Wednesday, December 24, 2014

Berjumba di Cuti Hari Natal

Sampai jugak kawan baik RA,Ally dan keluarganya ke JB ari nie.Katanya dah tiba malam semalam,tup tup hantar masej cakap dah tiba pagi-pagi buta jam 2 tadi.Mentol tau..nasib baik ada bilik hotel untuk korang pagi tu.Kalau tidak alamat tidur dalam kereta bawah pokok macam kes dulu-dulu lah yea.Jumpa pun dah tengah hari kat City Square.Jadi bermula lah sesi membeli belah di Komtar dan City Square.Ingatkan nak ke Taman Tema Angry Bird tapi terbantut sebab masa tak mengizinkan.(kalau masuk dah petang rugi sebab jam 6petang dah tutup).

Dari Komtar dan City Square kami ke The Duty Free Zone Stulang laut.Nak beli rokok untuk pekerja-pekerja bawahannya.Nasib baiklah abang kastam tak nampak,kalau nampak memang kena bayar duti cukai.Melepak dan berehat sebentar di Starbuck sebelum membawa mereka melihat tarikkan terbaru di Johor Bahru iaitu Skybridge.Teruja katanya.

Sempat lah rombongan Che Ally nie bergambar sakan bawah "skybridge" tu.Buat kenangan katanya.

Sempat jugak tu dia amik gambar RA.Alamak badan dah naik la pulak. Nampaknya RA kena mula masuk buat senaman nie.Asik makan je badan pun dah macam belon.

Tengok tu anak dara sorang tu.posing amik gambar bukan main lagi.Nasib baiklah dia tak mintak beli belon buih yang ada jual kat tepi jalan tu.

Dah puas berjalan kita makan malam di IT Root yea.Makan Chicken Chop yang terbaik di bandar Johor Bahru.Takpe malam ini RA belanja tetamu dari KL nie makan.Sampai sesat-sesat tertinggal sebab rambang mata tengok barang-barang yang di jual kat Pasar Karat.


Sunday, December 21, 2014

Lepak-Lepak minum petang

 Lama sudah tak lepak-lepak dengan kawan-kawan mengeteh RA sesejak sibuk dari awal bulan nie.Jadi hari ini pertemuan telah di buat di Restoran CupChai Bandar Baru Uda.RA baru je balik Batu Pahat terus menyinggah di sini.Janjinya jam 430petang tapi tiba jam 530petang sebab ada kesesakkan di lebuhraya Plus.Menu pilihan RA kat sini mestilah kacang poolnya.Abang Mork pulak nak sampaikan hajat dia menyerahkan oleh-oleh dari Medan termasuklah Kek Ambon.

 Untuk kaum ibu dia belikan selendang nie.Adalah berhelai-helai dia bawak dah macam kat Jakel pulak hehe.Aktiviti petang ini banyak tertumpu pada gosip-gosip kucing dan artis kilauan emas jek.Si Azie baru balik dari ambik kucing dia si Casper dari rumah pengajaan kucing.Mandikan kucing katernya. 

Haa inilah kucing dia si Caper,eh silap Casper tu.Muka dah lah jambu di tatang oleh mamat remaja purba lak tu,makin gedik's lah dua-duanya.

Nak tau haa inilah dia mak pada Si Casper ini.Mak angkat daaa...Mak kandung si Casper ini tah ke mana dah menghilang.Lepas beranak je dia serahkan pada keluarga angkat ni.Mungkin mak si Casper ini orang susah kot.Sian-sian.Apapun aktiviti makan-makan kami hari ini berakhir jam 715malam.Nak balik dah margrib lah.

Sunday, December 14, 2014

Lawatan Muhibbah ke KL Bahagian 3

Ok hari terakhir di sini.Permintaan dari semua yang ada agar hari ini nak bersantai sampai habis masa daftar keluar jam 12tengahari.Mereka nak mandi di kolam renang puas-puas.Memandangkan lepas daftar keluar nanti nak makan tengahari jadi pagi ini RA bersarapan ala kadar sahaja.Simpan sikit perut untuk tengahari nanti.

