Selamat pagi semua.Hari ini RA nak bawa korang ke Johor Canyon.Tapi kebanyakkan masyarakat Cina di sini panggil tempat nie "Little Taiwan Malaysia".Kalau korang tengok pada blog-blog yang lepas RA ada menulis dan bergambar kat tempat ini.Tapi hari ni lebih tertumpu pada batu-batu di bahagian belakang dengan lebih dekat lagi.Gambar kat atas nie paling dekat dengan kelapa sawit paling hujung.Tak lama lagi pokok nie pun akan di tebang bagi memberi jalan pada pembangunan perumahan kt sini.
Kalau nak puas jalan ke sini korang kena datang awal pagi.Kalau masuk jam 10pagi alamat rentung la kulit korang.Panas woo.Lagi pulak ianya terletak di atas bukit dan kawasan lapang.Banyak sisi-sisi menarik yang korang boleh ambil gambar kat sini.
Ok gambar-gambar yang RA amik ini untuk tujuan komersial dan kebanyakkan RA amik mengunakan teknik swafoto.
Cuaca awal pagi tak lah terik sangat jadi banyak masa korang boleh luangkan untuk bergambar.Macam RA ni setiap sudut batu yang RA jumpa adalah sangat unik.Mesti di rakamkan dan di abadikan dalam bentuk gambar.
Ayat-ayat motivasi nie cari je kat internet kemudian masukkan dalam gambar.
Korang kalau tak tau nak ke sini leh join RA.Tapi kena ikut jadual RA lah kalau nak percuma.hahaha.Selalu RA pergi sini setiap Sabtu atau Ahad jam 8pagi...Maaf lah kalau DM nak tanya lokasi kat mana memang RA tak reti nak beritahu.Nak ke sini bukan ada papan tanda , nama jalan atau lokasi ada dalam GPS.Jadi kalau nak pergi kosoangkan jadual korang hari SABTU dan AHAD pagi lepas to roger je RA.RA boleh bawakkan dengan sukarela janji belanja air tin hehehe.
Tapi kalau nak RA ikut jadual dan masa korang sendiri,korang kena lah bayar RM50 kat RA hahaha.
Kawasan air bertakung ni pun boleh buat macam-macam jenis gambar.Ikut kretiviti korang.
Ok gambar-gambar seterusnya kat bawah ni hasil dari tangkapan hari ini.Korang boleh cuci mata tengok sendiri keindahan kawasan ini.
Ada beratus batu kot kat sini.
Dari puncak bukit mengadap Kangkar Pulai.
Suka tengok batu nie.Bentuk dia menarik dan seketul je kat situ.
Ok ini sahaja yang dapat RA paparkan di ruangan kali ini.Tunggu di ruangan akan datang.
Jangan lupa like dan share hehehe
No comments:
Post a Comment