Tuesday, September 10, 2019

Ekpedisi Kinabalu Hari 3

 
Sejujurnya RA nak cakap memang tak boleh tidur kat bilik tu.Antara sebab suhu yang agak sejuk dan katil dan bantal yang tidak selesa.Bayangkan dari jam 8malam sampai 12tengahmalam RA asik terjaga setiap 20minit.Jadi bagi sesiapa yang akan bermalam di sini pastikan bawa bag tidur yang tebal sebab selimut dom yang tebal tu pun belum tentu dapat menahan kesejukkan.Kesejukkan akan lebih terasa bila anda dapat katil bertingkat dua di tingkat atas.Jam 12tengah malam jam lonceng semua berbunyi di telefun bimbit masing-masing.Semua kena bersiap-siap dan bergegas ke kantin untuk sarapan pagi sebelum menaiki ke puncak.Sarapan di hidangkan di kantin jam 1.30pagi.Lepas alas perut jam 230pagi kami berkumpul di luar dan di berikan taklimat ringkas sebelum bergerak.
Di fahamkan ada 1 pondok petugas iaitu Pondok Sayat-sayat yang perlu kami tiba sebelum jam 5pagi.Kalau sampai lambat memang berkecailah harapan RA untuk sampai ke puncak sebab pintu pagar akan di tutup dan semua yang lambat akan di suruh pulang ke Laban Rata.Jarak nya cuma 1.2km tapi cabarannya hanya yang naik jelah yang tahu sendiri.Pendaki hendaklah daftar di sini dengan menunjuk kad Taman Negara yang telah di beri semalam.Kalau kad hilang,lupakan untuk ke puncak sebab korang tak akan di lepaskan.Alhamdulillah RA selamat tiba di pondok petugas Sayat-sayat jam 440pagi bersama 6orang lagi geng RBR.Ada tandas di sediakan di sini.Jadi sempat juga RA melepas hajat kat sini.Tak tahulah sejak petang semalam lagi perut asik nak lawas jek hehe.Airnya kat sini sejuk giler, hanya tuhan je lah yang tahu.Nak tak nak kena juga bersihkan juga kan.hehe.Aku berey di tandas tertinggi di ASIA TENGGARA weyyyy!!!! hehehe
Selesai daftar nama di pondok petugas RA meneruskan perjalanan ke puncak.Di sepanjang puncak tu jika anda ada masalah dengan ketinggian pastikan anda jangan lihat di belakang.Kalau buat juga anda pasti akan pening dan termuntah.Terus kan saja perjalanan, hanya pandang ke depan dan tapak kaki anda.heeee
Semakin tinggi RA naik semakin sukar untuk bernafas.Maklumlah oksigen semakin berkurangan.Jadi dengan berbekalkan lampu di kepala terpaksa lah banyak berhenti seketika untuk menarik nafas.
Matahari mulai terbit saat RA masih lagi dalam perjalanan ke puncak.Bila nampak terbitnya matahari pagi , rasa kesyukuran tu memang tidak dapat di ucap.Pemandangannya sangat cantik  beb...Sukar di gambarkan oleh kamera lensa RA sendiri.
Antara kami yang berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke puncak.Caya lah abang Zul peserta paling veteren dalam geng kami yang sama-sama ke puncak walaupun kami kumpulan terakhir di belakang.
Masa perjalanan selepas Sayat-sayat ini kekuatan mental dan fizikal memang di perlukan.Masa ini lah banyak tenaga RA habis di kerah untuk menstabilkan kaki di permukaan berbatu di tambah dengan suhu dan tiupan angin yang sejuk lagi.Memang sangat mencabar.
Dari KM8 ke Lows Peak hanya sekitar 500-700 meter sahaja tapi azabnya macam 70km nak sampai wey....
RA gagahkan juga diri untuk sampai ke puncak.Walaupun...haha 
Kat sini air bertakung dah jadi air batu beb dek suhu yang sejuk.Boleh buat ABC kat atas tu.hehe.Masa nie lah dah mula teringat kopi dan roti kat Kantin Laban Rata.Pergghh...
Alhamdulillah selamat sampai dan menikmati alam semulajadi ciptaan Allah dari puncak.Rasa bersyukur sangat-sangat di berikan kesempatan ini.
Nak duduk lama-lama leh membeku kat sini.Lepas amik gambar dan lepak sekejap RA bergegas turun ke Laban Rata.Nak turun lak kena tiba Laban Rata sebelum jam 1030pagi dan daftar keluar dom.Kalau lewat akan di kenakan bayaran RM100 tau.
Kantin pulak jam 1030pagi akan di tutup jadi kalau lambat tiba memang kena turun ke Pondok Timpohon dengan perut kosong la nanti.
Dah siang barulah nampak pondok sayat-sayat dan laluan yang RA laluai masa gelap tadi.Tak sangka berjaya akhirnya.Kecik halus je nampak bawah dari atas sini.Alhamdulilllah cuaca pun cukup menyebelahi RA.Nie kalau hujan memang kami semua tak di benarkan naik sampai atas sebab permukaan batu sangat licin.
Ada satu kawasan masa nak turun yang agak merbahaya sikit.Perjalanan ke bawah dari pondok sayat-sayat nak ke tangga untuk turun ke bawah ni ada kawasan tanah runtuh.Nampak tak tangga dalam gambar tu.Kat atas tangga tu ada laluan sedikit merbahaya jadi pastikan anda turun dengan berhati-hati.Untuk keselamatan berpeganglah pada tali yang di sediakan.Tapi kalau dah biasa turun je macam biasa cuma kena berhati-hati sikit.
Lepas turun je tangga tu RA jumpa kawasan ala taman bonsai.
Masa gelap dah lalu tapi tak perasan sebab gelap je.Kat sini nak bergambar memang cantik sebab selain pokok bongsai ada banyak juga bunga yang cantik-cantik.
Antara bunga-bunga yang dapat RA rakamkan di sini.
Pokok peria kera kat sini pun unik dan besar yea.
Laluan kat sini agak santai sikit.Ada pelantar pemerhati kat hujung tu untuk para pendaki merakamkan pemandangan gunung.
Sikit lagi nak sampai Laban Rata kat bawah tu untuk sarapan pagi hehe.
Saujana mata memandang.Memang cantik bila dapat lihat pekan kundasang dari ketinggian 3000kaki ke atas
Sempat mintak tolong pemandu arah geng lain amikkan gambar RA di pelantar peninjau ini.Maklumlah masa nie geng-geng RA dah tak jumpa dah sama ada mereka dah turun laju ke Laban Rata atau masih berada di puncak belum turun.Alhamdulillah RA sampai di Laban Rata jam 935pagi dan terus ke kantin untuk sarapan pagi.Jam 10pagi RA ke bilik untuk mengemas bag sebelum daftar keluar.Bag di kumpulkan dan di serahkan pada potter yang akan menangkut turun ke bawah.Jam 1045pagi RA bergerak perlahan-lahan turun ke Pondok Timpohon iaitu pintu masuk tempat kami bermula semalam.Kami kena tiba di Pondok Timpohon sebelum 4petang kalau lambat kami akan di kenakan bayaran lebih masa kepada pemandu arah dan potter kami.Apa yang boleh RA katakan perjalanan turun ke bawah lebih menyiksakan yea hehehe.
Mainan lutut dan peha sangat menguji.Masa inilah fungsi tongkat sangat-sangat di perlukan bagi mengurangkan hentakkan kaki semasa turun tangga.Di KM2 sebelum tiba di bawah, kasut RA dah mula koyak.Nasib baik ada selipar getah yang RA bawa untuk di tukar.Akhirnya jam 350petang RA tiba di Pondok Timpohon dan pada masa yang sama hujan renyai-renyai menyambut ketibaan RA.Nak naik tangga sebelum ke pintu keluar tu adalah cabaran terakhir yang sangat payah untuk di habiskan.Rasa macam nak mintak orang dokong je haha.Apapun Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya.Sijil berwarna sudah dalam gengaman hehe.
Antara geng-geng yang sama-sama tiba bersama potter kami yang sempoi.(selamber je dia bawak barang-barang berat kami turun).Jam 430petang cuma separuh sahaja dari kami yang sudah turun.Manakala yang lain masih lagi dalam perjalanan.
Jam 5petang hujan turun dengan lebatnya.RA dah bayangkan keadaan mereka yang masih belum sampai.Pasti mereka berhenti menanti hujan reda atau mungkin juga turun dengan kebasahan.Jam 530petang hari mulai gelap dan sebahagian lagi masih belum tiba.Kami menaiki van dari Pondok Timpohon ke pejabat Taman Negara,sementara ketua rombongan dan pemandu van yang lagi satu menanti yang lain tiba.Alhamdulillah mereka semua selamat turun dan tiba jam 8malam di Pejabat Taman Negara tempat kami berkumpul untuk mengambil bagasi yang di tinggalkan di situ.
Sijil berwarna sudah ada di gengaman.
 Selesai urusan di pejabat taman negara van kami meluncur laju pulang ke Kota Kinabalu dan kami bermalam di Borneo Backpackers Hostel untuk malam ini.Oh gambar ini kafe kat bawah hostel kitaorang.Bilik kat atas (matilah nak kena naik tangga lagi malam nie).hehe.Ok gais cukup lah kisah RA naik Gunung Kinabalu ini.Penerbangan balik RA lusa jadi esok masih ada masa nak ronda-ronda KK beli Ikan bilis dan jajan-jajan untuk di bawa pulang ke JB.Apa yang dapat RA kongsi kan pengalaman ini pasti menjadi kenangan manis RA.Terima kasih kepada GO-GO RBR , Nane dan Abam@Wan serta geng-geng sempoi yang ikut serta.Moga ada masa kita akan berjumpa di lokasi yang lain pula.
 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....