Inilah suasana pagi di perkarangan kolam renang.Sebelah hotel Holiday Villa ini ada tasik jadi pemandangan pagi di sini amat damai.Jam 10pagi semua dah turun ke kolam renang untuk bersantai.

Boleh tahan luas jugak kolam renang ini tercunggap-cunggap RA nak habis satu pusingan renang.Maklumlah dah lama tak berenang.Dah puas berenang inilah masa untuk bersantai.

Jam 12tengahari semua sudah menyerahkan kunci bilik dan daftar keluar hotel.Sementara menunggu bas tiba acara bergambar beramai-ramai wajib di ambil.Seterusnya meneruskan perjalanan ke Cyberjaya untuk makan tengahari sebelum menghantar pulang anak Kak Linda yang belajar di kolej berhampiran.

Menu makan tengahari kali ini sangat-sangat istimewa.RA bawa mereka ke restoran Nasi Arab iaitu Restoran Sana'a milik orang Yamen.Amik menu keluarga dua set yang leh makan untuk 30orang perrghhh memang terbaik makan sampai pengsan hehehe

Di tambah dengan roti nan dan air jus arab,lepas makan memang semua tangkap tidur dalam bas punya.

Makanan yang di sajikan kat sini memang sedap,berbaloi dan puas hati.Yang mana tak habis RA suruh tokeh kedai ini bungkuskan untuk kami bawak balik nanti.Pengurus di sini bilang nasi arab tu kalau di panaskan balik guna microwave rasanya akan sama sedap seperti baru-baru di masak.Jadi apa lagi bawak balik sorang dua bungkus lah hehehe.Dalam perjalanan pulang masing-masing dah tangkap ngantuk,kami singgah sekejap di hadapan Zoo Melaka untuk membeli oleh-oleh untuk di bawah pulang ke JB.Jam 9malam semuanya selamat tiba di JB meninggalkan 1001 kenangan makan-makan dan bercuti bersama keluarga tercinta.

Saturday, December 13, 2014

Lawatan Muhibbah ke KL Bahagian 2

 Sarapan pagi ini di Restoran Fuzion tingkat bawah sekali dan paling hampir dengan Theme Parknya.Sarapan di sini memang terbaik,sebab pelbagai menu dari masakan Barat,Jepun hinggalah masakan Malaysia di hidangkan di sini.Memandangkan musim cuti sekolah,memang orang sangat-sangat ramai bersarapan dan RA sendiri terpaksa beratur untuk menunggu giliran.Tapi memang berbaloi sebab menu di sini sangat-sangat menjanjikan.

Habis bersarapan RA mendapat tiket masuk ke Taman permaian Sunway Lagoon beserta dengan baucher makanan.Seorang dapat RM20 untuk makan mengunakan baucher tersebut.

Puas berendam main air & tengok wayang 5D , RA ke tingkat atas untuk ke Rumah Hantu Scream Park & Zoo.Tiba di pintu depan jam 230petang jadi memang tak lama menunggulah sebab pembukaan seterusnya jam 245petang.Apa pun rumah hantu ini terbaik sangat- sangat besar.

Tak lama di sini sebab jam 4petang RA dah naik ke lobi hotel menuju ke Sunway Piramid Mall untuk menjamu perut RA yang belum makan tengahari.Makan Burger King jelah sambil-sambil tengok hujan turun dengan lebat melimpahi Sunway Lagoon.Jam 6petang semua dah berkumpul di lobi hotel dan kami bergerak ke hotel seterusnya iaitu Hotel Holiday Villa Subang.Sebenarnya bilik di Sunway Lagoon tu penuh untuk hari ke dua tu yang terpaksa berpindah hotel.

Apapun hotel Holiday Villa Subang ini pun tak kurang hebatnya jugak.Bilik luas dan sangat-sangat selesa. 

