Monday, August 3, 2020

GUNUNG PULAI JOHOR 645M

Hari ini perancangan RA untuk mendaki Gunung Pulai Johor.Ok terdapat 2 gunung di Malaysia nie yang mengunakan nama yang sama.Satu di Kedah dan yang satu lagi di Johor Bahru.Yang RA sibuk nak pergi nie terletak dekat dengan rumah RA je di Pekan Nenas Johor.Ada juga yang kata gunung ini terletak di daerah Kulai.Jadi mana-manalah yea.
Cerita pasal Gunung Pulai , kawasan ini pernah di tutup selama 15tahun sejak 2001 di sebabkan tanah runtuh akibat banjir lumpur.Pada tahun 2016 barulah di buka kepada orang awam.Kalau ikut laluan hutan ada banyak jalan boleh ke puncak.Tapi kalau ikut jalan raya korang boleh melalui Pekan nenas atau lebuh raya Utara Selatan keluar di EXIT KULAI.Selebihnya korang carilah kat google map atau waze korang.
Kalau yang dah biasa dengan laluan hutan memang takde hal nak mendaki.Tapi yang tidak biasa jangan di buat takut nanti sesat macam beberapa siri kes kehilangan orang semasa mendaki di sini
 Ok pokok nie memang unik sikit , RA pun tak pasti apa nama pokok ni.Tapi yang pasti pokok ni korang akan jumpa di Gunung Pulai (kalau bernasib baik lah hahaha).Jangan lupa untuk bergambar kat 
sini.
 Ini gambar penghasilan terbaik yang dapat RA tangkap.
Laluan hutan korang akan berteme dengan pelbagai anak-anak jeram.Walaupun tak besar tapi seronok jugalah dapat basahkan muka air gunung yang sejuk giler nie.Tapi risiko untuk kaki korang di gigit pacat juga amat tinggi yea.Ikut nasib jugalah sebab yang pergi sama dengan RA sorang je kena pacat tapi sekor jelah.
Sekeping lagi gambar di jeram yang sempat RA rakamkan.Inilah hutan Malaysia,tak macam hutan-hutan di tempat lain.Hutan kat Malaysia nie tebal ,pokok-pokoknya pula rapat-rapat.Tu yang kadang-kadang kalau ada yang sesat pihak keselamatan susah nak cari walaupun sudah mengunakan khidmat helikopter.
Semakin RA naik ke atas puncak bunyi air dan jeram-jeram tu pun semakin menghilang.Sesekali jumpa jugalah air yang keluar dari batu-batu celah bukit.Nak minum rasa macam tak selamat walaupun nampak air tu macam bersih.Yelah air gunung kan.Nasib bekalan air kat dalam bag masih mencukupi.
  Semakin menghampiri dan dari atas nie RA boleh nampak jelas kolam takungan SAJ di Ulu Choh. (dulunya milik PUB).Besar juga tasik kat dalam hutan tu , dulu RA pernah masuk,tapi sesejak askar dah mula jaga kawasan tu , RA dah tak masuk dah.
Haa kalau dah nampak pencawang nie dah semakin hampirlah.Selang 15minit RA pun tiba di puncak Gunung Pulai yang berketinggian 645meter tepat jam 110tengahari.
  Alhamdulillah cuaca hari ini mendung dan redup , walaupun pagi tadi hujan turun sekejap.Sampai kat puncak terus ambil gambar bergilir-gilir haha.Puncak Gunung Pulai nie taklah besar mana , tapi RA bernasib baik sebab masa RA tiba ramai yang dah turun jadi kawasan ini agak lengang.
Pemandangan Skudai dan Johor bahru boleh di lihat jelas dari atas nie.Boleh lah di lebelkan yang Gunung Pulai ini yang tertinggi di daerah Kulai,Pontian,Skudai dan Johor Bahru.
Pekan Ulu Choh,Kangkar Pulai dan Skudai nampak lebih jelas dari sini.
Ini pulak pemandangan ke arah Selat Melaka.Nak dapat pemandangan ni korang kena turun guna laluan jalan raya yang di buat oleh TNB dan Pencawang RTM.
Ambil lagi beberapa keping gambar di sini dan mula turun ke bawah jam 215petang setelah berehat sebentar.RA turun ke bawah mengunakan laluan jalan raya.Sebab dah tak larat nak masuk hutan.
Lain kali boleh datang lagi ke sini,tapi nak bawak baju lebih sebab bila turun kat bawah nak mandi kat air terjun.hehehe.Alhamdulillah selamat tiba di bawah sekitar jam 3petang.
Sampai je terus ke warong penduduk kampung di sini untuk makan mee goreng.Amacam menjanji kan tak mee goreng dia? huhu.Sedap wey..harga RM6 jek.Perut dah kenyang, jadi apa tunggu lagi? balik lah rumah.Bye bye.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....