Saturday, August 5, 2017

Pendakian Gunung Irau dan Hutan Mossy

 Pagi ini bermulalah ekspedisi mendaki Gunung Irau buat RA.Seawal jam 5pagi RA dah bangun untuk bersiap.Bangun awal-awal ni bukan apa,sebab RA tak leh tidur nyenyak asik-asik dok tersadar je,perut pulak asik nak meragam.Di tambah dengan batuk dan selsema dari hari khamis lepas yang tak kebah-kebah.Tawakal je lah nak naik gunung pagi ni.Selesai melabuhkan tirai di tandas RA dah mula kemas bag dan makan sarapan ala kadar.Suhu pagi kat sini jangan cakap lah.Sejuk yang amat mencecah 17'c.Geng-geng serumah yang turut serta pun ada yang dah bangun untuk bersiap-siap.Makan sarapan ala kadar kemudian jam 630pagi kami semua menuju ke Cameron Square untuk berkumpul.Untuk pengetahuan ekspedisi pendakian ini di anjurkan oleh kumpulan ALON-ALON HIKERS.RA baru je di perkenalkan dengan kumpulan ini oleh Kak Ros dan anaknya.
Di Cameron Square ini boleh letak kereta seharian sebab tak di kenakan caj parkir.Percuma yea.Cameron Square adalah komplek membeli belah terhampir dengan Hutan Mossy iaitu pintu masuk pendakian ke Gunung Irau.
 Jam 7pagi semua yang mengikuti ekpedisi ini sudah pun bersiap sedia menanti pengangkutan 4WD untuk membawa kami naik ke pintu masuk hutan Mossy.
 Tu dia peserta kami yang paling muda berumur 13tahun (tingkatan 1-gambar atas tudung hitam-baju kelabu).Abang nya tingkatan 2 pun turut serta.Hebat-hebat budak-budak zaman sekarang ni.Gambar di bawah tu pulak abang-abang otai yang selalu panjat gunung hehehe. 
 Antara kakak-kakak dan abang-abang legend yang selalu turun naik gunung.RA baru je nak menceburi bidang ini.Masih belum khatam lagi.Tuari naik Gunung Panti (600+ meter) pun abis satu kaki kena gigit pacat.
 Ok kenderaan pacuan 4roda kami tiba jam 715pagi bersama-sama dengan pemandu arah kami.Sebanyak 2buah kenderaan datang untuk mengangkut kami semua naik ke atas.Kumpulan kami seramai 40orang (kalau tak silap RA lah) semuanya.Ramai yang batalkan penyertaan di saat-saaat akhir.Ikutkan dekat 60orang jugak tu.
 Naik lah kami berkoyan-koyan di belakang kenderaan pacuan 4roda ini.Macam pekerja ladang teh jekkk hehehe.Laluan agak sempat melalui ladang-ladang teh dan sayur-sayran yang subur menghijau saujana mata memandang.Pemandangan di sini teramatlah indah,lebih indah dari ladang teh di Puncak Bogor dan Bandung tau.Tak percaya datang dan lihat lah sendiri.RA tak sempat nak amik gambar sebab masing-masing berdiri di belakang kenderaan ini. 
 Perjalanan ke pintu masuk atau "Check Point" ke hutan Mossy ini mengambil masa 20minit.Yelah tinggi kan jadi kenderaan tak leh laju-laju.Sampai je sini tersergam papan tanda "MOSSY FOREST" Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.Masa ni mula lah berdebar-debar jantung RA.Tak tahu macamana trek laluan kat dalam tu.Semalam hujan dan ada yang bilang laluan agak berlopak dan berselut.

 Sebelum memulakan pendakian , pemandu arah kami memberi sedikit taklimat tentang laluan perjalanan di dalam hutan nanti.Di samping itu kami semua membuat senaman regangan dan berdoa agar di hindari perkara-perkara yang tidak di inginkan.Dari pengalaman pemandu arah kami dia menceritakan ada di kalangan pendaki sebelum kami yang kembali dari pendakian agak lewat hingga ke lewat malam.Sebelum tiba ke puncak gunung Irau kami semua kena melalui dan mendaki dahulu puncak gunung anak Irau iaitu "MINI IRAU" yang berketinggian 6666kaki (2031meter) kemudian baru lah ke Gunung Irau yang berketinggian 6922kaki (2110meter).Alamak,nampaknya kena naik 2 gunung sekali lah nie.Habissslahhhhh.....
