Wednesday, February 26, 2014

Hobi Baru RA

 Ini adalah hobi terbaru RA.kalau dulu RA kumpul pelekat peti sejuk,komik Cina alih bahasa & Keychain,tapi sekarang RA tambah lagi satu hobi baru kumpul gelas-gelas comel.

 Ini semua gara-gara selepas melawat ke salah sebuah rumah rakan RA dua tahun lepas yang mengumpul gelas-gelas kaca comel.Bila tengok terdetik nak cuba pulak buat tu yang dia hadiahkan dua biji gelas untuk pembakar semangat.

 Setakat hari ini , inilah hasil yang ada di tangan RA sekarang.Dari 2 biji gelas sahaja sekarang dah banyak jugak lah.Kalau ada sesiapa yang nak buat pertukaran atau berkongsi hobi ini dengan RA leh lah email RA di riodenaz@yahoo.com yea

Nak kata banyak tu tak lah banyak lagi,tapi inilah hasil 2tahun membeli dari tempat-tempat yang RA lawati.Mungkin orang lain dah berdozen-dozen dah kot.Takpe biar lambat,janji koleksi tu terhad

Saturday, February 22, 2014

Kucing berpesta di Angsana

Memandangkan hari Sabtu ini RA tak kerja,jadi RA ke Plaza Angsana untuk melihat pertandingan kucing tercantik yang di anjurkan oleh Persatuan Kucing Johor Bahru.Macam-macam kategorilah diaorang pertandingkan.Dari Kucing terbaik,kucing bulu pendik terbaik,kucing baka Malaysia terbaik hinggalah kucing tersihat.Dah macam anugerah Oscar la pulak.

Inilah dia muka pengadil-pengadil yang mengadili pertanding pada hari itu.Semuanya Mat salleh,nampaknya orang Malaysia tak pandai untuk menjadi pengadil kot.RA suka kucing warna kelabu hitam nie.Macam nak cium je pipi dia.Ya gambar bawah lak kucing rumah atau lebih di kenali kucing tempatan lah , yang turut di pertandingkan.

Montel-montel kesemuanya dengan pengadil-pengadilnya sekali.Bagi makan apa yea kucing-kucing nie.Mesti makanan dia lebih mahal dari makanan kita.hehe.Kucing yang sihat adalah kucing yang sanggup bermain kejar-kejar riben,macam kakak yang baju merah jambu tu buat lah.

 Banyak jugaklah kucing-kucing dan tuan-tuannya yang hadir hari itu.Pertandingan bermula seawal 10pagi dan berakhir jam 4petang.Saringan demi saringan ala Bintang mencari bintang dan Kilauan Emas katernya

 Baka kucing dari serata dunia leh tengok kat sini.Tapi kebanyakkan kucing di letakkan di dalam kandang yang tertutup.Kalau ada kucing cantik tunjukkan lah pada tatapan umum,biar semua pengunjung dapat melihat.Ini hanya di perlihatkan kat atas meja bila pengadil membuat penilaian.Entah apa-apa je kan.

 Apapun kucing pilihan RA di atas dan di bawah ini.Yang kat bawah ini agrasif sikit.Ada juga sekor dua kucing yang garang tak mahu keluar kandang siap nak cekau lagi.Tapi bila tuannya datang dia senyap pulak.hehe.

Penat tengok kucing RA turun ke tingkat bawah Plaza Angsana untuk makan tengahari.Bila ternampak restoran Pitts stop Curry's & Asam Pedas RA cuba la makan.Amik lah seketul ikan Mayong (isi tengah) +Taugeh goreng + Teh O Ais nah amik kau = RM 14.50.Giler punya kedai jual cekek darah.RA doakan moga anda cepat-cepatlah naik Haji yea.Di Senarai Hitam terus kedai makan ini oleh RA hahaha..

Friday, February 21, 2014

5hari4Malam Jelajah Swiss

Sejak RA balik dari bercuti di Switzerland tempoh hari RA dah rancang untuk buat pakej di sini.Anda boleh mendapatkan tiket penerbangan anda sendiri di internet atau boleh membelinya melalui RA.Harga yang RA buat ini memang sesuai untuk mereka yang tidak suka mengikuti perjalanan berkumpulan.Dengan minimun 4dewasa sahaja anda boleh mendapatkan pakej lawatan ke Switzerland dengan khidmat pemandu perjalanan rakyat Malaysia yang akan menanti anda di sana.Dan yang paling penting anda bercuti mengunakan keretapi terpantas di Switzerland.

