Assalamuaikum,
RA bukan lah pandai sangat pasal Umrah nie.Pergi pun baru sekali,2 jek.Tapi ada lah sikit-sikit tip yang mungkin berguna untuk bakal-bakal tetamu Allah di tanah suci nanti.Kalau ada yang silap RA mintak maaf yea.RA cuma sekadar berkongi pengalaman dan tip jek mungkin info yang sama ada pada blog orang lain juga.
TIP SEBELUM MEMILIH PAKEJ UMRAH :
1.PILIH TARIKH BERTOLAK
- Sebelum membuat tempahan minta jadual perjalanan umrah dari agen umrah anda.Pastikan jadual itu ada aktiviti bersolat Jumaat di Masjidil Haram Mekah.Bonos jika di jadul perjalanan itu anda dapat buat solat Jumaat di 2 Masjid iaitu di Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram Mekah.Ambil pakej yang 11 atau 12 hari dan bertolak pada hari Rabu.Insyallah anda pasti dapat bersolat Jumaat di dua masjid ini.
2.PILIH PENERBANGAN
- Pilih penerbangan terus samaada dari KL atau Singapura (bagi yang tinggal di JB).
Air Asia , Saudi Arabia, Malaysia Airlines membuat penerbangan terus dari KL ke Jeddah dan Madinah.Boleh juga naik Singapore Airlines transit di Singapura.(pesawat transit yang tiada masalah)
Masalah dengan penerbangan transit (selain Singapore Airlines) ini ianya tertakluk pada perubahan masa.Pernah sekali saya dengar ada jemaah yang terkandas lebih 24jam di India dek kerana pesawat sambungan mereka tidak sampai pada masa yang di tetapkan di sebabkan masalah cuaca.Masalah ini akan menganggu jadual umrah anda di tanah suci yang terpaksa di pendikkan juga.
Satu lagi masalah dengan penerbangan transit ini perjalanan anda akan menjadi lebih panjang iaitu anggaran 10-11jam (termasuk waktu menunggu).Penerbangan terus hanya mengambil masa 7-8jam sahaja.
- Untuk mereka yang memilih penerbangan seperti Air Asia , adalah lebih baik anda mengeluarkan lebih sedikit wang (anggaran dalam RM400) untuk membeli tempat duduk khas di bahagian hadapan yang luas sedikit.Dan jika berkemampuan bolehlah naik taraf ke "flatbad seat" (anggaran kos tambahan RM1500-2000).Semua ini boleh anda boleh minta agen Umrah anda aturkan.
TIP SEMASA BERANGKAT KE TANAH SUCI
1.BAGGASI
- Ada 3jenis beg pelbagai saiz.Saya cadangkan anda bawa 2 beg baggasi.Wajib bawa 1 beg bersaiz Maksimum (paling besar) dan satu lagi terserah anda samaada nak bawa yang bersaiz kecil atau yang bersaiz sederhana.(contoh-contoh bag seperti di bawah).Ada lebih baik anda bawa bag yang rodanya boleh pusing 360darjah.Ini untuk kemudahan anda semasa nak pulang nanti dari tanah suci nanti.Percayalah...
2.BAJU IHRAM
Bagi lelaki minimun bawa 3helai baju ihram.(bukan 3pasang yea).Jika rasa nak bawa lebih silakan cuma pastikan bagasi anda muat.Untuk Ihram anda cuma perlukan 2helai sahaja.Jika sehelai kotor (selalunya yang di ikat di pinggang).Anda boleh hantar dobi sehelai dan gantikan dengan yang baru.
Yang perempuan ermm tak pasti pulak,tapi rasanya cukuplah 2-3 pasang telekong kot.
3.UBAT-UBATAN YG PERLU DI BAWA DARI MALAYSIA
Panadol Extend - Sakit-sakit lutut dan sendi (memang wajib bawa)
Copastin - Untuk alahan batuk (boleh dapat di Farmasi)
Clarinase - Untuk Selsema (boleh dapat di Farmasi)
Panadol Soluble - Deman
Handyplast - Boleh dapat di Farmasi)
Ini ubat-ubat paling basic yang perlu anda bawa.Ubat-ubat nie kalau kat farmasi di Saudi mahal lah sangat.Dan mereka takde jual sepapan,terus jual sekotak tau.
Travel Insurance ? Tak payah beli sebab semua jemaah yang masuk hospital di Saudi di berikan rawatan percuma oleh kerajaan Saudi.
