Tuesday, January 29, 2019

JJNM : Mee Bandung Kak Hanim Skudai Kiri

JALAN - JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)

MEE BANDUNG KAK HANIM GERAI NO 9 

- SEBELAH BILIK PAMIRAN HONDA,SKUDAI KIRI - 

MEE BANDUNG TERBAIK DI SINI.
 Malam ini RA dah jumpa dah Mee Bandung yang RA cari - cari selama ini.Dah banyak kali nak datang kedai ini tapi bila datang kedainya dah tutup.Dia bukak siang je dan kadang-kadang je bukak malam.Tapi malam ini nasib RA memang baik.Kedainya masih buka dan dapatlah RA merasa Mee Bandung Odeon yang istimewa ini.
 Mula-mula sampai atas meja dan tengok kuah serta telur nya dah tau memang sedap.Bila dah rasa memang sedap.Teringat kat Mee Bandung zaman sekolah dulu kat pekan Batu Lima yang selalu RA pergi dengan arwah ayah RA rasanya saling tak tumpah.Cuma yang di sini kuahnya tidak mengunakan rempah kacang sebaliknya mengunakan rempah udang kering yang tidak terlalu lebih macam sesetengah kedai tu.Ada sotong, daging, telur, tomato dan hirisan daun sup.
Tak perlu banyak gambar cukup dengan gambar-gambar ini sahaja dan RA berani cakap ianya memang sedap.Kalau sesiapa nak pegi kedai ini ianya terletak bersebelahan dengan Bilik Pamiran Honda Moto (dulu CIMB Bank) Kampung Skudai Kiri.Tapi ada banyak deretan kedai makan tau kat situ.Cari gerai no 9 iaitu 2 dari belakang.Kedainya dekat Restoran BFC.
Pek Bungkus penuh sepinggan.Tuan kedai tak lokek - mee banyak , ada sotong , udang , daging , telur macam-macam lah....

Monday, January 28, 2019

Jom Jalan Jalan

Di bawah ini antara produk melancong keluaran RA yang telah RA rancang untuk sesiapa yang ingin bercuti.
 SEMPORNA - SABAH YANG TERKENAL DENGAN MAKANAN LAUT DAN PULAU-PULAU DI SEKITARNYA.
 BALI YANG TAK PERLU DI PERKENALKAN LAGI
 PERCUTIAN PALING SANTAI DAN TERDEKAT DI BATAM
 NAK MAIN SALJI , NAK TENGOK MUSIM LURUH ATAUPUN MUSIM BUNGA BOLEH KE KOREA
 NAK MANDI AIR LAUT YANG MEMBIRU DENGAN PASIR YANG PETIH BOLEH CUBA KE MALDIVES
 PAKEJ KESAN SEJARAH DI KEPULAUAN RIAU DI PULAU PENYENGAT
MELANCONG JAUH SEDIKIT DENGAN PENUH ELEGAN KE LONDON
0127709809