 HARGA TIKET PENERBANGAN SEKARANG KE ZURICH DARI SINGAPURA 

(Tertakluk pada perubahan)

KLM ROYAL DUTCH AIRLINES = RM 2800 (via Amsterdam)

FIN AIR = RM 2800 (via Helsinki)

QATAR AIRWAYS = RM 3200 (via Doha)

atau anda beli sendiri di internet.

Tiba Zurich anda akan di jemput oleh wakil RA di lapangan terbang.Ke stesen keretapi untuk ke Luzern.

Luzern city tour ke monumen "Sleeping Lion" , Jambatan Kapel , Tasik Luzern , Muzium pengangkutan , Muzium panorama dan jika anda bernasib baik anda mungkin di jemput ke rumah pemandu pelancong anda untuk di jamu makan masakan Malaysia/Swiss secara percuma.Bermalam di Luzern


HARI 2 :

pagi bersiap-siap untuk ke Gunung Rigi & Gunung Pilatus.Di mana di sinilah pengambaran filem James Bond di adakan.Untuk ke sini anda mengunakan perkhidmatan keretapi yang pastinya termasuk dalam harga pakej ini.Kereta kabel ke puncak paling tinggi akan di kenakan bayaran tambahan.Menikmati keindahan semula jadi dan jika bernasib baik salji akan menanti kehadirn anda.(tertakluk pada cuaca).Petang pulang semula ke Luzern.Bermalam di Luzern


HARI 3 :

Pagi bersiap-siap dengan baju tebal untuk ke Interlaken.Dari sini akan akan di bawa mengunakan Golden Panoramic Train.Keretapi paling tercantik di Switzerland dan cuma ada untuk perjalanan Luzern - Interlaken sahaja.Perjalanan mengambil masa 1jam30minit ini melalui gunung ganang dan perkampungan Swiss.Tiba di Interlaken anda bertukar menaiki kereta kabel untuk ke puncak Murren.kawasan kedua tertinggi di Interlaken.Tiba di sini anda bolehlah bermain salji atau jika ada wang lebih anda boleh menyewa peralatan bermain ski.Petang meneruskan lawatan ke Bandar Bern,ibu negara Switzerland dan juga menjadi tapak warisan dunia Unicso.Lewat petang pulang ke Luzern dan bermalam.


HARI 4 :

Pagi dafter keluar hotel kemudian bertolak ke Zurich.Daftar masuk di Zurich Hotel jika bilik belum bersedia,anda boleh tinggalkan bag di lobi hotel sebelum meneruskan lawatan ke Laussanne.Lawatan bot ke tasik Lausuanne,Menara Sauvabelin,Muzium Olimpik.Taman Botanikal Jardin,Muzium kesenian lukisan dan juga beberapa istana lama peninggalan raja Perancis.Petang pulang dan bermalam di Zurich.


HARI 5 : 

 Aktiviti sendiri dengan ke pusat membeli belah terkenal dan termahal di dunia di sepanjang jalan Bahnhofstrasse (tidak berapa jauh dari hotel).Petang pulang dan dafter keluar hotel sebelum ke stesen keretapi untuk ke Lapangan Terbang Zurich untuk penerbangan pulang (20minit)

 

- Acara tamat -

UNTUK TEMPAHAN TELEFUN / WHATAPPS

012 7709809 ADAM/NAZRI

Friday, February 7, 2014

Hutan Batu & Salam Jumaat Dubai

Memandangkan hari ini RA akan berada di Dubai seharian jadi RA tidurlah lebih masa sikit.Lagipun letih malam semalam tak hilang lagi,mungkin jugak di sebabkan "Jetleg".Jam 930pagi RA bangun dan turun ke lobi hotel semata-mata nak bersarapan pagi jek.jam 1030pagi masuk hotel semula dan sambung tidur sampai jam 1130pagi.Mandi kemudian siap-siap untuk "check out" dari hotel.Pesan kat hotel mintak jaga bag RA kat dalam bilik loker,sebab RA nak pusing-pusing satu Dubai dulu.Kapal terbang RA bertolak jam 3pagi esok,jadi kul 1130malam dah nak kena dafter masuk.RA lupa hari ini hari Jumaat dan di Dubai perkhidmatan Metro hanya beroperasi selepas jam 230petang.Jadi dari jam 12tengahari hingga jam 230petang RA jalan-jalan di sekitar Bandar lama Dubai sajalah nampaknya.Inilah dia pemandangan di bandar lama Dubai.Bangunan-bangunan tidak lah sehebat mana.

