Salam di ambang Merdeka semua.memandangkan cuti umum esok RA bersama rakan-rakan RA iaitu Lenny dan Manzarul mengambil kesempatan ini untuk bercuti mengelilingi pulau-pulau di Mersing.Tengok tu semua dah terlebih teruja untuk membasahkan diri mandi di pulau.Kami mengambil pakej sehari tanpa bermalam di pulau di sebabkan kami membuat tempahan di saat akhir dan kebanyakkan bilik resort telah penuh.
Nak tau jam berapa kami sudah bergerak dari Johor Bahru? Jam 3pagi kami dah mula bergerak dan selamat tiba di Mersing jam 6pagi.Alhamdulillah sempatlah bersolat Subuh dan makan sarapan di kampung bersebelahan dengan jeti.Bot kami akan bertolak jam 9pagi dan memandangkan hari ini hujung minggu dan esoknya cuti umum maka penuhlah jeti dengan pelancong-pelancong yang ingin ke Pulau samaada untuk bermalam atau lawatan balik hari.Memang sesak dan penjarakkan sosial memang ke laut hahaha.
Sebuah bot menempatkan dalam 10-11orang penumpang sahaja.Lawatan pertama kami adalah ke Pulau Sri buat.Untuk pengetahuan semua Pulau Seri Buat ini berhampiran dengan Pulau Tioman.
Sepatutnya kami ke hutan paya bakau di sebalik Pulau ini tetapi di sebabkan terlalu banyak bot yang masuk ke situ, kami pergi ke sebelah timur pulau ini dulu.
Kat sini ramai yang turun bukan semata-mata nak mandi sahaja,kat sini korang boleh buat terjunan bebas dari atas batu-batu.Nak bagi makan ikan pun boleh.
Terasa macam berada dalam filem James Bond pulak kan.Perut RA sebenarnya tak sedap nie,mungkin terlebih makan sarapan yang pedas-pedas pagi tadi.Jadi amik masa juga lah untuk turun mandi kat sini.
Pulau ini boleh tahan besar juga.di bahagian selatan pulau ini di selaputi dengan hutan paya bakau manakala di bahagian timur pula penuh dengan batu-batu kapur dan granit serta gerbang-gerbang batu yang berlubang.
Kami kemudiannya ke bahagian hadapan pulau ini yang mana terdapat sebuah pulau kecil yang mempunyai tiang seakan kepala singa.
Bersebelahan Pulau Seri Buat ini ialah Pulau Sembilang.Mungkin bentuk dia macam Ikan Sembilang kot sebab tu di panggil macam tu.
Bot kami berlabuh di sini dan kami di bawa menaiki ke puncak Pulau Seri Buat untuk menikmati keindahan pulau ini dari puncak.Ketinggian sekitar 250meter dan tahap kesukaran adalah "average"
20minit RA sampai di puncak dan pemandangan atas ini sangat menjanjikan.
Eh boleh pulak terjumpa dengan Geng Tasik Biru Cik Lea kiter nie dengan anak-anak buahnya.Tapi dia mengikuti lawatan dengan pengusaha bot yang tidak sama dengan RA.
Sementara menanti yang lain-lain naik kita bergambar dulu.Walaupun kat atas nie panas lit lit kau...Nasib baiklah bawak topi.
Gambar yang sempat RA rakam dari lensa kamera telefun bimbit RA.
Ini pulak gambar-gambar yang di amik oleh Manzarul mengunakan Drone.
Pulau Sembilang dari udara.
Haa sempat juga dia amik gambar kami semua dari atas.Dia tak naik penat katanya jadi dia kirim drone dia je untuk ambik gambar.
Nasib baiklah angin kat atas nie kuat.Kalau tak mau rentung kami semua.
Turun dari Pulau Seri Buat kami meminta pemandu bot kami pergi semula ke hutan bakau di bahagian selatan pulau ini.Tapi disebabkan air mulai surut kami tidak dapat memasuki lebih dalam lagi.
Mau tersangkut enjin bot kami kalau tidak keluar awal.Tapi pemandangan kat sini sangat-sangat meletop.Sayang sekali tak dapat masuk lebih dalam.Macam ginilah kalau pergi masa cuti umum.Sana sini penuh dan ramai orang hahaha.
Dari Pulau Seri Buat kami menuju ke Pulau Hujung tetapi melalui Pulau Harimau,Pulau Mansirip dan Pulau Gaul.(tak sempat nak melalui Pulau Rawa katanya).Sampai di Pulau Hujung kami di berikan pek makan tengahari.
Kat sini kami rehat lama sikit sebab air laut tengah bergelora di tengah-tengah lautan dek ribut.Sempatlah bergambar dan mandi manda di sini.
Dekat dua jam kami di sini,pemandu bot membawa kami ke Pulau Besar pulak untuk snorkeling.Di sebabkan air agak keroh dek gelora tadi penglihatan batu karang agak terbatas tapi menarik juga dapat lihat ikan Nemo dan beberapa ikan yang berwarna warni main di batu karang.hampir sejam kami di sini sebelum masing-masing membuat keputusan untuk pulang ke Mersing kerana hari mulai petang.Kami selamat tiba di pengkalan jeti Mersing dalam pukul 545petang.Sampai je kami solat jamak Asar dan Zohor kemudian mula mencari resort di sekitar mersing untuk bermalam.Kami bernasib baik kerana ada satu resort di Teluk Sisik berhampiran Gunung Arong yang masih mempunyai kekosongan.Resort-resort lain yang berhampiran semua dah penuh yea.Jadilah untuk semalam.Jumpa lagi esok yea.
No comments:
Post a Comment