Jadi untuk mententaramkan hati yang dup dap ini RA dan yang lain-lain bergambar sebelum memasuki hutan Mossy ini.Oh yea lupa nak beritahu , di namakan hutan mossy kerana ianya berlumut dan bertanah lembap.Hutan ini terletak di antara Gunung Irau dan Gunung Brinchang (gunung Irau yang tertinggi di Cameran Highland).Jadi secara ringkasnya mendaki ke Gunung Irau bermakna anda juga memasuk hutan Mossy.
 Banyak yang di perkatakan tentang keindahan hutan Mossy ini.Ada yang bilang umpama kayangan dunia , tak kurang jugak yang bilang hutannya persis hutan di dalam Filem Avatar dan Lord Of The Ring.Jadi untuk melihat sendiri dengan mata kepala RA, RA menyahut cabaran pendakian Gunung Irau ini.Kami bergerak masuk dari tempat kami bergambar ini seawal jam 8pagi.RA bermula dengan menaiki beberapa anak tangga untuk ke atas dan melalui laluan berkayu sepanjang 1km di sekitar hutan yang di sediakan oleh Jabatan Perhutanan Pahang.Tapi bila laluan berkayu ini tamat maka bermulalah cabaran sebenar pendakian kami. 
 Ini antara laluan berakar yang RA turuni setelah berakhirnya laluan berkayu.Mulanya RA ingat kena mendaki rupa-rupanya kena turun kebawah.Licin dan berintangan akar kayu menjadi cabaran permulaan ekspedisi kami.Tiba je di bawah lumpur dan lopak menanti kami pulak.Adehh..
Nampak tak? lopak dan lumpur di mana-mana.Cuaca memang agak sejuk dan berangin sebab itu kami di sarankan oleh pemandu arah untuk memakai pakaian tebal.Selesai meredah lopak dan lumpur di hadapan pulak ada batu dan laluan mencanak yang perlu RA daki pulak.Seingat RA ada dekat 3-4kali jugak laluan naik dan turun di sini.
 Cabaran mendaki dengan cuaca sejuk , batuk dan selsama ini betul-betul menguji kesabaran dan kudrat empat kerat RA.Yang lain-lain biasa je nampak? RA jugak yang tercungap-cungap dengan hidung tersumbat.Nasib baiklah bekalan air banyak RA bawak,kalau tidak mau kehausan di atas tu.
Selang 30minit perjalanan kami nampak rumah rehat di atas bukit ini.RA tengok ramai pendaki yang tidur melepaskan lelah mungkin mereka dah daki dari awal pagi lagi kot.Yang lain-lain meneruskan perjuangan yok...
Antara cabaran , gambaran , keceria'an bergambar pada permulaan sejam perjalanan.Masih bertenaga dan mampu tersenyum bila bergambar.
 Bila masuk laluan dalam sikit ianya semakin mencabar.Tapi masih sempat merakamkan detik demi detik.
Hehe selamat datang ke kawasan berlopak dan berselut.Ini kalau kaki masuk dalam selut mau paras betis jenuh nak tarik keluar kaki.Yang bawak kasut cantik-cantik tu alamat susah nak cuci lah gamaknya.
Hampir sejam setengah baru lah nampak papan tanda ini.Haaa?? ada 1.55km lagi? biar betik nampak dan dengar macam dekat 1km lebih tu kan.Hahaha.Makin ke dalam hutan makin pelbagai tumbuhan yang RA nampak.
 Contohnya laluan ini.Memang cantik ciptaan Allah yang tersembunyi ini.
Pokok-pokok hutan di sini tak akan dapat kita temui di mana-mana di hutan yang lain.
SubahanaAllah cantik sungguh...
Akhirnya setelah hampir 4jam berhempas pulas RA tiba di Puncak Gunung Mini Irau (6666ft-2031m) tepat jam 12.15tengahari.Ingatkan RA yang terakhir rupanya ada lagi yang di belakang.Di sini kami semua berehat dan menyimpan tenaga untuk ke puncak seterusnya iaitu puncuk Gunung Irau yang bersebelahan.Masa tiba ini perut dah mula meragam nak buang air besar dan kecik pulak.Nak tak nak terpaksalah menahan dan terus menahan hehe.Dah tu tandas tak ada la hehe.Sempat bergambar di sini bukti RA telah tiba yea...hahaha
Kemudian kami bergambar berkumpulan sebelum masin-masing membuat aktiviti sendiri berpeleseran di sekitar puncak untuk bergambar.