Berbeza pulak keadaannya di sebelah Selatan Dubai ini.Bangunan-bangunan pencakar langit boleh di lihat di sepanjang pantai.Gambar yang RA amik ini hanya di sekitar Dubai Marina sahaja.RA tak sempat nak jalan-jalan di sekitar kawasan perniagaan dan kewangan Dubai iaitu yang kedua terbesar selepas Dubai Marina.

Hanya mereka yang betul-betul berada sahaja yang mampu untuk tinggal di sini.Pelbagai kemudahan dari tempat membeli belah,bot persiaran, Marina , pejabat , kondo , apartment, hotel dan apa sahaja anda namakan dan anda akan dapat jika duitnya cukup.

RA hanya mampu sewa bot persiaran je kat sini.Harga sekepala AED55 sekitar RM50 tapi di sebabkan bot penuh RA kena amik jadual yang ke 3 bermula jam 530petang dan berakhir jam 630petang.

Bila bot persiaran melalui bangunan-bangunan pencakar langit Dubai baru la RA sedar betapa besar dan kayanya kawasan Dubai Marina ini.

Dah macam New York Asia la pulak.Ini baru sahaja kawasan Dubai Marina belum lagi di pusat kewangannya yang terletak di kawasan Burj Khalifah.

Ini pulak lagi satu mercu tanda Dubai iaitu Hotel Burj Al Arab.Tidur semalam di sini sahaja berharga RM7000.Kalau kaya boleh lah tidur di sini dan di layan seperti raja.

Ini pulak Hotel Atlantis Dubai yang di bina di atas sebuah pulau buatan.Bangunan-bangunan yang berwarna kuning itu pulak adalah apartment dan rumah kediaman yang juga di bina di atas pulau buatan.Jika ada duit boleh naik helikopter dan tengok sendiri bentuk pulau buatan ini seperti pokok tamar.

Dalam hati RA diaorang bina semua bangunan yang bertingkat-tingkat ini ramai ke orang yang duduk kat sini? sebab sepanjang RA perhatikan dari bot persiaran RA tak nampak pun kepadatannya.Padatnya bangunan-bangunan kat sini dah macam kat Hongkong tapi kepadatan penduduknya macam kat KL je.

Kalau aku kayaaaaa......kan bagus kalau kita kaya kan.hehe

Ok jam 7malam RA dah letih terus menuju ke hotel dan amik bag kemudian menaiki Metro ke Lapangan Terbang Dubai Terminal 3.Jam 8malam RA dah terconggok dalam terminal baring-baring sambil menunggu pesawat RA jam 3pagi nanti.Sempat lah jugak berehat sebentar ala padang pasir di pejabat pelancongan Dubai di sini.Jam 10malam perut dah mula lapar jadi RA ke tingkat 2 terminal dan terjumpa restoran yang menjual makanan ala buffet dengan harga RM40 seorang.Apa lagi penuhkan perutlah jawapnya.Puas hati lah jugak dapat makan banyak.Jam 230pagi penerbangan pulang ke Singapura pun tiba.RA bernasib baik sebab penerbangan kali ini mengunakan pesawat terbaru dan terbesar di dunia iaitu Airbas A330.Sayu pulak bila dalam penerbangan pulang ini.Rasa macam tak mau balik jek.Bila bukak tingkap matahari pagi baru sahaja mau menerbitkan sinarnya.

ALHAMDULILLAH RA SELAMAT TIBA DI LAPANGAN TERBANG CHANGI SINGAPURA JAM 230PETANG.RAKAN RA DATANG MENJEMPUT DAN RA TERUS PULANG KE JOHOR BAHRU MENGUNAKAN TAMBAK JOHOR.CUACA PANAS MENYAMBUT SEKEMBALINYA RA KE TANAH AIR....INILAH KISAHNYA JURNAL PERJALANAN RA SEPANJANG 2MINGGU BEKERJA SAMBIL BERCUTI

 