TIP SEMASA DI TANAH SUCI :
Perkara-perkara rukun yang wajib di buat semasa di Madinah dan Umrah di Mekah tu anda boleh lah tanya pada yang lebih arif dan dengar penjelasan dari mereka.RA bagi tip-tip biasa sahaja semasa berada di tanah suci seperti di bawah.
1.KHUTBAH JUMAAT :
Solat Jumaat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sekarang boleh di dengari dalam terjemahan Bahasa Melayu/Indonesia.Jadi pastikan telefun bimbit anda ada applikasi Radio dan bawa earphone anda dari Malaysia.Anda hanya perlu cari frekuansinya sahaja.
MASJID NABAWI : 99.00FM
MASJIDIL HARAM : 90.50FM.
1.RAUDAH MADINAH
Raudah adalah salah satu taman surga dan berdoa di raudah selalunya mustajab.Waktu terbaik untuk masuk ke Raudah adalah sejam setengah sebelum azan Zohor.Anda hanya perlu beratur menunggu giliran masuk.Masa ini orang memang ramai tapi tak perlu tolak menolak.Relek dan menanti satu persatu tirai di buka.Selalunya masa ini mereka akan mula membersihkan permaidani di bahagian perempuan dan membuka separuh demi separuh tirai sehingga 20-15minit sebelum azan mereka akan membuka semua tirai dan ruang raudah untuk wanita kepada kaum adam yang beratur.Masa ni lah waktu sesuai untuk anda solat sunat dan duduk lama sehingga azan zohor untuk bersolat Jemaah di dalam ruangan Raudah.Cuba cari tempat yang bersebelahan dengan makan Nabi atau di bawah mimbar tempat muazim memberi azan.
2.BERPUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS
Cuba berpuasa semasa berada di Mekah sehari dan di Madinah sehari.Jangan lupa berbuka puasa di dalam MasjidilHaram dan Nabawi kerana ia adalah satu pengalaman indah yang sukar di lupakan Terutama sekali di dalam Masjid Nabawi selalunya 20minit sebelum azan Margrib mereka akan bentangkan sajian berbuka berupa 3biji kurma+Air Zam zam+Sebuku roti.Walaupun nampak biasa tapi nikmatnya memang tak terhingga bila kita sama-sama makan dengan saudara-saudara seislam dari seluruh pelusuk dunia.Kadang-kadang ada sesetengah tu datang Pak arab dan anak-anaknya yang kecil datang membawa cerek air teh dan di tuangkan dalam bekas mimunan kita secara tiba-tiba.Masyallah....
3.MEMBELI BELAH
- Bagi yang nak membeli belah kurma ada lebih baik membeli semasa di Madinah kerana harganya lebih murah berbanding di Mekah.Anda boleh ke pasar kurma Madinah yang berhampiran dengan MasjidilNabawi.Ada sesetengah agen umrah akan membawa anda ke sini.Bagi yang tidak,anda bolehlah bertanya lokasinya dengan mutawif anda.
Kurma Nabi paling mendapat permintaan.Selalunya harga sekilo di Pasar Kurma Madinah Grad AAA RM45-RM60 sekilo dan jika di Mekah harganya mencecah RM80-100 sekilo.
- Minyak wangi Attar memang salah satu benda yang orang akan beli semasa di tanah suci.RA selalunya akan beli minyak wangi berbau Gaharu dan Raudah.Bau Raudah ini yang selalu mereka renjiskan pada permaidani Raudah dalam masjid Nabawi.
- Jika nak beli jubah untuk sahabat handai anda bolehlah membeli dengan meniaga-peniaga tepi jalan semasa anda melawat ke Bukit Uhud.Ianya lebih murah berbanding di Kota Madinah dan Mekah.Tetapi jika nak rekaan yang eklusif RA sarankan anda beli jubah semasa di Kota Mekah berbanding di Madinah.Selalunya banyak jubah-jubah eklusif ini di jual di bawah hotel Hilton.Gambar di bawah ialah hotel Hilton.Bawah hotel ni ada mall yea.
