Sunday, August 30, 2020

Jom ke Pulau Pulau di Mersing

Salam di ambang Merdeka semua.memandangkan cuti umum esok RA bersama rakan-rakan RA iaitu Lenny dan Manzarul mengambil kesempatan ini untuk bercuti mengelilingi pulau-pulau di Mersing.Tengok tu semua dah terlebih teruja untuk membasahkan diri mandi di pulau.Kami mengambil pakej sehari tanpa bermalam di pulau di sebabkan kami membuat tempahan di saat akhir dan kebanyakkan bilik resort telah penuh.

Nak tau jam berapa kami sudah bergerak dari Johor Bahru? Jam 3pagi kami dah mula bergerak dan selamat tiba di Mersing jam 6pagi.Alhamdulillah sempatlah bersolat Subuh dan makan sarapan di kampung bersebelahan dengan jeti.Bot kami akan bertolak jam 9pagi dan memandangkan hari ini hujung minggu dan esoknya cuti umum maka penuhlah jeti dengan pelancong-pelancong yang ingin ke Pulau samaada untuk bermalam atau lawatan balik hari.Memang sesak dan penjarakkan sosial memang ke laut hahaha.
Sebuah bot menempatkan dalam 10-11orang penumpang sahaja.Lawatan pertama kami adalah ke Pulau Sri buat.Untuk pengetahuan semua Pulau Seri Buat ini berhampiran dengan Pulau Tioman.
Sepatutnya kami ke hutan paya bakau di sebalik Pulau ini tetapi di sebabkan terlalu banyak bot yang masuk ke situ, kami pergi ke sebelah timur pulau ini dulu. 
Kat sini ramai yang turun bukan semata-mata nak mandi sahaja,kat sini korang boleh buat terjunan bebas dari atas batu-batu.Nak bagi makan ikan pun boleh.
Terasa macam berada dalam filem James Bond pulak kan.Perut RA sebenarnya tak sedap nie,mungkin terlebih makan sarapan yang pedas-pedas pagi tadi.Jadi amik masa juga lah untuk turun mandi kat sini.
Pulau ini boleh tahan besar juga.di bahagian selatan pulau ini di selaputi dengan hutan paya bakau manakala di bahagian timur pula penuh dengan batu-batu kapur dan granit serta gerbang-gerbang batu yang berlubang.
Kami kemudiannya ke bahagian hadapan pulau ini yang mana terdapat sebuah pulau kecil yang mempunyai tiang seakan kepala singa.
Bersebelahan Pulau Seri Buat ini ialah Pulau Sembilang.Mungkin bentuk dia macam Ikan Sembilang kot sebab tu di panggil macam tu.
Bot kami berlabuh di sini dan kami di bawa menaiki ke puncak Pulau Seri Buat untuk menikmati keindahan pulau ini dari puncak.Ketinggian sekitar 250meter dan tahap kesukaran adalah "average"
20minit RA sampai di puncak dan pemandangan atas ini sangat menjanjikan.
Eh boleh pulak terjumpa dengan Geng Tasik Biru Cik Lea kiter nie dengan anak-anak buahnya.Tapi dia mengikuti lawatan dengan pengusaha bot yang tidak sama dengan RA.
Sementara menanti yang lain-lain naik kita bergambar dulu.Walaupun kat atas nie panas lit lit kau...Nasib baiklah bawak topi.
Gambar yang sempat RA rakam dari lensa kamera telefun bimbit RA.
Ini pulak gambar-gambar yang di amik oleh Manzarul mengunakan Drone.
Pulau Sembilang dari udara.
Haa sempat juga dia amik gambar kami semua dari atas.Dia tak naik penat katanya jadi dia kirim drone dia je untuk ambik gambar.
Nasib baiklah angin kat atas nie kuat.Kalau tak mau rentung kami semua.
Turun dari Pulau Seri Buat kami meminta pemandu bot kami pergi semula ke hutan bakau di bahagian selatan pulau ini.Tapi disebabkan air mulai surut kami tidak dapat memasuki lebih dalam lagi.
Mau tersangkut enjin bot kami kalau tidak keluar awal.Tapi pemandangan kat sini sangat-sangat meletop.Sayang sekali tak dapat masuk lebih dalam.Macam ginilah kalau pergi masa cuti umum.Sana sini penuh dan ramai orang hahaha.
Dari Pulau Seri Buat kami menuju ke Pulau Hujung tetapi melalui Pulau Harimau,Pulau Mansirip dan Pulau Gaul.(tak sempat nak melalui Pulau Rawa katanya).Sampai di Pulau Hujung kami di berikan pek makan tengahari.
Kat sini kami rehat lama sikit sebab air laut tengah bergelora di tengah-tengah lautan dek ribut.Sempatlah bergambar dan mandi manda di sini.
Dekat dua jam kami di sini,pemandu bot membawa kami ke Pulau Besar pulak untuk snorkeling.Di sebabkan air agak keroh dek gelora tadi penglihatan batu karang agak terbatas tapi menarik juga dapat lihat ikan Nemo dan beberapa ikan yang berwarna warni main di batu karang.hampir sejam kami di sini sebelum masing-masing membuat keputusan untuk pulang ke Mersing kerana hari mulai petang.Kami selamat tiba di pengkalan jeti Mersing dalam pukul 545petang.Sampai je kami solat jamak Asar dan Zohor kemudian mula mencari resort di sekitar mersing untuk bermalam.Kami bernasib baik kerana ada satu resort di Teluk Sisik berhampiran Gunung Arong yang masih mempunyai kekosongan.Resort-resort lain yang berhampiran semua dah penuh yea.Jadilah untuk semalam.Jumpa lagi esok yea.

