Jam 4pagi semua di kejutkan oleh jam telefun bimbit masing-masing.RA yang bangun awal sekali sebab pagi-pagi mesti RA nak cari tandas nak lepas hajat hehehe.Jam 5Pagi solat Subuh dan turun ke bawah untuk sarapan pagi.Alhamdulillah hujan dah mulai berhenti.Sambil kami menanti sarapan di sediakan Abam Gogo kita nie memberi sedikit penerangan tentang aturcara dan perjalanan menaiki Kinabalu nanti.Kusyuk semua mendengarnya yea hehe.
Jam 530pagi matahari mulai bersinar di ufuk timur.Suasana pagi memang sangat dingin kat sini.Maklumlah malam semalaman hujan turun.
Lepas bersarapan kami semua bawa bag turun dan bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu...Yea pasti kau akan ku tawani hari ini dan esok...Gigih ! walaupun hati kuat berdebar.
Sementara menunggu yang lain-lain bersiap kita amik gambar lah sepuas-puasnya kat sini.Bukan selalu dapat datang lagi.
Yang lain pun turut ikut sama nak bergambar.Maklumlah matahari terbit di sini sangat cantik.
Hehe RA pun dah ikut macam diaorang.
Sorang-sorang mula mengambil giliran.Layan kan jer...
Kita edit sikit latar belakang tu jadi macam zaman dolo-dolo.
Antara rakan-rakan "Hikers" yang turut sama mendaki nanti.Mereka pun nak bergambo jugak.
Lama juga menanti semua siap.Jam 630pagi semua bergambar berkumpulan.Kalau tak panggil semua buat hal masing-masing bergambar sendiri.hehe
Terima kasih abam pemandu van yang tolong amik gambar kami semua.
Jam 7pagi kami mula bergerak ke Taman Negara Kinabalu.Sepanjang perjalanan keluar kampung matahari terbit sangatlah cantik.SubhanaAllah....
Jam 730pagi kami tiba di Taman Negara Kinabalu.Kat sini kami tunggu kehadiran Pemandu arah dan "potter - tukang angkat bag" tiba.Sambil tu mendaftar nama di pejabat taman negara.Semua maklumat kena di isi termasuk numbor telefun waris jika ada kecemasan.
Selesai mendaftar kami di berikan kad lencana seorang satu sebagai kad pengenalan dan kebenaran untuk memasuki/mendaki Gunung Kinabalu.Jika kad ini hilang bermakna anda tidak di benarkan masuk.Lagi satu kad ini kena sentiasa di pakai semasa mendaki.Kad ini juga hendaklah di tunjukkan di Pondok Pendaftaran Sayat-sayat iaitu pondok terakhir (1.7km dari puncak) esok pagi dan jika hilang anda terlepas kelayakkan untuk mendaki kepuncak.
Kad dah dapat , kemudian bag di timbang untuk di serahkan kepada potter yang mengangkut bag kami ke Laban Rata , iaitu Rumah Rehat kami di anak kaki Gunung Kinabalu.Korang nak tahu harga yang mereka kenakan? 1KG = RM13.Jadi jika banyak barang yang korang suruh mereka bawa maka banyaklah korang kena bayar.Harga kat sini sangat berpatutan dengan berat yang mereka bawa tau.Sebelum semua mula mendaki RA sempat bergambar berlatar belakang Gunung Kinabalu.
Kat taman ini paling hampir untuk bergambar dengan Gunung Kinabalu.Gambar berkumpulan wajib di ambil.
Selepas urusan di pejabat Taman Negara kami di bawa oleh Van ke pintu masuk memasuki taman Negara ini.Lokasi pertama dan bermula di Pondok Timpohon.Ada 2laluan masuk sebelum ini satu lagi di Laluan Mesilau.Tapi laluan tersebut dah di tutup selepas kejadian gempa yang lepas.
Macam biasa sebelum menaiki gunung pemandu arah akan memberi sedikit penerangan tentang laluan yang akan kami tempuhi.Seramai 4 orang pemandu arah akan turut sama dalam kumpulan kami beserta 4 orang "potter" yang mengangkut barangan kami.Kesemua mereka akan berada di hadapan tengah dan paling belakang sekali bagi mengelakkan segala perkara yang tidak di ingini.
