Promosi minum petang a.k.a "HighTea" kembali lagi di Hotel Selesa dan petang ini RA bersama Olie , Azie , Min , Kak Marjina dan anaknya , Lyn , Nazri serta anak-anak mereka menjamu diri kami di sini.
Di Kafe Nelayan tingkat 15 Hotel Selesa ini menghidang menu wajib dan popular mereka iaitu Nasi Ayam Hainan.
Selain itu rojak tahu , rojak buah , satey , mee hoon goreng , anika pencuci mulut beserta kek , dan roti juga di sediakan.
Harga promosi mereka boleh di dapati di Groupon semurah RM16.00 seorang.
Walaupun pilihan lauk pauk amat kurang , tapi RA suka dengan konsep "simple" minum petang di sini.Menu tidak terlalu berat dan Alhamdulillah sedap.Cuma satu yang RA mahu mereka perbaiki ialah sistem penghawa dingin di restoran ini yang kurang sejuk sedikit.
No comments:
Post a Comment