Sunday, October 25, 2020

Berbahagi Rezeki - Erti Sahabat

 Sebuah cerita realiti yang tidak di canang...

RA baru balik dr batu pahat bersama rakan-rakan menghantar bantuan.Kami jumpa satu keluarga ni menjaga seorang sahabat yang dikenali sejak 20thn sewaktu bekerja di kilang yg sama dulu...

Nama kakak ni Sharipah.Beliau menghidap komplikasi buah pinggang yang mana kedua-dua buah pinggangnya tidak lagi berfungsi dan diwajibkan untuk membuat dialisis setiap 3x seminggu di hospital.Di sebabkan kebajikannya tidak terurus maka sahabatnya Kak Rozani Bt Abd Kadir mengambil dan menjaganya untuk tinggal bersama di rumahnya..

Alhamdulillah...sampai ke hari ini Kak Rozani sekeluarga lah yang menjaga makan minum beliau, hantar pegi hospital buat dialisis, mandi dan bersihkan dia (beliau ini tak boleh jalan dah).Bukan duduk setahun dua,tapi dah dekat lebih 5tahun dia jaga sahabat dia ni....sahabat syurga dunia akhirat...zaman sekarang mana nak jumpa sahabat macam ni lagi.Alhamdulillah masih ada lagi rakan yang berhati mulia di dunia ini.Inilah realiti sebenar.

😩😭😭😭😭
P/s : Kak Sharipah ni peminat durian...😁

Berbahagi Rezeki - Kasih Ibu

 Ini kisah realiti yang berlaku sekarang.Kisah ini RA kongsikan untuk kita sama-sama membantu apa yang patut

Betul lah kata pepatah orang bahawa kasih ibu sampai ke syurga.Kasih Kak Salimah (55tahun berkerusi roda-gambar) yang mengalami komplikasi buah pinggang membawa kami untuk datang menyantuni beliau hari ini.Beliau tinggal bersama seorang anak yang bekerja sebagai penghantar FoodPanda.Saat anaknya keluar bekerja , ibu beliau yang tinggal bersebelahan datang menjaga keperluannya. 

Dalam usia 70tahun seorang ini sanggup menjaga anak yang sakit dan perlukan rawatan dialisis 3x seminggu di hospital.Alhamdulillah ibu Kak Salimah masih sihat dan banyak membantunya.Masa kami datang ibu beliau ada di sini menjaganya.Melihat kudarat seorang ibu tua ini tersentuh hati kami semua.Jika dulu Kak Salimah mengambil upah menjahit baju (walaupun masa itu beliau sakit buah pinggang) tetapi sejak jatuh dari kemalangan , beliau sudah tidak mampu menjahit lagi.Rumah yang beliau duduki sekarang ini pun di bina atas ikhsan penduduk kampung.Alhamdulillah jiran-jiran juga banyak yang membantu dan ada yang sedia menghantar beliau ke hospital untuk mendapat rawatan dialisis.

P/s Puan Salimah tidak mendapat bantuan dari Baitumal lagi...Di harap adalah pihak-pihak yang terlibat datang membantu keluarga beliau di Parit Ahmad Batu Pahat.
Gambar akhir : No akaun bank Kak Salimah Cimb jika ada sesiapa yang ingin membantu meringankan bebannya.


Wednesday, October 21, 2020

Mee Bandung Muar dan Mee Kolok Sarawak

RA nak bukak order untuk dua menu "Signature Dish" Riodenaz yang paling meletop di sini.Dua menu itu adalah :

1.MEE KOLOK SARAWAK

2.MEE BANDUNG MUO

Harga seperti tertera di gambar dan RA buka untuk tempahan dan untuk kos penghantaran ianya tertakluk kepada lokasi.
Mee Bandung Muar ini mengunakan rempah-rempah asli dan semestinya menjanjikan kenikmatan sejati aromanya.
Harga tertera adalah untuk "selfpick up" dan kos penghantaran adalah tidak termasuk.
Menu ini juga boleh di dapat di Food Panda untuk lokasi Skudai dan yang berdekatan.