Ada banyak guna kemudahan di sini termasuk kolam mandi bersaiz Olimpik dan jugak untuk kanak-kanak.Ada bowling.Tenis,Gim dan macam-macam lagi.

Makan malam kami di Palm Terrace Coffee House tingkat 2 hotel ini.Makan lagi kan....makan malam kat sini yang paling mahal RM100 nett.giler rabak mahal.Lepas makan semua sudah letih dan terus masuk bilik untuk istirehat


Friday, December 12, 2014

3Hari/2Malam Lawatan Muhibbah ke Kuala Lumpur

 Di berikan kepercayaan membawa sekumpulan warga kerja syarikat guaman untuk lawatan ke KLCC & Sunway Lagoon pada cuti minggu bersempena hari keluarga mereka.RA boleh katakan lawatan ini macam lawatan jalan-jalan cari makan + lawatan mesra keluarga.Hari pertama kami tiba di KL di sediakan menu buffet untuk makan tengahari.Menu utamanya ialah Nasi Beriani gulai kawah (maklumlah hari Jumaat katernya) di Kafe Rumbia Hotel De Palma. 

Jam 130 tengah hari kami dah mula bergegas ke KLCC untuk lawatan ke Petrosains.Ini semua nak beratur naik ke aras atas mengunakan kapsul masa katernya.Masa banyak terbuang menunggu giliran di sini,hampir sejam tersekat.Kalau tau baik naik tangga ke tingkat atas.

Macam-macamlah ada kat dalam nie...memang berbaloi bayar terutama untuk anak-anak belajar Sains dan teknologi.Habiskam masa dekat 3jam di sini sebelum kami semua ke Aquaria KLCC pula.

Puas tengok ikan di Aquaria,jam 7malam bergerak untuk makan malam di Restoran Rebung milik bersama Chef Ismail dan Sheikh Muzafar.Sedap ok daging masak salai dan pucuk ubi masak tempoyak dia.

Ada macam-macam menu kampung kat sini.Berbaloi bayar RM50 satu kepala untuk buffetnya.Kami dapat bilik yang besar sikit sebab kumpulan kami memang ramai.Apa pun memang terbaiklah makan kat sini semua puas hati.

Jam 9malam masing-masing dah mula letih.Jadi untuk tidak melingahkan masa kami semua bertolak ke Sunway Lagoon Resort tempat kami semua bermalam.Sementara tunggu kunci semua bergambar dulu yeaa...

Semua dah dapat kunci bilik masing-masing,masa untuk berisitirehat.Esok sambung lagi yea.

Tuesday, December 9, 2014

Lawatan Hari & Malam ke Singapura

Bagi pembaca Blog RA yang menginap di Johor Bahru dan mahukan lawatan ke Singapura bolehlah menghubungi RA untuk perkhidmatan membawa anda ke sana.

Jadual perjalanan adalah seperti berikut :- 


Pakej sehari Kota Singapura  

  - Bertolak 8pagi - Pulang 5petang

  1.Lawatan pertama ke Studio Jalan Ampas

2.Orchard Road - Kawasan membeli belah termaju di Singapura

3.Bugis Street - Kawasan membeli belah ala Petaling Street

4.Kg Glam , Istana Kg Glam , Arab Street , Masjid Sultan

5.City Hall , Merlion Park , Marina Bay Sand

6.Marina Barrage , Garden By The Bay

7.Mt Faber Park
 

HARGA PAKEJ  HUJUNG MINGGU

 SETIAP SABTU/AHAD & CUTI UMUM - RM550.00 

 

HARGA PAKEJ HARI BIASA (ISNIN - JUMAAT)

- RM 750.00 = MPV - 

- RM 850.00 = STAREX -

Pakej Malam Ke Kota Singapura

  Tempat yang di lawati : 630petang - 11malam

1.Mt Faber Park

2.Bugis Street (ala Petaling Street)