Saturday, January 26, 2019

Trans Bukit Payong lah

 Tahun lepas RA dah ke sini tapi hari ini RA datang lagi bersama Abang Lan,Fizri dan Nik yang pertama kali ke sini untuk menyinggah dan menikmati 5bukit paling popular di Batu Pahat.Trans Bukit Payong ini melalui 5bukit dan perjalanan di anggarkan sekitar 9-10KM.
BUKIT PAYONG 
BUKIT ALAM
BUKIT BANQUET (pemandagan di tutup pokok)
BUKIT BERDIRI
BUKIT BOTAK
Ketinggian Bukit Payong cuma 260meter sahaja,tetapi di permulaan trak anda di sajikan dengan trak yang mencanak sekitar 150meter.Jika anda berjaya melepasinya trak seterusnya akan lebih mudah.Jangan lupa bergambar di Batu Kepala Gajah yang ada di trak ini.
Inilah pemandangan dari Bukit Payong.Masa perjalanan ke puncak sekitar 40minit ke 1jam ikut kemampuan masing-masing.
 Bersenang lenang di puncak Bukit Payong adalah satu nikmat rehat dengan pemandangan alam yang tidak akan dapat di lupakan.
Hati-hati jika bergambar di atas batu ini.Jangan pulak ramai-ramai naik tempat ini bukan besar sangat pun tapi memang sesuai untuk di rakamkan menjadi kenang-kenangan nak-nak buat budak baju putih yang baru pertama kali ke sini tu.
Dari Bukit Payong RA meneruskan perjalanan ke Bukit Banquet.Ada beberapa laluan curam yang perlu di lalui tetapi tidaklah extrem sangat.Anda hanya perlu berhati-hati sewaktu turun dari batu yang tinggi ini sahaja.Selepas tu laluan landai menanti anda sehingga lah ke Bukit Banquet.Perjalanan selalunya mengambil masa 20-30minit ke sini iaitu sekitar 2km.
 Trak dari Bukit Payong ke Bukit-bukit yang yang berjiran dengannya ini agak panas sedikit yea.Jadi pastikan anda bawa air yang mencukupi sebab ada laluan yang tiada pokok-pokok langsung hanya rumput dan semak jer.Tak banyak pemandangan yang dapat di lihat dari Bukit Banquet dan Bukit Alam kerana pemandangannya di tutup oleh pokok-pokok.Jarak antara keduanya pula sekitar 3-4km dan agak landai dan berbatu.
Nak ke Bukit Alam memang susah nak jumpa pokok-pokok yang besar dah jumpa Bukit Alam nanti baru lah boleh berteduh di bawah pokok-pokok yang agak besar sedkit.Jadi bawalah topi bersama sebab cuaca sangatlah panas di sini.Tengok tu dua orang geng kita yang berehat seketika bukan sebab penat, tapi tak tahan panas kat atas tu.
 Seperti di Bukit Banquet, Bukit Alam juga tidak mempunyai banyak pemandangan yang menarik kerana di tutupi banyak pokok.Tapi adalah seseparuh kawasan yang boleh bergambar.Seterusnya RA meneruskan perjalanan ke Bukit Berdiri.Laluan trak di sini banyak di lereng-lereng bukit.Kat sini banyak pokok-pokok kelapa sawit yang baru nak membesar,semak pun banyak jugak hehehe.
3 gambaran 3 pengalaman.
Gambar pertama di Bukit Botak oleh Abang Lan.Kat belakang dia tu lah Bukit Berdiri.
Gambar ke 2 di Bukit Alam oleh Nik 
Dan gambar ke 3 berehat seketika di Bukit Berdiri Oleh Abang Lan.
Tiba di Bukit Berdiri mesti ambil gambar di sini.Di atas batu ini anda boleh lihat pekan Parit Sulong , Parit Raja dan sekitarnya.HashTag #mestibergambar..hehe. Wajib sampai ke sini sebab pemandangannya cukup indah.
Kami berehat seketika di Bukit Berdiri sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Botak.Jarak antara dua bukit nie dah dekat iaitu sekitar 1km je.Jam 12tengahari kami semua selamat tiba di bukit yang terakhir iaitu Bukit Botak.Kat sini Pekan Parit Sulong dan Parit Raja agak jelas kelihatan.
Nasib baik ada seorang pendaki lain yang boleh amik semua gambar kami berempat.
Di dalam hutan di Bukit Botak ini penduduk tempatan ada membina beberapa tempat rehat jadi siapa yang nak berehat,nak makan-makan ke , nak buat aksi-aksi Ultraman pun boleh buat macam kawan RA nie.
Cuma di 3bukit ini je diaorang letak papan tanda nie.2Bukit lagi diaorang tak letak sebab takde pemandangan yang menarik.
Trak berakhir di sini.Tetapi harus di ingat untuk turun ke bawah laluannya agak curam dan berpasir yea.Kena berhati-hati.
Jarak perjalanan Trans Bukit Payong ini sekitar 9-10KM.Sebuah kereta kami tinggalkan di bawah Bukit Botak bagi memudahkan perjalanan balik nanti.
Untuk ke tempat meletak kereta tu pulak kami kena lalui ladang kelapa sawit sebelum bertemu kampung tempat Fizri meletakkan keretanya.Kami semua menaiki kereta Fizri dari Bukit Botak untuk pulang ke Bukit Payong yang di tinggalkan di sana.Terima Kasih Abang Lan yang membekalkan mee siput pada kami semua sampai lupa RA nak bayar adeeh.....Perjalanan kami berakhir selepas makan tengahari Asam Pedas Bonda di Parit Jawa.hehehe

Thursday, January 17, 2019

JJNM KAFE AGORA FORK & DAGGER KEMPAS

JALAN-JALAN NAK MAKAN + ULANG TAHUN KELAHIRAN
AGORA - FORK & DAGGER - JALAN KEMPAS BARU 
Yum-Yum menarik tak menu di sini? Malam ini RA berada di Restoran Agora Folk & Dagger di Jalan Kempas baru tak jauh dari Kilang Tiong Nam dan Setia Tropika.Kedai ini betul-betul kat tepi jalan antara laluan dari kempas ke Setia Tropika.Datang ke sini sebab menyambut hari ulang tahun RA pada hari ini..hehehe.Ini antara menu-menu sedap yang ada di sini."Seafood Plate Meal" ada Fish & Chip , udang & sotong goreng tepung serta isi ketam boleh makan untuk 2orang.