KORANG BOLEH HUBUNGI RA DI TALIAN WA

www.wasap.my/+60127709809

Saturday, October 3, 2020

Air Terjun Gunung Pulai

 Assalamuaikum semua....Hari ini RA nak berkongsi pengalaman RA di Gunung Pulai. Kulai Johor.Rupanya kat sini ada air terjun yang sangat-sangat cantik dan tersorok dari penglihatan dan pendangan pengunjung.

Air terjun ini terbahagi pada 2bahagian.Satu bahagian di bawah ini air terjunnya biasa-biasa sahaja.Tapi kalau korang nak melepaskan geram untuk berendam boleh lah ke sini.Lagi satu ada anak-anak ikan kecil yang akan menjadi terapi mengigit kulit kaki korang bila korang rendam kaki di sini.

Ini adalah bahagian atas air terjun.Untuk ke sini RA kena melalui tepi dinding-dinding batu yang agak licin sebab tiada khas untuk mandi di atasnya di sebabkan bahagian kiri dan kanannya di himpit dengan batu.

RA tak pasti apa nama binatang ini,tapi sempatlah RA rakamkan di lensa buat tatapan pembaca.Sesetengah orang kata ianya cacing dan ada juga cakap ianya spesis keluarga pacat/lintah.Uniknya kepalanya bercabang dua.

Ok la kau korang takut nak lalu celah-celah batu untuk ke atas tu korang bolehlah mandi kat kawasan ini jek.Air kat sini sangat-sangat sejuk dan bolehlah merehat dan menyejukkan badan setelah penat menaiki Gunung Pulai.
Pacat memang ada di mana-mana , jadi untuk ke sini pastikan korang pereksa setiap kali kaki korang,takut-takut pacat datang merayap dan menhisap darah di kaki korang.Lokasi air terjun ini kalau korang nak tahu korang boleh DM RA sendiri dan tidaklah sukar untuk di temui.RA boleh di katakan setiap minggu mesti pergi mandi kat sini tau.

Saturday, September 26, 2020

JJNM : Kopi Tenggek Tanjung Piai

 JALAN-JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)
KOPI TENGGEK TANJUNG PIAI

Kalau ke Tanjung Piai - Penghujung Benua Asia jangan lupa untuk singgah minum petang di Kedai Kopi Tenggek kat sini gais.Kopi kat sini sangat beraroma dan paling penting ianya pekat dan pahit-pahit sikit.
Macam inilah rupanya Kopi Tenggek Tanjung Piai.Nanti air kopi yang sudah di saring akan jatuh menitis sedikit demi sedikit di gelas bawah.
Selain Kopi Tenggek , kedai makan ini juga ada menjual makanan ringan yang lain seperti Keropok Lekor Cheese , Samosa dan makanan goreng lainya seperti Kueh Teow  dan macam-macam lagilah.
Kalau nak keropok lekor biasa tanpa cheese pun ada.
Korang mesti tertanya kan kenapa RA tetiba boleh berada di Tanjung Piai.Sebenarnya RA saja jalan ke sini untuk menemui geng-geng basikal Alon Alon yang baru pertama kali berbasikal ke sini.Mereka bermalam di rumah inap desa di salah sebuah kampung di sini.Haa inilah mereka yang penat setelah berbasikal sejauh 80km dari Tangkak.
Alhamdulilah sempat jumpa mereka menyatuni silaturahim walaupun hanya sekejap.
Dah terlanjur pegang basikal yang berharga seperti sebiji Kereta Bezza nie, apa kata kita cuba bawa pulak.Perggh memang terbaik dan ringan basikal nie.Sempatlah bawa se "round".
Dah jumpa dan dapat apa yang di hajati , jadi masanya untuk RA pulang ke rumah.Pengalaman minum Kopi Tenggek tu memang terbaik sangat.Korang jangan melepaskan peluang singgah minum di sini yea.Pastikan jangan sampai lewat sebab katanya jam 5.30petang kedai akan ditutup.

