Sunday, July 5, 2020

Naik bot di Selat Tebrau

 Ok geng , hari ini RA ada satu temujanji untuk membawa Kak Laila,Kak Nini , Alisa dan Kak Mariana menaiki bot pusing-pusing di Selat Tebrau.Kami bertolak jam 9pagi dari Sungai Perling.
Bagi sesiapa yang berminat,boleh lihat pada harga Pakej ini seperti di atas.
TEMPAHAN HENDAKLAH DI BUAT SEKURANG-KURANGNYA 24JAM SEBELUM BERTOLAK.
Lawatan akan bermula pagi jam 9 atau 10 tertakluk kepada air pasang surut.
 Sungai perling memang terkenal dengan habit spesis burung Camar , Belibis , Raja Udang dan banyak lagi spesis burung migrasi.
 Kenapa kami gerak awal pagi...kerana masa inilah air sungai tengah pasang.Jadi laluan keluar ke Selat Tebrau akan lebih mudah dan tidak cetek.Lagi satu suasana pagi di sini juga amat nyaman.
 Sungai yang kami lalui melewati beberapa kampung antaranya Kampung Seri Jaya , Kampung Pasir , Kampung Pengkalan Rinting , Pengkalan Polis Marin , Kampung Bakar Batu Danga dan juga Pulau Danga (gambar).
Terus melewati ke Country Garden dari persisir pantai apa bila kami keluar sahaja dari Sungai.
 Bot kami akan berhenti dan memberi kami peluang bergambar.
 Abislah RA jadi budak kamera mereka nie hahaha.
Persis berada di Pantai Miami pulak.
 Dari Country Garden kami terus menuju ke Puteri Harbour, melalui beberapa rumah-rumah rakit dan rakit sangkar milik pengusaha-pengusaha ternakkan ikan sangkar.Ada sebuah pulau di tengah-tengah selat Johor ini iaitu Pulau Sarimbun.
Kami singgah ke Kampung Tebing Runtuh untuk bergambar di sini.
Menariknya di sini ada tiang-tiang kayu bakau yang sesuai untuk di rakamkan gambar persis di Tasik Kenyir.
Kami meneruskan perjalanan ke Puteri Harbour dan memasuki ke kawasan Marina.Kami tidak di benarkan mendarat yea sebab jeti itu milik persendirian.Jadi kami cuma bergambar dari laut sahaja.
 Inilah dia Puteri Harbour. 
Di sebabkan jeti Puteri Harbour hanya untuk bot-bot persiaran sahaja kami cuma bergambar dari laut sahaja.
Kami berhenti sebentar di Rumah Rakit di Kampung Sungai Melayu.Untuk membeli hasil tangkapan laut.Antaranya Udang , Ketam dan Ikan.Udang hidup dari laut harga dalam RM40-45 sekilo.Masak terus memang sedap wooo.Kak Laila beli setengah kilo tu.
Dari rumah rakit kami terus ke bukit pasir.Ia sebenarnya pasir yang di tambak berhampiran dengan dangabay.
 Jadi RA sarankan kalau nak ke sini kena lah bawa panyung.
Kat sini boleh bergambar sepuas puasnya.Kawasan lapang dan luas.Macam-macam stail boleh buat.
Lain kali RA nak buat sliding pulak kat sini.Ala-ala macam kat Perth.
Lawatan terakhir kami ke Kampung Skudai Kiri dengan menurusi Sungai Skudai.Kat sini RA jamin korang akan rasa macam kat Vietnam lah.

Lawatan akan datang nanti RA akan sediakan air Kepala untuk lepak-lepak minum di sini yea.
Dari sini kami pulang terus ke Sungai Perling dan menikmati makan tengaharu di salah sebuah gerai yang terdapat di pengkalan.Udang yang kak Laila beli dia minta tuan kedai makan masakkan untuk kami untuk makan tengahari.
Untuk siapa yang nak melalui detik-detik manis ke sini boleh terus hubungi RA.
Harga sewaan bot RM250 (Boleh naik 5-6orang) - Dalam RM50 seorang macam tu.
Kalau tak ramai RA sarankan naik bot kecil RM200.(boleh naik 2-3orang).
Trip ini mengambil masa anggaran 3-4jam.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....