Di sekitar puncak Mini Irau ini banyak lokasi-lokasi hutan berlumut yang cantik untuk bergambar.
 Ini antara lokasi kegemaran RA untuk bergambar.
Aksi wajib memegang tongkat hikmat katanya.hahaha 
Hampir 30minit kami berehat, pendakian kedua di mulakan.Kali ini lebih mencabar dan laluan lebih berliku,berlumpur dan licin.Maklumlah semalam kan hujan di Cameron Highland. 
  Bergambar tetap bergambar.Walaupun muka dah kepenatan dan seluar penuh dengan lumpur.
Setiap kali melalui hutan Mossy dan berlumut di situlah kami berhenti bergambar dan meletakkan punggung untuk berehat sebentar.
 Semakin dalam memasuki pergunungan ini semakin cantik hutannya. 
 Antara lokasi-lokasi rahsia Hutan Mossy.
  Masa inilah kamera asik keluar je dari poket dan memulakan tugas untuk bergambar.Walaupun tercungap-cungap dengan hingus yang meleleh tetap RA gagahkan untuk bergambar.Tak mahu melepaskan detik-detik lokasi indah di hutan ini.
 Kalau tak larat boleh rehat dulu.Dalam perjalanan naik ke atas RA ada berselisih dengan beberapa  pendaki-pendaki yang turun mereka mengatakan jarak perjalanan dari Mini Irau ke Gunung Irau adalah sejam hingga sejam setengah sahaja.Tetapi lalunya bukan mudah yea. 
 RA sendiri jatuh tertiarap batu masa nak memijak tapak batu yang agak licin.Jadi apa pun berhati-hati buat pendaki yang baru pertama kali di sini.Ini antara lokasi kegemaran RA.Cantik kan....
 Sesungguhnya begitu indah dunia ciptaan Allah ini.Bila masuk je ke sini RA tak sangat yang Malaysia mempunyai khazanah hutan antara yang tercantik di dunia.
Lihatlah bentuk muka bumi dan hutan di sini.Seperti berada di dunia yang lain pulak.
 Satu perkataan setiap kali RA melalui laluan-laluan yang indah ini iaitu "SUBHANALLAH"
 Ia bagaikan terapi minda yang tidak memerlukan wang yang banyak cuma kudrat untuk memasukinya sahaja.
Memang saat-saat ini ini RA tak lepaskan peluang untuk merakamkan di dalam kamera lensa RA.
 Jatuh cinta dengan keindahanya.Segala penat dan lelah hilang seketika.
Masa ini tak mintak nyawa dah.Tapi sebab nak bergambar punya pasal gaya kena lebih hehehe.
 Terima kasih kat pemandu arah kami Lat yang merakamkan detik-detik indah ini.
Lagi satu tempat terbaik yang dapat RA rakamkan.Yang akan kesini pastikan anda ambil gambar di sini.Lokasi : Kurang 30minit ke Gunung Irau
 Ada gaya Legolas dalam filem LOTR tak? hahaha (perasan)
 Oklah RA belanja gambar-gambar hutan Mossy yang di rakamkan oleh RA dan beberapa rakan pendaki.
 Unik,pelik dan berbongsai bongsai.Kadang-kadang nampak seram pun yea jugak.
 Ini pemandangan gunung Berincang yang berhampiran dengan Gunung Irau.
 Lagi gambar hutan Mossy buat tatapan semua.
Indah bak kayangan dunia.
 Berhampiran sempadan Pahang dan Perak.Jejak kaki sebelah ke dah masuk Perak.
 Kat sini kuasa lutut memainkan peranan dan ujian.
Kadang-kadang bila ketinggian tu mencecah 1000 meter kabus mula menyelubungi kawasan ini.Suhu pun mendadak turun jugak tu.RA terpaksa bernafas mengunakan mulut sebab hidung dah berair dan tersumbat.
Masih jauh lagi perjalanan menuju ke puncak Gunung Irau.
Yang kat sebelah tu entiti yang di tinggalkan oleh manusia yang dah tak tahan nak membuang.Macam gini pun ada hahaha...Tumbuhan flora dan fauna yang menarik.Cendawan berwarna oren.
Akhirnya setelah sejam lebih berhempas pulas dari Mini Irau...RA tiba juga di puncak Gunung Irau yang berketinggian 2110Meter dari paras laut.Sayup je tengok pekan Brincang dari puncak ini.
Bahagian nie paling tak dilepaskan.Asik bergambar je hehe.