Ayam K-fry ala-ala Korea katanya.Sedap dan pedas...
Salmon Grill nie pun sedap.
Menu Chicken Chop lada hitam ini si budak Aqil dan kakaknya yang punya.
Mee Hailam pun sedap.Tapi yang nie Kak Nini yang punya.
Nanchos Daging ini Kak Ros yang pilih.
Spagetti daging nie Aqilah anak Kak Ros yang punya.
Tu dia dua orang budak yang kongsi tarikh lahir yang sama.Dia pun dapat belon jugak tu. 
 Belon-belon mewarnai malam ini.Dah besar-besar pun dapat belon.
Terima kasih Lisa bagi Uncle Naz Perfume One Direction Dwr tu.Wangi sangat.
Wah kek Coklat ler malam nie.Tak pe makan dulu nanti esok-esok je lari lak buang kalori.
 Malam ini hujan pulak,jadi dari makan di ruang terbuka kami lari makan kat bawah bumbung pulak.Nasib baik lah ada ruang kosong lagi.  
 Tu dia 2 kek untuk ulang tahun 2remaja ini hehe.Amboi budak muka ketat tu pun sibuk nak potong kek orang tau...Kasi la peluang nak potong kek.Tak kasi kang majuk muncung dia macam uncle kesayangan dia yang boleh sangkut baju tu.huhu.
Jam 1030 malam hujan pun mulai reda.Sempat bergambar bersama sebelum masing-masing pulang ke rumah.Terima Kasih semua meraikan ulang tahun RA.Susah-susah je tau..haha.

Saturday, January 12, 2019

JJNM : KAFE THE PINGGAN

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN 

KAFE THE PINGGAN - JALAN TAMPOI

 Hari ini RA dengan Geng Cik Kuntum dan Geng Krik Krik nak makan kat laur pulak.Tempat yang RA cadangkan ialah di Kafe The Pinggan yang terletak di bangunan rumah kedai baru di Jalan Tampoi Susur 1,berhadapan dengan Kilang Kertas Gan Seng Printing. 
Petang Sabtu memang sesuai makan kat sini jalan pun tak lah sibuk.Kalau waktu kerja jalan depan kafe nie selalu jek sesak dengan kenderaan yang nak masuk dan keluar kilang.Tu dia geng Cik Kuntum seawal masa yang di tetapkan sudah muncul.
 Kafe The Pinggan nie rasanya baru setahun beroperasi kot.Haa korang boleh je tengok lokasi mereka nie kat lamn-laman sosial di atas tu.Menu-menu yang di sajikan adalah pelbagai dari masakan tempatan hingga ke Barat.Contoh nie ialah Nasi Goreng Tomyam Special.
 Teh O leman dan Nasi Goreng TomYam nie sedap juga.Harga Nasi Goreng Tom Yam ini kalau tak silap RA harganya dalam RM10.00 ke RM15.00 sepinggan rasanya.Lupa lah.Sedap dan sedikit pedas dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.
 Antara masakan baratnya ialah Fish & Chip , saiznya sederhana dan rasanya RA boleh bagi 3 setengah dari markah penuh 5.
 Ini  pulak menu special di sini iaitu Volcanic Beef Burger yang berharga sekitar RM25 dan Spagetti Aglo Olio.Volcanic nie boleh bagi 4bintang.
 Dua menu seakan sama tetpi berbeza iaitu Chezzy Chicken Chop dan Crispy Chicken Chop biasa.Yang Chezzy tu mestilah ada cheese kat atas dia tu.Harga RM15.90 yang ada Cheese dan RM13.90 untuk Crispy.
Oh yea air suam di sini di kena kan bayaran 50sen secawan sebab air keluar dari mesin Coway.Suasana kafe kosi dan sesuai untuk seisi keluarga.Ada dua bahagian ruang makan.Satu di bahagian dalam (rasanya berhawa dingin) dan satu lagi di bahagian terbuka ini.Servis mesra cuma penghantaran pesanan tu masih boleh di baiki.Korang yang nak mencuba boleh lah datang ke sini.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....