Selamat Pagi semua.Hari ini RA nak bawak korang ke salah satu tasik terbengkalai di Kulai hasil dari kerja-kerja kuari.
Tasik ini RA panggil Tasik Hitam sebab air dia kelihatan hitam dari atas dek kerana dasarnya yang dalam.Tasik ini terletak berhampiran dengan deretan kedai teres setingkat di Taman Gemilang Kulai.Korang boleh letak kereta di situ dan berjalan masuk ke dalam kawasan ini sekitar 800meter.
Ni pemandangan dari atas.ada laluan untuk turun hingga ke bawah.(tapi masa RA pergi nie ada pihak yang menutup dengan menghadang jalan dengan pokok.Mungkin pihak pemilik tanah (pemilik ke? haha) yang tidak mahu orang ramai turun ke bawah.
Dah turun bawah baru lah nampak sebenarnya air dia sangat jernih.Tapi ingat jangan pulak mandi kat sini,silap haribulan korang tak timbul terus.
Biasalah tapak kuari selalunya dasar dia sangat dalam.Amat bahaya walaupun korang tahu berenang.
Nampak tak RA pakai baju yang berbeza? haha sebenarnya RA ke sini 2kali.Pertama sekali dengan geng-geng Tasik Biru Kangkar Pulai dan ke dua dengan rakan sekolah RA.
Tempat nie sangat sunyi masa pertama kali RA melawat.Tapi baru-baru nie tempat ini menjadi riuh dek menjadi perbualan hangat di kalangan penduduk-penduduk Skudai dan Nusajaya.
Ini antara sudut-sudut menarik untuk bergambar.
Kalau korang nak pergi kat sini korang boleh lihat di google Maps.Ada seseorang telah menandakan lokasi tasik ini.Korang hanya perlu taip Taman Gemilang Kulai dan cari ikon kamera di sekitarnya.
Ini adalah team yang pergi bersama RA.Geng-geng dari Tasik Biru Kangkar Pulai.Geng kaki bergambar hahaha.Korang kalau nak ke sini kena banyak berhati-hati yea.Jangan terlebih gembira sangat, ingat tempat ini bukan tempat riadah.Datang ambil gambar dan balik.
No comments:
Post a Comment