Pagi ini kami semua bangun selewat jam 8pagi.Maklumlah semalam dah kepenatan mendaki gunung Irau.Sadar-sadar je dah terlajak subuh.Terus bersiap kemas-kemas barang dan menunggu geng-geng lain selesai mengemas.Kami turun ke Pekan Berincang untuk mencari sarapan pagi di salah sebuah medan selera di sini.Ada jual Lontong terus RA pesan dan menikmatinya.Boleh lah bagi 3setengah bintang untuk menu Lontong tu.Yang lain ada yang makan Nasi Lemak dan tak kurang pula makan nasi campur.Tekak pagi-pagi macam tak berselera la pulak haha.
Dari Berincang RA ke pasar pagi membeli oleh-oleh untuk di bawa pulang.Ternyata harga di pasar pagi di sini lebih murah dari harga di pasar malam berhampiran "Homestay" kami.Perjalanan tidak habis di situ saja , Cip kita Abang Anuar ajak turun ke pasar sayur tidak jauh dari Tanah Rata , katanya harga sayur dan bunga kat sini murah.Maka singgah lah kami sekejap di sini selebihnya banyak di habiskan dengan ber "selfie" dan ber "wefie"
Masih lagi dalam perjalanan turun dari Cameron Highland.Kami singgah pulak ke Lata Iskandar.Nak tengok air terjun di sini katanya.Letak kereta jauh sedikit sebab kereta agak penuh memparkir di sini.
Beberapa sesi pengambaran di mulakan.Antara bekas-bekas supermodel yang dah bersara.
Teknik kamera di mana raksasa ingin menangkap orang kecil.
Ini salah satu pengambaran drama "Cinta ku di Cameron Highland".Saja tak mau tunjuk muka pelakon-pelakonnya dulu.Malu katanya.
Air tejun kat sini sejuk ya amat kengkawan.Kalau berkesempatan ke sini datanglah singgah dan mandi di sini.Kali terakhir RA ke Cameran masa umur 11tahun ikut rombongan sekolah.Ada lalu kat tepi air terjun nie tapi kami semua tak berhenti sebab bas sekolah tak leh berhenti di sini.Kali ke dua ke sini pun tak mandi sebab kesuntukkan masa.Mungkin lain kali RA ke sini akan RA mandi manda pulak.
Selama 3hari di Cameron Highland banyak pengalaman manis dan pahit semasa mendaki gunung Irau.Alhamdulillah di berikan kudrat dari Ilahi untuk menyaksikan keindahan alam ciptaannya.Sangat-sangat bersyukur dengan pengalaman ini.Jam 1.30petang kami semua memandu turun dari Cameron Highland menuju pulang ke rumah masing-masing.RA seorang je yang jauh di selatan tanahair.Alamat malamlah sampai rumah gamaknya.Nantikan expedisi mendaki ke gunung Ledang di keluaran akan datang pulak yea...(doa-doakan RA dapat ke sana pulak).
No comments:
Post a Comment