Sunday, September 18, 2016

Lawatan Bandung 4H3M Hari 2

 Selamat pagi dari Kota Bandung RA bersiaran.haha.Hari ini ada lawatan penting yang akan kami pergi.Pagi ini sarapan di taja oleh pihak hotel (termasuk dalam pakej penginapan).Sarapannya biasa-biasa sahaja cukup untuk mengisi perut sehingga tengahari nanti.Jam 8pagi pemandu kami Mas Dundung telah menunggu di luar hotel.Pakai baju JDT lagi pemandu aku nie.Lawatan hari ini ke Kawah Putih , Ladang Teh , Pesantran (sekolah pondok) , Pekan Cibaduyut ,  Factory Outlet Jalan Riau.Keluar sahaja dari hotel , bersebelahannya terdapat pasar burung.Pasar ini di buka setiap pagi dan menjual pelbagai spesis burung Indonesia yang di letakkan di dalam sangkar.Agak besar juga pasar ini tapi kami hanya lalu sahaja tanpa berhenti.
 Perjalanan ke Kawah Putih mengambil masa selama 3jam (jika keadaan jalan tidak macet-sesak).Sepanjang perjalanan ini melalui beberapa kampung dan pekan yang sememangnya padat walaupun cuti hujung minggu.Terdapat beberapa kampung yang membuat pasar minggu dan acara keramaian sempena di ulang tahun ke merdekaan Indonesia tempuh hari.Tiba di kaki gunung Kawah Putih setelah menempuh 3jam perjalanan.Kami berhenti sebentar ke tandas dan merenggangkan badan.Ternyata di bawah ini adalah pusat niaga barangan cenderama , tetapi pandai-pandailah menawar pada harga yang murah.Kami meneruskan lagi perjalanan sejauh 4km ke puncak kawah putih.
Alhamdulillah tiba juga kami di sini.Bergambar secara berkumpulan sebelum masuk ke kawasan kawah putih dengan memakai penutup mulut kerana bau sulfer seakan telur busuk masih lagi kuat di sini.Gambar berkepak tu pasti ada...Jangan cakap abang tak payung.
 Memang indah ciptaan tuhan.Kawah Putih sebelum ini menjadi lokasi pengambaran filem My Heart lakonan Irwan Shah.
 Luas kawasan ini dan anda boleh menjelajah di sekitarnya cuma pastikan jangan mececahkan kaki anda di dalam air berasid dalam kawah ini.
 Tu dia antara teruna-teruna pingitan yang berada di kawah putih.
lagi sekali , jangan cakap abang tak payung yea.Perghh berasap kuar dari tangan. 
Hampir sejam setengah di kawah putih kami bergerak ke ladang teh berhampiran.Proses mengambil gambar ala berkepak sambil itu membeli produk teh keluaran Indonesia.
 Bagi yang tidak mahu membeli produk teh anda boleh saja memesan minuman teh di beberapa warong tepi jalan di sini.Harga tehnya pun murah segelas sekitar RM1.50 sahaja.Pemandangan di sini sangat indah dan jika di waktu pagi suhunya sangat dingin. 
 Perut pun dah lapar jadi kami singgah makan di Saung Adlin.Menu utama di sini adalah Ayam Brensek dan Nasi Liwet.
 Ternyata Ayam Brengsek dan Nasi liwet nya sangat-sangat menjanjikan.Memang sedap sangat-sangat.Kata mereka ayam Brengsek ini pedas , tapi pada RA pedas yang mereka bilang tu takdelah pedas sangat sebab tekak RA dah biasa makan yang pedas kot.Nasi Liwet adalah nasi yang di masak bersama rempah ratus.Baunya sangat sedap dan nasinya lembut.
 Lawatan di teruskan ke Pondok Pesantran sekitar 5km dari tempat makan kami.Untuk ke sini kami terpaksa melalui jalan-jalan kampung yang kecil.Nama pondok pesantran ini ialah Ponpes Darussalaam.Mereka mempunyai hajat untuk menyampaikan sumbangan yang telah di kumpul dari Malaysia untuk di serahkan kepada pondok pesantran ini.Inilah yang di panggil The Power Of Doa : Pengetua Sekolah Pondok Pesentran ini baru sahaja selesai membina asrama putera di belakang kediamannya.Dengan kewangan kurang mereka buntu memikirkan bayaran pembinaan asrama yang baru siap di bina.Berkat doa mereka dan tanpa di ketahui oleh pengetua pondok ini rupanya Allah telah gerakkan hati kakitangan MRSM Muar untuk mengumpul dana bagi memberi bantuan ke atas pesantran di Bandung ketika lawatan mereka 17sep lepas.Mulanya mereka dan saya hampir sahaja mahu menyerahkan sumbangan kami kepada pesantran yang di biayai oleh kerajaan di Kota Bandung.Tapi memandangkan masih ada pesantran di luar kota yang lebih memerlukan sumbangan ini maka saya berhubung dengan pemandu kami untuk mencarikan pesantran yang berhampiran pendalaman Kawah Putih.Alhamdulillah berkat doa ke dua-dua mereka (pengetua pesantran dan kakitangan MRSM Muar) mereka di pertemukan pada petang Ahad.Semuanya berlaku tanpa di sangka-sangka...Pengetua sekolah Pesantran memang tidak menjangka kehadiran kami dan kami juga tidak tahu bahawa mereka baru sahaja membina asrama putera dan membuntukan sumbangan.Rupanya perancangan Allah itu melebihi segala-galanya...
 Meneruskan perjalanan ke pekan Cibaduyut,salah satu pekan yang menjual pelbagai barangan kulit di Bandung.Sepanjang jalan dapat kelihatan deretan kedai-kedai barangan kulit.Beli dan dapat di tawar dengan harga yang murah.Hujan lebat turun saat kami tiba di sini.Jadi kami membeli belah se ala kadar sahaja.Perjalanan di teruskan ke Factory Outlet Jalan Riau.Di sini pelbagai barangan berjenama di jual pada harga yang murah.Sempat lagi Abang Lan kita berduet nyanyi dengan pengamin Jalanan.Haha.. 
Makan malam kali ini adalah makanan laut.Di Restoran Prade Seafood hidangan makanan laut seperti isi ikan masak masam manis , Kangkong masak belacan , tahu goreng Udang goreng mentega, sotong goreng tepung dan kupang masak manis , pasti menyelerakan kami semua.Semua ini termasuk dalam pakej Riodenaz Enterprise.Kami pulang ke hotel jam 9malam untuk berisitrehat.Jumpa esok untuk lawatan hari ke 3

1 comment:

primera trans said...

Salam sejahtera Tuan / Puan, perkenalkan saya Aldi dari Primera Trans Bandung ( Tour & Travel Agency ), saya punya penawaran paket menarik untuk paket LAWATAN BANDUNG :
Jom cuti2 Bandung,
400 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang đŸ˜‰

sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ No tipu tipu
✅ Kereta with good aircon

whatsapp admin jangan lupa
+6285318490001
email : primeratrans@gmail.com
facebook : Primera Trans Bandung
instagram : @primera_trans

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....