Inilah antara laluan yang RA dan rakan-rakan kena lalui.Keseluruhan perjalanan ke atas mengambil jarak perjalanan 8.5KM.Di ketinggian 3272meter (6.5KM) dari Pondok Timpohon,rombongan akan berhenti bermalam dan berehat di rumah rehat Laban Rata.Esok awal paginya akan meneruskan perjalanan ke puncak.Di khabarkan semakin tinggi yang kita daki semakin kurang oksigen yang akan kita terima.Jadi nasihat pemandu arah, kita kena pandai-pandai mengawal pernafasan.Tak perlu terkejar-kejar , hanya nikmati pemandangan dan santai-santai jek.Tapi kalau boleh kena sampai ke Rumah Rehat Laban Rata sebelum jam 8malam sebeb lepas jam 8malam kantin akan di tutup dan makanan tidak akan di hidang lagi. (jam 430petang kantin di buka)
Inilah antara laluan yang RA dan rakan-rakan kena lalui.Keseluruhan perjalanan ke atas mengambil jarak perjalanan 8.5KM.Di ketinggian 3272meter (6.5KM) dari Pondok Timpohon,rombongan akan berhenti bermalam dan berehat di rumah rehat Laban Rata.Esok awal paginya akan meneruskan perjalanan ke puncak.Di khabarkan semakin tinggi yang kita daki semakin kurang oksigen yang akan kita terima.Jadi nasihat pemandu arah, kita kena pandai-pandai mengawal pernafasan.Tak perlu terkejar-kejar , hanya nikmati pemandangan dan santai-santai jek.Tapi kalau boleh kena sampai ke Rumah Rehat Laban Rata sebelum jam 8malam sebeb lepas jam 8malam kantin akan di tutup dan makanan tidak akan di hidang lagi. (jam 430petang kantin di buka)
Semua pendaki kena daftar dan tunjukkan kad sebelum memasuki pintu masuk pagar ini.Hanya pendaki yang berdaftar sahaja di benarkan masuk.Orang luar tak leh suka-suka masuk tau.
Tu dia...semangat penglima dan serikandi dah mula meresap hehehe.
Permulaan trek dah kena naik tangga berbatu-batu memang takde diskaun langsung.Jadi layan naik tangga lah sampai muntah sambil layan pemandangan.hehe.Haa macam kat gambar ini lah tanga berbatu-batunya hehe.
Permulaan trek dah kena naik tangga berbatu-batu memang takde diskaun langsung.Jadi layan naik tangga lah sampai muntah sambil layan pemandangan.hehe.Haa macam kat gambar ini lah tanga berbatu-batunya hehe.
Setiap perjalanan nak sampai 500 meter tu terasa macam lama pulak.Kalau biasa lari kat kawasan taman tu tak sama rasanya dengan naik gunung nie.
Satu yang RA suka trek Kinabalu ini di setiap pondok rehat yang berjarak setiap 1 - 1.5km antara satu sama lain ada di sediakan tandas dan air.Cuma semakin tinggi pondok rehatnya semakin sejuk lah air di tandasnya hehehe.Paham ehhh...
RA dan geng santai santai je sambil menikmati keindahan hutan di Kinabalu kami semua bergambar seberapa banyak yang boleh.
Asal nampak trek takde orang lalu memang asik bergambar je lah.Di sepanjang trek kami pasti akan bertembung dengan potter-potter rumah rehat Laban Rata yang bekerja membawa pelbagai barangan keperluan seperti minyak masak,tong gas,beras,makanan,minuman dan macam-macam lagi lah.Kebanyakkan mereka pasti melintasi dulu kami-kami semua yang lambat ini.
Ada di kalangan pengangkut barangan ini dah berumur lebih 50tahun tapi masih kuat mengangkat barangan ke Laban Rata.Hebat-hebat kan orang Sabah nie.Gambar ini kalau tak silap RA rakamkan di KM 3.Nak selesaikan 1km tu amik masa sejam jugak tau.Punya lah payah kami nak sampai.
Dari mula sampai lah pertengahan jalan asik menaik je laluannya.RA rasa dah lebih 1000 anak tangga kot RA naik.
Nampak tak jaket musim sejuk tu RA dah gantung kat tepi bag.Maknanya suhu kat trek tidak lah berapa sejuk sangat.Jam 12tengahari suhu sekitar 23-25'c.Ala suhu waktu pagi kat rumah kita.
Gambar kat sini paling RA suka.Ini pemandangan di sekitar KM4.5.Banyak pokok-pokok bongsai kat sini.
Nampaknya tak jauh lagi dah.Lagi 2KM sampai lah ke Laban Rata.Bagi yang pernafasannya banyak mengunakan mulut macam RA,di sarankan kena bawa banyak air.Sebab tiap kali kita bernafas mengunakan mulut tekak kita akan cepat kering.Jadi kena basahkan selalu tekak dengan air yea.Bekalan air kalau kehabisan takde masalah.Anda boleh je isi air kat tandas di setiap pondok perhentian.
