Friday, December 18, 2020

Bercuti di Sedili dan Kota Tinggi Johor

Cuti hujung minggu datang lagi.Jadi hari ini RA berkesempatan ke Sedili untuk merehatkan minda.RA pergi ber 5sahaja dengan Abang Mad, Kak Ros serta dua lagi anaknya.Hari ini hari Jumaat jadi setibanya kami di pekan Sedili RA dan Abang Mad mencari masjid untuk bersolat Jumaat dulu.Selesai bersolat kami pun memandu perlahan ke Dataran Teluk Mahkota.Haa kat sini ada pantai yang sangat cantik tetapi sayang sekali kerana di sebabkan seluruh daerah Kota Tinggi masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kami tidak di benarkan mandi di pantai.Ha nak berkelah pun tak boleh tau.Kena pakai topeng mulut kalau tidak kena saman nanti.Polis ada membuat rondaan di pantai ini.  
Memandangkan kami sudah pun makan tengahari jadi kami tidak lah singgah makan di kedai-kedai makan berhampiran.Setelah mengambil beberapa keping gambar kenangan,kami bertolak mencari resort untuk bermalam hari ini.Perjalanan kami di teruskan sehingga membawa kami ke Muara Sungai Sedili.Berhampiran bawah jambatan inilah terdapatnya Pusat Penetasan dan Ternakan Belangkas.
Kalau korang nak tahu pusat penetasan dan ternakan Belangkas ini pernah masuk Majalah 3 minggu lepas tau.Pasaran Belangkas kat sini di pasarkan sehingga ke Taiwan.
Sempatlah kami berehat seketika sambil menghirup udara di muara Sungai yang berhampiran dengan Laut China Selatan.
Oklah yang tak tahu macamana rupanya Belangkas, tu Kak Ros dah tunjukkan replika binatangnya.Telur Belangkas sedap di makan dan rasa isi di kakinya seperti isi ketam.Pernah lah 2kali RA makan telur dan isi Belangkas nie.Sedap juga tapi rasa macam berlemak sikit.Kat Bandar Kota Tinggi dan Teluk Sengat ada jual menu Belangkas kalau korang nak rasa.
Haa dah mula lah sesi bergambar di bawah jambatan.
Reduplah sikit bawah ini kalau nak berjalan ke hujung pantai mau rentung kulit walaupun masa kami sampai jam dah ke pukul 430petang.

Tak jauh dari jambatan dan pusat peternakan Belangkas ni terdapat sebuah resort ala kampung.Namanya Sedili Inn Resort.Resort ini baru je beroperasi seminggu setelah di tutup dek Perintah kawalan pergerakan.Ada harga promosi untuk Chalet iaitu RM127 semalam.Inilah dia chaletnya.Kat dalam tu ada 1katil double dan 1 katil single.Bilik air semua ada kat dalam.Ada 5Chelet kat sini,satu darinya tengah di baiki dan cuma tinggal 2chalet yang masih kosong.

Setelah meletakkan bag kami di bilik , kami ke tepi pantai untuk berkelah.Makanan sebenarnya dah bawak dari Johor Bahru lagi.RA ada masak Mee Goreng dan beli beberapa Nasi Lemak untuk di makan.P/S : Abaikan perut boroi itu yea...kesilapan gambar sahaja.hehehe

Di sebabkan resort kami terletak di hadapan pantai dan agak persendirian sedikit jadi tiada rondaan kereta polis di sini.Cuma dah petang air masih surut dan baru nak pasang tidak sesuai untuk mandi manda.Jam 620petang hujan pun turun dengan lebat  jadi tak dapatlah kami nak lepak lama-lama di tepi pantai dan terus pulang ke Chalet.Malam pulak Abang Mad dah tersedia dengan dapur mininya untuk memasak meggi dan air kopi.Kami semua menikmati kopi di malam yang dingin.Ada juga kami ke pantai malam-malam bila hujan mulai reda tetapi tak sampai setengah jam hujan kembali turun dan kami pulang ke bilik dan terus tidur.