3.HAJARATUL ASWAD DAN MULTAZAM
Multazam adalah salah satu tempat mustajabnya doa.Mana kala mengucup batu Hajaratul Aswad adalah sunnah nabi dan ianya tidak lah wajib.Tapi jika ada peluang mengapa tidak.Untuk sampai ke sini memanglah agak susah sebab kita kena berasak-asak dengan ramai orang dari seluruh dunia.Cara terbaik anda bergerak perlahan-lahan ke Multazam iaitu di antara Hajaratul Aswad dengan pintu Kaabah.Semasa berada di Multazam anda berdoalah apa sahaja di situ.Orang kata doa di antara pintu kaabah dan Hajarul Aswad ini Mustajab.Doa juga agar anda dapat mencium Hajaratul Aswad.Selepas berdoa anda cuba lah perlahan-lahan bergerak kehadapan menuju Hajarul Aswad.Insyallah berkat tulus hati anda akan berjaya mengkucupnya.Mungkin ada boleh cuba sejam sebelum atau selepas solat Zohor.Sebab masa ini jemaah agak kurang sedikit sama ada mereka melakukan ziarah luar Mekah atau untuk makan tengahari.
5.AIR ZAM ZAM
- Pastikan anda selalu minum air Zam zam setiap kali keluar & masuk MasjidilHaram ataupun Nabawi.Ianya percuma dan di sediakan di laluan-laluan dalam Masjid.Minum seberapa banyak yang boleh.
- Satu lagi tip, kumpul dan bawa botol-botol mineral kosong semasa anda di Madinah ke Mekah.Dua hari sebelum pulang ke Malaysia isikan botol-botol mineral kosong ini dengan Air Zam-zam dan masukkan dalam bagasi anda.Harus di ingat masa pulang nanti anda hanya cuma di beri 5liter botol air Zam-zam percuma seorang.Lebih memang diaorang tak kasi.Jadi air zam-zam yang anda simpan dalam botol-botol mineral dan di letakkan dalam bag baggasi anda ini sajalah lebihan yang mereka tidak kisah asalkan tidak di keluarkan semasa daftar masuk pesawat.Tapi agak-agak lah jangan sampai tak muat bag tu.
6.DERMA/SEDEKAH
- Ada banyak cara nak sedekah dan derma di tanah suci ini.Salah satunya anda beli seberapa murtabak bungkus di Mekah atau Madinah.Kemudian anda berikan percuma pada jemaah umrah lain yang tengah beratur atau tengah duduk di luar kedai makan.Katakan pada mereka "sedekah".
- Nak derma kerusi solat pun boleh.Anda beli kerusi lipat di kedai berhampiran MasjidilHaram dan Masjid Nabawi kemudian anda bawa masuk dalam masjid dan letakkan di rak-rak kerusi lipat yang ada di sana.Niatkan derma ini untuk siapa-siapa yang anda mahu.
- Satu lagi cara sedekah ialah anda tukar duit rial anda kepada jumlah yang kecil seperti 1 rial atau 5 rial.Tiap kali anda masuk atau keluar dari masjid anda dermakan duit ini pada pekerja-pekerja berbaju uniform yang membersihkan masjid.Saya di beritahu sesetengah mereka-mereka ini di ambil bekerja secara sukarela dan Fisabilillah tanpa minta bayaran gaji asalkan mereka dapat duduk di tanah suci dan mengabdikan diri pada rumah Allah ini. Hebat kan mereka ini.
SEJADAH TEBAL :
Bagi yang membuat ziarah ke Mekah dahulu pastikan selepas anda selesai mengerjakan ibadah Umrah anda ke kedai dan membeli sejadah yang tebal sedikit.Bagi yang membuat ziarah ke Madinah dahulu pastikan sehari sebelum bertolak ke Mekah anda beli sejadah ini.Ini kerana di MasjidilHaram Mekah ada sesetengah kawasan seperti di dataran berhampiran kaabah,di atas bumbung masjidil Haram dan di luar masjid tiada di sediakan karpet yang mencukupi.Selalunya waktu solat subuh dan Margrib RA mesti bawa sejadah ini untuk di jadikan alas sebab nak duduk atas batu marmar sementara tunggu azan di situ sangat le sejuk.hehehe.Harga sejadah nie masa RA pergi dalam RM20-RM40 jek.RA beli di gerai-gerai tepi jalan semasa lawatan di Bukit Uhud.Murah sikit kot.
Rasanya setakat ini sajalah yang RA ingat.Di harap bergunalah untuk anda-anda yang pertama kami menjadi tetamu Allah.Jika ada yang lain nanti RA akan masukkan lagi.Anda-anda yang ada tip lain selain dari tip di atas ini boleh lah titipkan di ruangan komen di bawah.Mungkin biasa pada kita tapi agak berguna untuk mereka-mereka yang pertama kami ke Tanah Suci.
RA doakan anda semua mendapat Umrah yang Mabrur...