Saturday, August 8, 2020

Antara Tanjung Belungkor , Tj.Surat , Teluk Sengat Dan Air Terjun

 TANJUNG BELUNGKOR , BUKIT BELUNGKOR 283METER , TANJUNG SURAT , 

TELUK SENGAT & AIR TERJUN KOTA TINGGI

RA berkesempatan ke Desaru lagi hari ini , tapi kali ini dengan rakan-rakan RA iaitu Lenny dan Manzarul serta anak buahnya.Seawal jam 7pagi kami dah bergerak dari Skudai Johor menuju ke Desaru melalui lebihraya Senai-Desaru dan Jambatan A berkembar ini.

Dari Tol keluar Desaru RA terus menuju ke Tanjung Belungkor iaitu tempat tujuan asal kami untuk mendaki puncak bukit Belungor.Untuk memulakan pendakian kami kena daftar nama di salah sebuah rumah penduduk di sini,Haa kat sini lah kami di kenakan bayaran RM5 seorang kepada wakil penduduk kampung yang menjaga trek laluan di Bukit Belungkor.Tak apalah bayar pun bayarlah.Kami tidak memerlukan khidmat pemandu arah sebab salah seroang kawan RA pernah ke sini.
Setelah daftar nama dan membuat bayaran kami memulakan pendakian jam 820pagi.Trek laluan agak biasa tetapi panjang juga.Bermula lalu di belakang rumah penduduk kampung sampailah di pencawang telekomunikasi di dalam dusun.Sesekali kami terbau jering bila lalu berhampiran pokoknya.Pokok yang RA bergambar ni nampak macam pokok durian.
Ok kami teruskan ke dalam hutan lagi untuk cepat sampai ke puncak.Sesekali termengah-mengah juga bila terjumpa trek pacak,tetapi tidaklah tinggi sangat.
Labah-labah kaki merah ini RA jumpa di laluan semasa mendaki di salah sebuah pokok.Kalau tengok dari saiz dan warna nie nama sainstafik untuk labah-labah ini ialah "RED-LEGGED GOLDEN SILK SPIDER".
Laluan kat sini banyak nyamuk yea.Boleh tahan besar-besar jugalah nyamuknya.Jadi kalau tak mau di gigit lebih baik korang jalan cepat.Kalau berhenti rehat je mesti nyamuk datang hingap mengisap darah atau pun mengiang-giang kat telinga korang.
Kat kawasan ni banyak juga pokok Tongkat Ali.Ada juga spesis yang dah tinggi membesar.Semakin tinggi kita naik semakin landai treknya tapi panjang.Anak buah Manzarul yang umur 10tahun dah mula merungut hahaha.
Alhamdulillah jam 945pagi kami tiba di puncak Bukit Belungkor yang berketinggian 283meter.Sampai je perut dah mula lapar , nasib baik Manzarul ada beli Nasi Ambang bungkus kat Petronas tadi.Terima kasih Man belanja kami.
RA pulak lepas makan terus bergambar di sini.Batu tanda puncak bukit Belungkor nie tempat wajib bergambar jika korang dah sampai.
Gambar ini di ambil mengunakan Gopro.hehe
Ok kat puncak nie ada dua pemandangan yang boleh RA nampak.1 Pemandangan menghala ke Pulau Tajung Surat dan sebelahnya pula Tanjung Langsat Pasir Gudang.