Alhamdulillah pagi esoknya cuaca agak elok dan selepas bersarapan pagi RA menikmati keindahan pantai Sedili yang agak tenang.

Jauh dari kesibukkan manusia dan tak seperti di pantai-pantai lainnya iaitu Desaru,Batu Layar,Tj Balau dan yang seangkatan dengannya.

Yelah Sedili ini cuma penempatan kampung dan pekan kecil je.Tak ada resort-resort berstatus 4-5bintang.Tapi RA dengar tempat ini akan di bangunkan dan akan di jadikan salah satu tarikkan pelancong.

Cuba lihat pantainya landai dan jika cuaca pagi cerah anda pasti dapat bergambar dengan bayang anda seperti di cermin.

Nampak tak teknik gambar ini hehehe.Pagi ini juga kami dapati pekerja resort tengah sibuk menebas rumput yang panjang dek tanpa jagaan semasa resort ini di tutup gara-gara PKPD.Kami berasa hampa sekali lagi kerana jam 10.30pagi hujan mula turun kembali dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan tengahari terus ke Kota Tinggi sahaja.

Alhamdulillah,setelah makan tengahari kami dapat merasa airkrim gula Apong pulak di kedai bersebelahan.Bila perut dah kenyang kami ke Kota dan makam Laksamana Bentan iaitu Megat Seri Rama yang terletak di tepi Sungai Johor tak jauh dari bandar Kota Tinggi.

Korang tahukan cerita Sultan Mahmood Mangkat di Julang? Baginda di bunuh oleh Laksamananya sendiri kerana ingin menuntut bela di atas kematian isteri dan anaknya yang di bunuh oleh Sultan kerana memakan buah Nangka milik baginda.Sultan di tikam semasa di julang dalam perjalanan ke Masjid untuk bersolat Jumaat.

Sebelum Sultan menghumbuskan nafasnya yang terakhir baginda telah bersumpah bahawa sehingga 7 keturunan Bentan akan muntah darah jika menjejakkan kaki ke Kota Tinggi dan mangsa pertamanya ialah Megat Sri Rama sendiri.
Inilah dia kubur dan batu nesan Laksamana Bentan. yang sudah berumur hampir 321tahun lamanya.Sekarang sumpahan itu sudah berakhir dan tiada halangan lagi bagi keturuanan bentan untuk ke Kota Tinggi.
Tak jauh dari makam laksamana terdapat sebuah jeti.Tetapi dek kerana hakisan banjir sebahagianyanya hampir runtuh dan rosak.
Pemandangan Sungai Johor yang dahulunya menjadi pusat pemerintahan keSultanan Johor.Jika berkesempatan datanglah melawat ke sini.Lihat kesan-kesan sejarah yang terdapat di sini.Oklah RA beredar dahulu sebab selesai ke Kota Tinggi RA dan yang lain-lain pulang ke rumah masing-masing dah berisitirehat.Esok nak pergi tempat lain pulak.

Saturday, December 5, 2020

Berhiking di Tasik Biru Kulai

Ok semua, pada cerita yang lepas RA ada bawa korang ke Tasik Hitam a.k.a Biru di Kulai kan.Hari ini RA ke sini lagi tetapi mengambil pemandangan dari atas puncak pulak.

Tasik ini adalah tasik peninggalan yang ditinggalkan oleh pelombong kuari setelah hasilnya di korek.Di jadikan kisah mereka melarang orang luar masuk ke sini.Jangan tanya RA macamana RA boleh ke atas puncak ini sebab RA mempunyai banyak laluan alternative basikal untuk ke sini tanpa melalui kawasan larangan mereka itu.

Kat atas puncak ini RA boleh nampak beberapa ladang kelapa sawit dan pekan Kulai 

Pemandangan dari atas sini sangat indah dan di sebabkan itu jugalah ramai yang beria-ia nak naik di sini.