Perghh memang tinggilah.Seumur hidup RA inilah gunung paling tinggi pernah RA daki.Bukan satu gunung tapi 2 gunung dalam sehari.RA tiba di puncak Gunung Irau pada jam 215petang.Sampai je perut dah mula lapar.Nak makan nasi takde selera takut kang nanti sakit perut nak buang air besar pulak.Mana nak cari tandas.Jadi makan je lah roti-roti yang sempat RA bawa di dalam bag.Asal kenyang sikit je sudah lah.
Ini yang di namakan nikmat mendaki.Bila tiba di puncak yang kita daki itulah namanya kepuasan dan pengalaman yang tidak dapat di jual beli.Alhamdulillah di pinjamkan kudrat untuk menikmati alam ciptaannya.
Sayup-sayup je dari puncak ini.Berawan dan sejuk sungguh.Macam dalam bilik berhawa dingin.
Entah berapa keping gambar la kitaorang amik.Memang puas hati walaupun muka hampir pucat lesi mendaki.Yang baju merah nak masuk bergambar tu mesti baru lepas buang air kecil kat tepi nie hahahaha.
Gunung Irau gunung tertinggi di Cameron Highland.Haa amik lah gambar kat papan tanda nie.
Bukti dah sampai di sini.Ketinggian 6924ft yea...
Muka tetap tak mo kalah.Padahal dah keletihan tu.hahaha.
Haa tu dia ketua pemandu arah kita.Mata tertutup kejap ya bang...mengantuk yea...
Macam gini lah kitaorang bila dah sampai atas puncak.Asik bergambar je.
Gambar-gambar berkumpulan yang di rakam ini atas ikhsan pemandu arah kami.Nampak kat bawah tu macam dekat je...tapi payahnya nak naik tuhan je tahu.
Terima kasih juga kepada WAR yang merancang perjalanan kami di puncak Irau.
Kegembiraan mendaki bersama nie tidak habis di sini.Kami perlu turun semula ke tempat asal kami bermula...habissslahhhh ada tenaga lagi ke tak nie.
Hanya seorang pendaki dari kumpulan kami yang tidak berjaya ke Puncak Gunung Irau.Dia hanya mampu ke Mini Irau sahaja.Itupun dah kira satu kejayaan besar sebab ketinggian Mini Irau pun dah melebihi 2000 meter.Jadi dia turun perlahan-lahan dan menanti kami di pondok rehat kira-kira 2jam perjalanan turun dari Mini Irau.Tu dia berbaju merah memegang botol air.
Yang ini semua otai-otai yang berjaya menamatkan pendakian sekitar jam 5petang.
Hanya kami berempat yang memegang moto kumpulan kami iaitu Alon-Alon dan yang paling terakhir tiba iaitu sekitar jam 615petang.
Nampak tak lumpur yang melekat di kaki dan seluar kami...Inilah hasilnya setelah tamat pendakian.Alhamdulillah semua selamat tiba sebelum hari gelap walaupun mintak-mintak nyawa nie hahaha.
Bila Jeep pacuan 4roda kami datang semua mintak singgah ke sungai berhampiran ladang teh untuk membasuh lumpur-lumpur di kasut dan seluar kami.dah macam pesta air la pulak hahaha.
Pergi pagi naik Jeep pulang petang pun naik jeep.Dah macam pekerja ladang berkubang dengan lumur satu badan nie tapi masih lagi nak bergambar tu haha.Memang seronok bila mendaki beramai-ramai nie.RA tiba semula di tempat menginap kami jam 9malam.Jalan sesak rabak kat Tanah Rata dan Brincang.Maklumlah hujung minggu ramai yang datang bercuti di sini.
Yang dah tiba awal di rumah sempat lagi berjalan membeli belah kat pasar malam berhampiran...Korang nie tak penat ke eh?? RA dah sakit kaki memang tak larat dah nak keluar lagi haha.
Apa pun kenangan di Gunung Irau dan hutan Mossy ini adalah satu kenangan baru yang tidak dapat RA lupakan.Alhamdulillah ya Allah kau berikan aku kudrat untuk melihat alam ciptaanmu pada usia yang sekarang.Dulu muda-muda tak mo pergi heeee.....Terima kasih pemandu arah kami Lat dan Apit juga ketua rombongan kami Abang Anuar dan semua yang terlibat.Semuanya selamat mendaki dan selamat pulang dengan selamat.RA tidur jam 11malam setelah selesai membersihkan diri.Jumpa esok...
 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....