Monday, September 19, 2016

Lawatan Bandung 4H3M Hari 3

 Masih lagi di Bandung dan sudah 3hari RA berkampung di sini.Lawatan hari ini di teruskan ke Farm House di Lembang.Dengar-dengar tokeh Farm House ini juga adalah pemilik Factory Outlet Heritage di Jalan Riau.Kaya sungguh yea dia.Sedikit informasi tentang tempat wisata ini, ia baru sahaja beroperasi kurang setahun.Di sini mereka mengusahakan ternakkan kambing biri dan menjual pelbagai cenderahati , restoran , dan riadah ala Belanda. 
 Tiket masuk ialah IDR20,000 (RM7.00) dan anda di berikan sekeping kupon untuk di tukar kan kepada Air Susu lembu atau makanan ringan.Lokasi di atas kawasan tanah tinggi Lembang menjadikan tempat ini sesuai untuk lawatan keluarga.
 Terdapat beberapa tarikkan di sini, antaranya rumah-rumah comel ala Hobbit.
 Bahagian dalam sedikit terdapat bangunan-bangunan ala kota Perancis dan Belanda.Terdapat pelbagai restoran barat dan gerai-gerai menjual barangan cenderamata.
 Dengar-dengar bahagian atas bangunan adalah milik rumah pemilik Farm House.
 Antara barangan cenderahati yang di jual di sini.Harga boleh tahan jugak lah.Kawasan di sini tidak lah besar mana,tapi mereka pandai menjadikan kawasan ini sebagai salah satu tarikkan pelancong yang menarik
 Restoran di belakang bangunan ini menjual roti , mee hoon goreng , jagung bakar dan beberapa jenis kueh termasuk donat. 
 RA tunjukkkan beberapa lokasi menarik di dalam Farm House ini.Lokasi kereta kuda , rumah ala Belanda , Lapangan kunci dan ruang gambar hiasan untuk bergambar.
Ini pulak rumah ala Hobbit.Sebenarnya luaran sahaja yang macam rumah Hobbit kat dalam rumah ini mereka jadikan tempat simpanan stor.
 Sesekali ber "selfie" kejap.
 Restoran menjual pelbagai bakeri dan masakan barat.Belakang Farm House ini adalah kawasan lembah dan kaki bukit.Bahagian hadapan anda boleh lah membawa manga untuk menguncinya bersama manga pasangan anda untuk di pahatkan kenangan di sini.
 Memandangkan kami memerlukan banyak masa untuk membeli-belah selesai sahaja di Farm House kami bertolak makan tengahari di salah sebuah Restoran Masakan Padang.Makanan di sini tak perlu lagi di pilih sebab RA sudah masukkan di dalam pakej harga yang di ambil yang penting Ayam Pop mesti ada.
 Alahamdulilah perut dah kenyang baru boleh membeli belah.Kami singgah sebentar di salah sebuah kedai 3tingkat di Jalan Sukajadi.Kedai ini di jadikan pusat jualan pakaian dan kain terus dari kilang.
Barangan di sini terjamin berkualiti dan murah.Tokeh kedai ini juga membuat penghantaran terus ke luar negara.Menurutnya seguni barangan tektail ini boleh memuatkan sehingga 60barangan.Kos penghantaran ke Kuala Lumpur katanya RM250 seguni.Jika ada yang nak terus membeli boleh lah menalifon tuan kedai di kad nama yang tertera di atas tu.Lawatan di teruskan ke Pasar Baru Bandung.Jam 1petang kami tiba terus ada yang menukar wang ke Rupiah di kedai tukaran wang.Berbelanja di sini sehingga kedai tutup jam 5petang katanya.Ada yang tak pulang-pulang ke Van terpaksa RA mencari hahaha. 
 Makan malam yang sepatutnya di kawasan Dugo terpaksa di tukar di sekitar Kota Bandung kerana waktu kami pulang dari Pasar Baru adalah waktu puncak penduduk kota pulang kerja.Jalan hampir sesak dan pemandu kami menukar makan malam kami di Restoran Kampiun sekitar station keretapi Bandung.
Setelah beberapa masakan kami dah rasa.Dah rasa masakan Sunda,Cina,Padang , Bandung jadi malam ini kita makan masakkan barat pulak.
Restoran ini sangat kozi dengan ruang makan yang luas dan ada persembahan band jugak di sini.Cuma waktu persembahan adalah jam 8malam dan kami tiba awal seawal jam 630petang. 
Alhamdulillah puas kami makan.Hujan renyai-renyai membasahi kota Bandung , tapi sempat jugak kami bergambar di luar restoran sebelum pulang ke hotel.Malam-malam terakhir di kota Bandung.Waduh capek sudah ini...Bersambung...

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....