Tanjung Surat ialah sebuah pulau separuh paya bakau.Ada penduduk yang tinggal di sini dan pengangkutan untuk ke sini ialah mengunakan bot sebab tidak di bina jambatan pun.Jarak cuma 300meter je dari Jeti Nelayan Tanjung Belungkor.Masih ada penduduk yang tinggal di sini dan ada juga sekolah di situ.
Kalau dari atas nie RA cuma nampak pokok-pokok paya bakau je sebab perkampungannya terletak di paling hujung pulau itu. 
Satu lagi pemandangan ialah dibelah kiri iaitu mengadap Pulau Tekong dan Changi di Singapura.
Sesi bergambar berlanjutan sehingga sejam lamanya.hahaha.Ada banyak lagi gambar tapi RA letak kat Facebook je.Cukuplah beberapa keping yang RA tunjukkan di blog.
Hari ini bukan kami sahaja yang berada di puncak, terdapat juga beberapa pendaki dari sekitar Punggal dan Sungai Rengit yang turut sama pertama kali macam RA ke sini.kalau tak silap diaorang seramai 10orang.Sempat lah juga bergambar bersama sebelum mereka turun kebawah.Jam 1050pagi kami bersiap turun ke kereta.Nak turun tak lah sukar sangat jam 1130 kami sudah tiba di kereta kami. 
Sebelum makan tengahari kami sempat singgah ke Jeti Nelayan Tanjung Belungkor yang menghubungkannya dengan Tanjung Surat.Memandangkan cuaca agak panas terik RA dah tak sanggup nak berjemur,nanti jadi ikan salai pulak.
Kami terus menuju ke Restoran Masakkan Ibrahim di Teluk Sengat untuk menikmati makan tengahari kami di sini.Set shellout ini berharga RM30.Sedap sangat weyy...Adalah makanan lain yang kitaorang amik tapi tak sempat nak amik gambar sebab perut dah lapar.
Lepas makan terus ke lokasi rahsia ini hahaha.Tempat wajib datang bergambar jika singgah ke Teluk Sengat.
Kat sini boleh nampak jambatan berkembar A dengan lebih jelas dan menarik.
Panas terik macamana pun mesti turun bergambar kat sini.Tempat ini memang terbaik sangat.
Dah penat berpanas dari pagi tadi kan.Terus racun Lenny (kawan RA) ke Air Terjun Kota Tinggi.Saja nak sejukkan badan katanya.Yelah panas giler hari ini jadi kenalah cari sesuatu yang menyegarkan dan air terjun Kota Tinggi lah paling hampir dengan lokasi kami.Agak lama tak ke sini ada lebih kurang 5tahun.Air Terjun Kota Tinggi ini sekarang telah di amik alih oleh Majlis Perbandaran Kota Tinggi.Bayaran maruk pun dah murah iaitu RM5 seorang dan RM3 untuk tempat letak kereta.
Bergambar ala-ala filem Rock lah kononnya nie.
Air Terjun kat sini sejuk giler beb.Tapi sayang kat tingkat atas di tutup untuk orang awam mandi sepanjang PKPB ini.
Apa lagi Go Prolah...hahahaha....Puas hati dapat mandi sampai kecut kat sini.Jam 530petang baru kitaorang bersiap pulang ke Johor Bahru.Puas sangat dapat mandi air terjun hari ini.Jumpa lagi di keluaran lain.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....