Destinasi semakin hampir.Cuma 1km lagi untuk tiba di Laban Rata.Masa nie jam dah pukul 3petang.Laluan semakin berbatu dan pernafasan semakin tersemput-semput.Nak di ingatkan di pondok perhentian KM5.5 (1KM untuk sampai Laban Rata) tandas tak ada yea.Jadi kalau nak membuang sila buang habis-habis di pondok perhentian KM5
Masa dah nak sampai nie lah ujian pendakian paling getir.Minda kena di didik dengan kesabaran.Terasa macam tak larat je nak teruskan.Lapar pun ada maklumlah dah pukul 3petang masih tak makan tengahari lagi.Nasib baik ada bawa bekalan roti dan keropok untuk makan semasa rehat di pondok perhentian.
Semakin hampir semakin tak larat rasanya hehe.Tapi pemandangan semakin cantik kat atas ini.
Bila berbaki cuma 400meter RA dah mula nampak bumbung rumah rehat di Laban Rata.hati dah mula berbunga-bunga tapi nak selesaikan trek yang berbaki ini macam 4km jauhnya.Tuhan jelah tahu macamana nak abiskan.Ingatkan dah nampak bumbung tu dah sampai,rupanya bumbung rumah tu bukan kantin Laban Rata tapi rumah rehat pekerja.adoyaiiii..100 meter lagikk??
Tapi berkat kesabaran , kecekalan dan ketabahan RA berjaya juga sampai kat padang hadapan Laban Rata ini.Laban Rata juga di panggil Panalaban dan kat sini macam "Base Camp" untuk pendakilah untuk berehat dan buat persiapan ke puncak esok pagi.
Berjaya rasa nak peluk je tiang Panalaban tu.Alhamdulillah selesai sudah pendakian setinggi 3272meter untuk hari ini.
RA berehat sambil bergambar sekejap di dataran ini sebelum kami semua naik ke kantin rumah rehat untuk makan tengahari merangkap makan malam.Kumpulan pertama ada yang dah sampai seawal jam 1230tengahari tadi tau.Mereka semua tidur kat dom sementara menunggu kantin di buka.Alhamdulillah menu di kantin sangat menyelerakan.Cuma minuman tidak di sediakan.Kalau nak minum air kopi atau teh harganya RM14 secawan hehehe.
Kat sini beberapan tempat penginapan antaranya Lemaing Hut,Pendant Hut dan beberapa lagi lah yang RA tak ingat.Semua penginapan tu berbeza-beza mengikut bayaran yang korang bayar.Untuk penginapan RA malam ini ialah di Lemaing Hut iaitu bilik dom dengan 14katil "bunk bed".Selesai makan di kantin RA masuk ke dom,mengemas sambil membersihkan diri apa yang patut.nak mandi? kalau berani pergilah mandi,air paip dah macam air batu.Tak ada heater yea....Nak cebuk lepas buang air besar paling bercinta , mau kebas B****T kena air dibuatnya.
Lepas je buang hajat dan basuh muka ala kadar dan solat jamak , RA turun semula ke tanah lapang Panalaban untuk tengok memandangan indah matahari terbenam di ufuk barat hehe.Nampak tak bangunan warna oren tu? ha itulah Lemaing Hut,hostel dom kami bermalam.Dinding-dinding hostel kami bersalut dengan bumbung batu je.Jadi suhu kat luar tu memang meymey lah dapat rasa malam nie dalam bilik.huhu.
Semua amik tempat masing-masing ala-ala kulit album kumpulan K-Pop letew...
Apapun berada di atas ini satu pengalaman yang sukar di lepaskan.Pendakian RA masih belum selesai.Esok pagi masih ada lagi misi yang perlu di selesaikan.Alhamdulillah cuaca sepanjang hari ini sangat-sangat baik dan mengharapkan berkekalan hingga esok.Suhu kat Panalaban mencecah 10'c tapi semakin malam suhu jatuh menjunam ke 5'c.
Nasib baik kami semua di beritahu awal-awal untuk membawa bag tidur sebagai pelapis kepada selimut yang di sediakan di dom hostel.Malam tu memang RA tak boleh tidur sebab terlalu sejuk.Walaupun sebelum tidur kaki dah di sapu dengan minyak panas tetap kena sekali kejang simpul biawak malam tu.Alhamdulilah selesai Fasa 1 pendakian.Esok nanti kita sambung misi ke puncak pada keluaran seterusnya yea
Nasib baik kami semua di beritahu awal-awal untuk membawa bag tidur sebagai pelapis kepada selimut yang di sediakan di dom hostel.Malam tu memang RA tak boleh tidur sebab terlalu sejuk.Walaupun sebelum tidur kaki dah di sapu dengan minyak panas tetap kena sekali kejang simpul biawak malam tu.Alhamdulilah selesai Fasa 1 pendakian.Esok nanti kita sambung misi ke puncak pada keluaran seterusnya yea
No comments:
Post a Comment