Pagi ini selepas bersarapan di hotel kami semua bersiap untuk ke Singapura.Lawatan pertama pasti nya ke Bugis Street untuk membeli belah.Pemandu pelancong kami sudah siap menanti kami di sana.Tepat jam 930am kami tiba di Bugis Street.Sejam setengah di peruntukkan di sini untuk membeli belah.
Jam 1145pagi kami semua bertolak ke Arab Street untuk makan tengahari di sini.Restoran yang di tuju pastinya Restoran Murtabak Singapura Zam Zam.
Nasi beriani dan Murtabak di sini memang terkenal seantorio Singapura.Sedap dan menjanjikan.
Jam 12tengahari adalah waktu puncak dan sibuk di sini.Nasib baik tempahan meja telah di buat seawal 2hari.Jika tidak memang kena tunggu orang bangun la baru dapat meja makan.
Setiap meja di hidangkan dengan sepinggan Beriani Ayam seorang dan 1 Murtabak bersaiz L untuk di kongsi 4orang.Biar puas dan kenyang makannya.
Selepas makan tengahari kami solat Zohor di Masjid Sultan yang berhampiran dengan restoran ini.Lawatan di teruskan ke Istana Kampung Glam juga berhampiran dengan Masjid Sultan.
Istana ini sekarang di jadikan tapak warisan Melayu dan muzium.Sebahagian lagi di jadikan restoran dan tempat penginapan.
Lawatan seteruskan ialah ke tempat paling popular di Singapura iaitu di Taman Merlion yang berlatar belakang kan Marina Bay Sands dan Kota Metropolitan Singapura.Gambar ini di ambil sementara menanti bas kami tiba untuk ke destinasi seterusnya.
Seterusnya ke Garden By The Bay.Haa di sinilah terdapat pelbagai spesis pokok-pokok khatulistiwa yang di buat dalam bentuk taman.
Menara-menara di namakan "SUPER TREE" dan ianya akan mengeluarkan cahaya pada waktu malam.
Yang kat belakang cik cikgu cikgu ini tu pula namanya "Flower Dome".Nak masuk dalam tu kena bayar sekitar S$25 kalau tak silap RA.Kat dalam tu bersuhu sejuk dalam 20-25'C.
Di sekitar Super Tree ini ada pelbagai pokok-pokok yang di tanam.Antaranya taman Kaktus ini.
Memang menakjubkan serta terkesima bagi siapa-siapa yang pertama kali ke sini.
Lawatan terakhir kami adalah ke Pulau Sentosa.Nak amik gambar di hadapan mercu tanya Universal Studio katanya.
Selain itu sempat jugalah kami jalan pusing-pusing di sekitar Pulau Sentosa untuk melihat apa yang menasik di sini.Patung Merlion ini adalah yang paling terbesar terletak di sini.Lawatan hari ini berakhir jam 5petang dan kami semua pulang semula ke Johor Bahru melalui laluan Link ke 2 di Gelang Patah bagi mengelakkan tersangkut di kesesakan kat Tambak Johor.Makan malam kami di Restoran D'kayu Manis dan menu utamanya Nasi Arab.ramai pelajar-pelajar Cina tak makan sebab tak tahan pedas katanya...Tunggu lawatan kami di esok hari pula nanti yea.
No comments:
Post a Comment