Walaupun air tasiknya tidak sebiru yang di Kangkar Pulai (mungkin telah lebih 10tahun di tinggalkan) tetapi lanskapnya sangat menarik persis di luar negara.
Beberapa keping gambar yang di ambil mengunakan dron dan kamera telefun bimbit.
Ok terdapat papan tanda yang baru di pasang kat sini.RA tak pasti siapa yang pasang , berkemungkinan di pasang oleh beberapa pendaki tegar yang teruja dengan tempat ini , walaupun mereka tahu kawasan ini bukan tempat rekreasi.
Hari ini adalah kali terakhir RA ke sini sebab RA dengar ramai yang turun ke bawah tasik ini di tahan polis kerana menceroboh.Mungkin juga polis ada menerima beberapa laporan mengatakan ada di kalangan pengunjung yang tiada otak mula mandi di tasik ini.Apa diaorang ingat ini tempat berkelah ker? Kerana dek nila setitik inilah rosak susu sebelanga.Dengar-dengar ramai juga yang di tahan dan di berikan amaran agar tidak masuk lagi ke sini.Heran bila kawasan terbengkalai begini di biarkan dan tidak di ambil kesempatan kerajaan untuk di jadikan salah satu lokasi pelancongan seperti yang di buat di Indonesia.

Thursday, December 3, 2020

Tuesday, November 17, 2020

Logo blogspot RA yang terbaru

Hari ini RA melangkah ke satu lagi kemahiran (ceh wah).Dari penulisan ke mencipta logo.Hasilnya seperti dibawah ini.Walaupun masih baru tapi jadilah cantik juga kan (angkat bakul sendiri)

Logo ini ada susuk beruang iaitu ikon yang paling RA minat.

Untuk logo kedua ini banyak mengunakan abjad.Oh yea RA juga letakkan tahun blogspot RA ini di tubuhkanSama seperi yang di atas.Logo ke 3 juga mengunakan abjad,tapi lebih ringkas tetapi elegennya masih di terapkan.

Logo dari tangatangan ini RA gunakan di mana-mana platform digital RA.

Sunday, October 25, 2020

Berbahagi Rezeki - Erti Sahabat

 Sebuah cerita realiti yang tidak di canang...

RA baru balik dr batu pahat bersama rakan-rakan menghantar bantuan.Kami jumpa satu keluarga ni menjaga seorang sahabat yang dikenali sejak 20thn sewaktu bekerja di kilang yg sama dulu...

Nama kakak ni Sharipah.Beliau menghidap komplikasi buah pinggang yang mana kedua-dua buah pinggangnya tidak lagi berfungsi dan diwajibkan untuk membuat dialisis setiap 3x seminggu di hospital.Di sebabkan kebajikannya tidak terurus maka sahabatnya Kak Rozani Bt Abd Kadir mengambil dan menjaganya untuk tinggal bersama di rumahnya..

Alhamdulillah...sampai ke hari ini Kak Rozani sekeluarga lah yang menjaga makan minum beliau, hantar pegi hospital buat dialisis, mandi dan bersihkan dia (beliau ini tak boleh jalan dah).Bukan duduk setahun dua,tapi dah dekat lebih 5tahun dia jaga sahabat dia ni....sahabat syurga dunia akhirat...zaman sekarang mana nak jumpa sahabat macam ni lagi.Alhamdulillah masih ada lagi rakan yang berhati mulia di dunia ini.Inilah realiti sebenar.

😩😭😭😭😭
P/s : Kak Sharipah ni peminat durian...😁

Berbahagi Rezeki - Kasih Ibu

 Ini kisah realiti yang berlaku sekarang.Kisah ini RA kongsikan untuk kita sama-sama membantu apa yang patut

Betul lah kata pepatah orang bahawa kasih ibu sampai ke syurga.Kasih Kak Salimah (55tahun berkerusi roda-gambar) yang mengalami komplikasi buah pinggang membawa kami untuk datang menyantuni beliau hari ini.Beliau tinggal bersama seorang anak yang bekerja sebagai penghantar FoodPanda.Saat anaknya keluar bekerja , ibu beliau yang tinggal bersebelahan datang menjaga keperluannya. 

