Diam tak diam hari ini adalah hari terakhir kami di Bandung.Sarapan pagi di hotel seperti biasa hari ini.Jam 9pagi pak supir sudah menunggu di luar hotel untuk membawa kami ke Lapangan Terbang.Kami singgah di Kartika Sari membeli belah produk istimewa khas dari Bandung.RA jika ke sini pasti membeli Pisang Bolen dan Roti Bagelen yang lazat.Harga satu bag roti Bagelan IDR30,000- 35,000.Pisang Bolen IDR40,000.
Selesai di Kartika Sari kami terus ke Lapangan Terbang untuk menanti penerbangan pulang ke Johor Bahru.Penyerahan "Pas Masuk" untuk setiap penumpang mesti di tujukkan sebelum mahu masuk ke kaunter daftar masuk.Penerbangan AK 1029kami bertolak jam 1255 tengahari.
Alhamdulillah penerbangan kami selamat tiba di Lapangan Terbang Senai 345petang waktu malaysia.Dengan tibanya di Senai maka berakhir lah tugasan RA membawa kakitangan MRSM Muar di Bandung.Moga ada rezeki kita bertemu kembali di lain masa.Bagi sesiapa yang mahukan lawatan ke Bandung anda boleh menghubungi RA di talian 6012-7709809 atau email ke riodenaz@yahoo.com
No comments:
Post a Comment