3.Masjid Sultan , Arab Street

4.Merlion Park , Marina Bay Sand , City Hall

5.Marina Barrage 


HARGA PAKEJ : 

RM 400.00 

- (Max 6orang sahaja) -

Harga termasuk :

 Pemandu + kenderaan + Petrol + bayaran parkir + lawatan   

1 kenderaan muat untuk 6penumpang

 Tidak termasuk tiket masuk ke USS,SkyDeck Observation,tiket MRT,Aquarium,makan,minum

Tempahan hendaklah di buat seminggu awal beserta deposit RM100 (tidak akan dipulangkan)

 

UNTUK TEMPAHAN TELEFUN / SMS / WHATAPPS / WE CHAT

012 7709809 / EMAIL : riodenaz@yahoo.com  

ADAM @ NAZ

Saturday, December 6, 2014

JJNM : CupChai Cafe & Resto

(J.J.N.M) JALAN-JALAN NAK MAKAN
CUPCHAI CAFE & RES - BANDAR BARU UDA

Salam semua,maaflah lama tak kuarkan cerita akhir-akhir ini.Bukan apa masa cuti sekolah sibuk dengan urusan kerja.Tapi hari ini nak kongsi tempat makan yang baru di buka di Bandar Baru Uda.Kedainya terletak di belakang Jakel Jalan Padi Emas di pusat perniagaan Uda.

Terlewat sedikit tiba di sini sebab baru pulang dari Batu Pahat melawat ayah di rumah akak.Kafe ini berkonsep layan diri.Tulis menu yang hendak di list makanan di atas meja.Kemudian ke kaunter bayaran dan jelaskan apa yang anda mahu.Pesanan makanan akan dipanggil oleh pekerja setelah semuanya siap di masak.

 Menu wajib cuba di sini ialah mee rebus , kacang pool , Nasi ambang berjemaah (makan sedulang) , ABC special , Bandung special & juga spegetti.Opss yang pelekat peti sejuk tu hadiah dari orang yang baru balik bercuti dari Australia dan Penang dan bukannya dapat percuma dari kedai ini yea.   

 Memandangkan ramai yang datang hari ini,makan banyaklah yang kami makan juga....Menu di sini nampak biasa-biasa je tapi sedap yea..terutama sekalu Kacang Poolnya.memang terbaik.

 Spegetti ini bukan RA yang pilih....ini semua si Olie dan Azie punya.Dia orang obersea nakkkk

 Sempatlah juga jamah mee rebus kat sini.RA boleh bagi 3/5 sebab kuahnya belum memnuhi standard 5/5 RA.

Inilah pandangan ruang dalam kedai makan.Kemas dan teratur.Cuma gambar ini je amik dari facebook diaorang

Natal di Singapura

 Sebelum sambutan hari natal sempatlah RA meyinggah ke Orchard Road melihat dan memerhati apa yang ada di sana,maklumlah tahun lepas tidak lah semeriah seperti 3tahun yang dulu.Ok inilah dia suasana di Orchard Road menjelang Hari Natal.

 Kalau nak rasa kepuasan silalah datang melawat pada waktu malam.Limpahan lampu di sini sangat-sangat mengasikkan di samping di jamukan dengan pelbagai persembahan oleh artis jalanan.Jika bermurah hati bolehlah memberikan sumbangan di atas persembahan mereka ini. 

 Yang penting sekitar ION Mall , Tang , Plaza Singapura dan Paragon ini jangan lupa melepaskan peluang bergambar.Bukan selalu ada hanya setahun sekali sahaja

RA tak larat nak amik gambar sampai ke hujung jalan Orchard Road ini,Jadi bermula dari ION Mall hingga ke Plaza Singapura jelah yea.Tu tak masuk dalam bangunan membeli belah lagi.Mau sehari pun tak habis.Kalau ada masa silalah ke sini atau jika mahukan RA membawa anda ke sini telefun sahaja yea.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....