Dalam usia 70tahun seorang ini sanggup menjaga anak yang sakit dan perlukan rawatan dialisis 3x seminggu di hospital.Alhamdulillah ibu Kak Salimah masih sihat dan banyak membantunya.Masa kami datang ibu beliau ada di sini menjaganya.Melihat kudarat seorang ibu tua ini tersentuh hati kami semua.Jika dulu Kak Salimah mengambil upah menjahit baju (walaupun masa itu beliau sakit buah pinggang) tetapi sejak jatuh dari kemalangan , beliau sudah tidak mampu menjahit lagi.Rumah yang beliau duduki sekarang ini pun di bina atas ikhsan penduduk kampung.Alhamdulillah jiran-jiran juga banyak yang membantu dan ada yang sedia menghantar beliau ke hospital untuk mendapat rawatan dialisis.

P/s Puan Salimah tidak mendapat bantuan dari Baitumal lagi...Di harap adalah pihak-pihak yang terlibat datang membantu keluarga beliau di Parit Ahmad Batu Pahat.
Gambar akhir : No akaun bank Kak Salimah Cimb jika ada sesiapa yang ingin membantu meringankan bebannya.


Wednesday, October 21, 2020

Mee Bandung Muar dan Mee Kolok Sarawak

RA nak bukak order untuk dua menu "Signature Dish" Riodenaz yang paling meletop di sini.Dua menu itu adalah :

1.MEE KOLOK SARAWAK

2.MEE BANDUNG MUO

Harga seperti tertera di gambar dan RA buka untuk tempahan dan untuk kos penghantaran ianya tertakluk kepada lokasi.
Mee Bandung Muar ini mengunakan rempah-rempah asli dan semestinya menjanjikan kenikmatan sejati aromanya.
Harga tertera adalah untuk "selfpick up" dan kos penghantaran adalah tidak termasuk.
Menu ini juga boleh di dapat di Food Panda untuk lokasi Skudai dan yang berdekatan.

KORANG BOLEH HUBUNGI RA DI TALIAN WA

www.wasap.my/+60127709809

Saturday, October 3, 2020

Air Terjun Gunung Pulai

 Assalamuaikum semua....Hari ini RA nak berkongsi pengalaman RA di Gunung Pulai. Kulai Johor.Rupanya kat sini ada air terjun yang sangat-sangat cantik dan tersorok dari penglihatan dan pendangan pengunjung.

Air terjun ini terbahagi pada 2bahagian.Satu bahagian di bawah ini air terjunnya biasa-biasa sahaja.Tapi kalau korang nak melepaskan geram untuk berendam boleh lah ke sini.Lagi satu ada anak-anak ikan kecil yang akan menjadi terapi mengigit kulit kaki korang bila korang rendam kaki di sini.

Ini adalah bahagian atas air terjun.Untuk ke sini RA kena melalui tepi dinding-dinding batu yang agak licin sebab tiada khas untuk mandi di atasnya di sebabkan bahagian kiri dan kanannya di himpit dengan batu.

RA tak pasti apa nama binatang ini,tapi sempatlah RA rakamkan di lensa buat tatapan pembaca.Sesetengah orang kata ianya cacing dan ada juga cakap ianya spesis keluarga pacat/lintah.Uniknya kepalanya bercabang dua.

Ok la kau korang takut nak lalu celah-celah batu untuk ke atas tu korang bolehlah mandi kat kawasan ini jek.Air kat sini sangat-sangat sejuk dan bolehlah merehat dan menyejukkan badan setelah penat menaiki Gunung Pulai.
Pacat memang ada di mana-mana , jadi untuk ke sini pastikan korang pereksa setiap kali kaki korang,takut-takut pacat datang merayap dan menhisap darah di kaki korang.Lokasi air terjun ini kalau korang nak tahu korang boleh DM RA sendiri dan tidaklah sukar untuk di temui.RA boleh di katakan setiap minggu mesti pergi mandi kat sini tau.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....