan sampai jam 1pagi,kami larong je lah.


 Jam 1pagi kami bertolak pulang ke JB dengan menaiki kenderaan aku melalui Tambak Johor.Yang 3orang adik beradik ini dah terlentang tidur kat belakang kereta siap berdengkur si Owen.Clady pulak tidur siap mulut terngaga,nasib baik takde cicak masuk.Yang tinggal si Nizam jelah yang layan aku berbual sampai tiba di rumah.Nasib baik ada kunci nak masuk rumah haha.

JUMPA LAGI TAHUN DEPAN HALLOWEEN HORROR NIGHTS 3 PULAK



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget