Akhirnya hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba.Hari ini dengan penerbangan pertama ke Kota Kinabalu RA tiba di Sabah Negeri Di Bawah Bayu jam 10pagi.Lawatan kali ini bukan sekadar lawatan biasa tetapi RA membawa visi untuk menakluki Gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.Seramai 19 orang bertolak dari Kuala Lumpur , 1 orang dari Johor Bahru iaitu RA dan seorang lagi yang bekerja di KK mengikuti ekpedisi ini.Go-go rombongan kami ialah Abam (baju merah bertopi) dan Nane (baju merah jambu bertopi) tu.
Sejurus tiba di lapangan terbang kami makan tengahari di salah sebuah restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang tapi sempatlah singgah sebentar di Jambatan Gantung Tamparuli yang popular dengan lagunya itu.
Mau bergoyang kami semua naik.Nak-nak ada yang cuba mengoyangkan jambatan ini saat beberapa rombongan wanita melaluinya.
Bergambar dengan Abam Gogo kita dan kena sedapkan hati je nie,tapi sebenarnya masih berdebar-debar sebab esok dah mula mendaki.
Besar Sungai Tamparuli ini dan jambatan ini menghubungkan penduduk dengan sekolah dan pasar di seberang.Setelah kami tiba di seberang,kami meneruskan perjalanan ke Kundasang yang mengambil masa sejam je lagi untuk sampai.
Alhamdulillah saat tiba di Kundasang Gunung Kinabalu menjengah kami di tingkap van.Cantik sungguh.
Kami singgah melawati Desa Dairy Farm yang terkenal dengan penternakkan lembu baka dari New Zealand.Ladang kat sini sangat luas dan di kenakan bayaran RM5 seorang untuk masuk.
Wah sempat bergambar beramai-ramai sebelum masuk.Suhu kat sini sejuk-sejuk suam jek.Tak payah nak pakai baju tebal-tebal sangat sebab takde lah sejuk mana pun.
Nyaman bila dah ada kat sini patutlah lembu-lembunya gemuk-gemuk.Yang ini RA yea bukan lembu hehehe....Pipi Pau sikit jek.
Ok datang sini tak sah kalau tak beli Aiskrem Gelato.Harga RM5 tapi jika nak tambahan Koko Krunch kena tambah RM1.Beli dan bawak makan kat luar sedap sejuk-sejuk.
Nampak tak lembu-lembu kat sini.Semuanya baka dari New Zealand macam iklan Fernleaf dan susu cap junjung tu. Kat Malaysia pun ado...#dekatjer...haha
Dah makan aiskrem,semua cari tempat-tempat hotspot di sekitar kawasan ini untuk bergambar.Antaranya kat batu bertengek nie.
Lepas dia , dia jek kan...haha
Sebenarnya ramai ke sini sebab nak bergambar kat ladang berlatar belakangkan lembu New Zealand dan makan aiskrem je.Selebihnya takde apa-apa sangat pun.Jadi selepas berpuas-puas bergambar dan berfoya-foya , kami meneruskan perjalanan ke rumah Inap Desa yang telah di tempah oleh Abam.Kang nanti sampai dah gelap tak syok pulak.
Nampaknya ada yang dah keletihan.Maklumlah dari semalam tak puas tidur takut tertinggal penerbangan pulak.
Akhirnya tiba juga di sini walaupun perjalanan nak masuk ke inap desa ini sangatlah pendalaman dengan keadaan jalan raya yang berlobang dan berlopak.Yelah jalan kampung kan.Nama Inap Desa kami ini ialah HOUNAN RIDGE FARMSTAY & CAMPING terletak di kawasan kampung yang bernama Bundu Tuhan.
Memang hazap sikit nak masuk sini tapi bila sampai dan lihat rumahnya yang sangat-sangat menawan ini terubat segala penat duduk lama-lama dalam van.Cantik kan? rumah dia ala-ala kat luar negara gitu.
Buat yang nak berkhemah ada juga di sewakan khemah di belakang rumah ini yang mengadap betul-betul Gunung Kinabalu.
Kami semua tidur kat dalam rumah ler.Rombongan lain yang tidur kat dalam khemah.Lepas dapat kunci bilik,masing-masing membersihkan diri dan keluar semula untuk tidak melepaskan peluang bergambar di luar rumah.
Walaupun hujan renyai-renyai mulai membasahi bumi Kundasang kami masih lagi gigih bergambar di luar.
Nampak tak macam-macam aksi diaorang ini.
Sementara menanti makan malam dan langit masih cerah selagi itulah kami berada di luar walaupun hujan mulai sedikit-sedikit turun dengan lebatnya.Suhu kat sini pun dah turun ke 18'c.Makan malam kami di sini sahaja sebab tak ada kedai makan pun yang berhampiran.Malam ini hujan turun tanpa henti jadi lepas makan malam kami semua kemas bag untuk mendaki esok dan selepas itu masuk tidur...Kita jumpa esok.
No comments:
Post a Comment