Wednesday, September 16, 2020

Putuo Village Kulai

 Lama dah teringin nak ke sini , sesejak tempat ni viral dan menjadi tempat untuk kaki selfie bergambar.
Lokasi di Kulai - jalan nak menghala ke Felda Taib Andak.Korang boleh je google kat "Google Map" dan taip nama tempat nie.Nanti keluarlah informasinya.

Seingat RA lah waktu mula-mula ia di buka masuk adalah percuma.Tapi sesejak dah jadi viral pihak pengurusan di sini telah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 dewasa.Kanak-kanak percuma jek.

Kalau ke sini boleh lah korang berangan-angan macam berada kat Kampung Kanoha ala-ala Naruto tu.Kalau datang dengan pakai baju Naruto lagi bagus.Kat sini juga ada banyak pokok-pokok buluh.

Sarang burung nie hotspot semua orang untuk bergambar.Kalau pergi hujung minggu sampai kesudah panjang menunggu giliran nak bergambar.

Keluasan tempat ni adalah sekitar 2padang bola.Ada beberapa sudut-sudut menarik yang korang boleh bergambar.Paling popular orang bergambar di jalan pelangi.Jalan yang di cat dengan warna pelangi.(RA tak sempat nak bergambar sebab petang tadi hujan pulak).Jadi lah bergambar kat pagoda nie.

Lagi satu RA suka dengan suasana pokok buluh di sini.Nyaman dan menenangkan.Taman Putuo Village ini di bina bersebelahan dengan Kuil Buddha masyarakat TiongHua.Jadi tidak lah menganggu atau menjadi kesalahan untuk kita bergambar di tamannya.(sebab di luar kawasan kuil)
Tempat parking juga di sediakan,tapi kalau korang pergi pada hujung minggu atau cuti pelepasan korang kenalah letak kereta jauh sedikit dan berjalan kaki lama untuk ke pintu masuknya.
Oklah gais kalau ke Kulai jangan lupa melawat ke sini.


Friday, September 11, 2020

Tasik Hitam Kulai

 Selamat Pagi semua.Hari ini RA nak bawak korang ke salah satu tasik terbengkalai di Kulai hasil dari kerja-kerja kuari.

Tasik ini RA panggil Tasik Hitam sebab air dia kelihatan hitam dari atas dek kerana dasarnya yang dalam.Tasik ini terletak berhampiran dengan deretan kedai teres setingkat di Taman Gemilang Kulai.Korang boleh letak kereta di situ dan berjalan masuk ke dalam kawasan ini sekitar 800meter.
Ni pemandangan dari atas.ada laluan untuk turun hingga ke bawah.(tapi masa RA pergi nie ada pihak yang menutup dengan menghadang jalan dengan pokok.Mungkin pihak pemilik tanah (pemilik ke? haha) yang tidak mahu orang ramai turun ke bawah.
Dah turun bawah baru lah nampak sebenarnya air dia sangat jernih.Tapi ingat jangan pulak mandi kat sini,silap haribulan korang tak timbul terus.

Biasalah tapak kuari selalunya dasar dia sangat dalam.Amat bahaya walaupun korang tahu berenang.
Nampak tak RA pakai baju yang berbeza? haha sebenarnya RA ke sini 2kali.Pertama sekali dengan geng-geng Tasik Biru Kangkar Pulai dan ke dua dengan rakan sekolah RA.
Tempat nie sangat sunyi masa pertama kali RA melawat.Tapi baru-baru nie tempat ini menjadi riuh dek menjadi perbualan hangat di kalangan penduduk-penduduk Skudai dan Nusajaya.

Ini antara sudut-sudut menarik untuk bergambar.
Kalau korang nak pergi kat sini korang boleh lihat di google Maps.Ada seseorang telah menandakan lokasi tasik ini.Korang hanya perlu taip Taman Gemilang Kulai dan cari ikon kamera di sekitarnya.

Ini adalah team yang pergi bersama RA.Geng-geng dari Tasik Biru Kangkar Pulai.Geng kaki bergambar hahaha.Korang kalau nak ke sini kena banyak berhati-hati yea.Jangan terlebih gembira sangat, ingat tempat ini bukan tempat riadah.Datang ambil gambar dan balik.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....