Thursday, February 6, 2014

Dubai Menjerittt

Perjalanan dari Zurich ke Dubai ini cukup memenatkan RA.Mana taknya penerbangan kali ini penuh dan RA tersekat duduk di tengah-tengah antara dua orang paling gemuk di kiri dan kanan.Nak tidur dan nak makan pun jadi bertambah sempit.6 jam penerbangan RA cuma dapat tidur sejam sahaja.Tiba di Dubai jam 645pagi terus ke kaunter immigrasiuntuk urusan kemasukkan ke Bandaraya Metropolitan Dubai.Besar dan mewah sungguh lapangan terbang Dubai

.Selesai sahaja urusan passport RA terus menuju ke tandas.Yelah 6jam tersekat tak boleh nak keluar masa dalam tempat duduk pesawat.Selepas sahaja membayar hajat (hehe) RA ke stesen Metro Dubai untuk ke Hotel.Biasalah awal pagi orang memang ramai yang mengunakan pengangkutan Metro.Akhirnya RA tiba di stesen Al Fahidi dan terus cari hotel yang telah RA tempah iaitu Jormand Hotel.Jauh lah jugak dari stesen Metro ke Hotel RA.adalah dekat 1km nak menapak dengan bag yang di seret.Nasib baik cuaca di Dubai tak panas,iaitu sekitar 20'c sejuk dan berangin sahaja walaupun waktu dah pukul 10pagi.

Inilah pemandangan Dubai.Bangunan paling tertinggi di dunia terpacak di hadapan hotel RA.Nak daftar hotel budak kaunter tu cakap tak boleh.Sebab waktu untuk dafter masuk hotel adaah jam 2petang.Jadi RA tunggu sahajalah di lobi hotel sambil menunggu bilik di sediakan.Nasib RA baik sebab bilik tersedia awal jam 1230tengahari.Masuk je bilik RA mandi dan tidur.Sadar-sadar je dah pukul 4petang.

Bila dah baangun tu apa lagi teruslah bersiap nak ke Dubai Mall yang mana terletaknya Burj Khalifah,bangunan tertinggi di dunia.Gambar ini di ambil dari laluan pejalan kaki dari stesen metro ke Dubai Mall.Jauhnya adalah dalam 700meter.

Sampai di Dubai Mall RA terus cari makan.Yelah perut dah lapar sebab tak makan tengahari lagi.RA berhenti makan di medan selera yang terletak di tingkat 3 dan makanan yang RA makan ialah makanan segera set Texas Fried Chiken yang berharga AED25.00=RM24.00.Mak ai mahal juga yea.Bila perut dah kenyang barulah boleh pusing-pusing satu Dubai Mall.Terperanjat bila tengok ada aquarium terbesar yang di letakkan di pusat membeli belah ini.Kaya giler tempat ini.Dalam Dubai Mall ini juga pelbagai barangan terkemuka boleh di dapati dan yang paling penting wifi di sini di berikan percuma kepada pengunjung.

Di sini juga ada di asingkan The Village,satu kawasan membeli belah barangan jean,denim dan juga restoran-restoran mewah.Juga terdapat air terjun buatan untuk hiasan dah tatapan pengunjung.

Di luar komplek ini pulak terdapatnya pancutan air berirama , Bangunan Burj Khalifah dan beberapa lagi bangunan pencakar langit yang menghiaskan kotaraya Dubai.Ramai sungguh rakyat asing di Dubai ini sampaikan RA tak kenal mana satu penduduk asalnya.Rakyat dari Negara India dan Philipina paling ramai RA nampak di sini.Mungkin faktor gaji yang tinggi menjadikan Dubai destinasi popular mereka mencari duit.

 Ini bahagian dalaman Dubai Mall yang serba mewah.

Manakala ini pulak bangunan yang di jadikan Souk (ala pasar malam) dan medan selera mewah untuk pengunjung.RA dah tak larat nak jalan ke tempat yang lain sebab dah keletihan mungkin juga "Jet Leg" masih tak hilang lagi.Selesai tangkap gambar RA terus pulang ke hotel dan bermalam.Perjalanan akan di teruskan lagi esok yea.

Wednesday, February 5, 2014

Hari-Hari terakhir di Zurich

Hari ini adalah hari terakhir RA di Zurich,Switzerland sebab malam nanti dah nak bertolak pulang.Pagi yang cukup dingin di Zurich dari tingkap apartment yang di sewa RA dapat di rasai.

