Hari ini lawatan di teruskan ke Tanjung Piai yang juga di kenali sebagai "Penghujung Benua Asia".Perjalanan dari Johor Bahru mengambil masa sejam 20minit untuk tiba di sini.Pasti jangan melepaskan peluang untuk bergambar di mercu tanda di sini.
Kawasan Tj Piai ini adalah kawasan hutan pokok bakau terbesar di Malaysia yang mempunyai tarikkannya yang tersendiri.Laluan ini di bina untuk para pengunjung menikmati dan merasai pengalaman di hutan paya bakau yang sebenarnya.
Terdapat beberapa pelantar di sediakan.Antaranya pelantar jeti , Pelantar dataran Penghujung Benua , Plantar memancing dan juga pelantar pemerhati burung.
Lawatan perlu di abiskan dengan bergambar di pelantar paling hujung benua asia ini yang berada kira-kira 1.5km dari pintu masuk Taman Negara Tj Piai.
Jangan lupa juga bergambar dengan Papan Instagram di sini.Ada sijil lawatan di sediakan oleh pihak Taman Negara dengan bayaran RM5 sekeping.Jadi jangan lupa untuk mendapatkannya.
Makan tengahari pastinya di Tanjung Piai Resort tidak berapa jauh dari Taman Negara Tj.Piai.
Di resort ini juga ada di sediakan ruang solat dan juga tandas.Jadi selepas makan kami yang muslim menunaikan solat Zohor di sini.
Sebelum pulang ke hotel , mereka semua di bawa singgah ke Forest City Nusajaya untuk menyaksikan pembangunan bandar terancang di Johor.Terima Kasih dari pihak Riodenaz Enterprise kepada pihak Sekolah Menengah Serian Sarawak di atas kepercayaan yang di berikan kepada saya bagi mengatur acara lawatan mereka di sini.Moga kita akan bertemu lagi di lain masa.
No comments:
Post a Comment