Bangun pun hari nie lewat sikit,bukan apa sebab aktiviti hari ini hanya di sekitar Zurich sahaja.Jam 930pagi RA dah turun menuju ke Stesen keretapi Zurich.Nak simpan bag laggage RA kat dalam peti simpanan ini dulu.Bila semua dah selesai barulah boleh membeli belah ala cermin.(window shopping katernya).Inilah pemandangan di sekitar kawasan tempat membeli belah termahal di dunia.Hanya orang-orang kaya sahaja di benarkan masuk di butik-butik berjenama.Jika anda berkulit Asia atau Gelap anda mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Orprah Winfry yang pernah di halang memasuki salah sebuah butik berjenama di sini. 

Ini pulak adalah kedai jam tangan terkemuka di Switzerland,KURZ.Tengok saja hiasan luar kedai,di setiap 30minit jam lonceng akan berbunyi dan akan keluar beberapa patung yang menari keluar dari dalam jam ini dan sememangnya menjadi tarikkan siapa sahaja yang lalu di luarnya.

  Ini pulak bahagian bangunan kerajaan.RA naik di tingkat atas untuk mendapat pemandangan paling terbaik dari sini.

Jam 11pagi Naema tiba di stesen keretapi,kemudian kami terus ke butik Zarra.Rupanya butik Zarra kat Zurich nie macam ala Parkson je kat Malaysia.RA sempat sambar sepasang kasut jenama Zarra yang di jual dengan harga cukup murah.Stok penghabisan ini di jual dengan harga CHF19.00 = RM80 sahaja.Kata Naema setiap kali stok baru keluar,stok lama Zarra akan di jual dengan harga yang cukup murah.Kami makan tengahari di Mcdonald yang pada RA harganya cukup mahal.Set Burger CHF15.00 = RM 50 dan jika mahukan sos tomato tambahan CHF0.30 bagi setiap paket.Perut dah kenyang tibalah masanya menaiki bot di tasik Zurich.

Semasa naik ke feri ini kami terserempak dengan 3sekawan pelajar Malaysia yang datang bercuti di sini.Mereka ialah pelajar jurusan ke doktoran di Universiti di Prague.Sempat jugak berbual dengan mereka yang semuanya asal orang utara.Si Naema lah yang rancak berbual dengan mereka.hehe.Sedang-sedang rancak berbual tu tetiba ternampak pemandangan gunung Apls dari bot feri kami.

Ini pulak adalah kawasan pemempatan golongan elit di Zurich.Rumah kat sini memang sah bernilai berjuta-juta Franc

Perjalanan bot feri ini mengambil masa satu jam untuk pusing di sekitar tasik di sini.Selain di gunakan oleh pelancong ianya menjadi perkidmatan awam bagi penduduk Zurich.

 Turun sahaja dari Bot RA menghubungi Steve.Salah seorang kenalan RA yang di perkenalkan oleh Helmi.Kami kenal dekat 2tahun di Facebook tapi baru hari ini bertemu di Zurich.Steve menjemput RA dan Naema ke Waid.Katanya naik tram no 13 dan berhenti kat Muzium Gestaltung.RA ikut je lah,sampai di sana Steve dah siap menunggu dengan kereta.Kami ke Waid kawasan atas bukit sekitar 5-6km dari Zurich.Cantik pemandangan dari atas di sini.Kami rehat seketika dengan secawan air coklat dan kopi.Duduk minum kat sini tak lama pun sebab Mirco suami Naema baru sahaja tiba di stesen Zurich untuk menemui kami.

Kami terus ke stesen keretapi menemui Mirco dan menuju ke lapangan Terbang Zurich.Saat tu hujan dah mulai membasahi Zurich jadi lebih baik terus ke Lapangan Terbang.Tak sangka pulak Mirco dan Naema sudi menemani RA hingga di sini.Selepas daftar masuk penerbangan,kami pusing jalan-jalan sekitar lapangan terbang sebab ada dekat sejam setengah lagi.Bila saatnya sudah tiba maka terasa sebak pulak hati ini nak meninggalkan Switzerland.Terima kasih kepada orang-orang Switzerland yang melayan RA semasa di sini terutama sekali kepada Helmi , Simon , Steve , Naema dan Mirco. 

Akhir kata : 

Kalau ada sumur di ladang 

Bolehlah saya menumpang mandi 

Kalau ada umur yang panjang 

Boleh lah kita berjumpa lagi

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....