Monday, February 3, 2014

Luzern Kota Berbulan Madu

Hari nie RA bangun awal sikit.Maklumlah sebab hari ini nak berpindah dah bermalam di Luzern pulak.Jam 8pagi RA dan Hel dah tiba di stesen keretapi api Bern.Singgah sebentar di kedai makan untuk membeli kopi dan roti untuk kudipan semasa dalam perjalanan ke Luzern.Tengoklah betapa mahalnya makanan di sini,semuanya rata-rata harga $5euro (RM21) ke atas.Tapi RA suka tengok roti gulung bulat ini.Macam sedap jekkk.(tapi tak beli pun)

Perjalanan dari Bern ke Luzern mengambil masa 1 jam sahaja mengunakan keretapi laju SBB Swiss dan inilah pemandangan di sepanjang landasan dari Bern ke Luzern.Sesekali ternampak lah jugak salji di atas bumbung rumah dan kereta penduduk tempatan di sini.

Dah pun sampai di Luzern.RA heret bag terus ke hotel penginapan RA iaitu Hotel Falken yang hanya 6minit berjalan kaki dari stesen keretapi Luzern.Bila dah daftar masuk mulalah berjalanan RA di sekitar Luzern.Tempat pertama yang RA pergi ialah di tugu "Lion Of Lucerne" atau lebih dikenali dengan tugu "Dying Lion".

Di bina bagi memperingati askar regimen Swiss yang berkhidmat dengan Raja Perancis King Louis XVI.Kebanyakkannya mati di dalam penjara semasa King Louis di paksa turun tahta.Tak jauh dari tugu itu terdapatnya rumah lama orang Switzerland.Di kawasan inilah RA beli T-shirt dan barangan cenderahati untuk di bawak balik.Harga memang lah mahal,tapi takpelah sesekali.

Haa ini pulak "Chapel Bridge" dan "Water Tower" iaitu mercu tanda bagi bandar Luzern.Tasik-tasik di sini selalunya di datangi oleh angsa putih dan itik-itik serati(hehe).

Ada cerita di sebalik angsa-angsa ini yg dulunya hanya ada sepasang sahaja dan di hadiahkan oleh Raja Perancis untuk di letakkan di tasik ini.Bila dah beranak banyak kerajaan membahagi-bahagikan baka angsa ini ke seluruh tasik di Switzeland.Haa jangan tak tau,angsa-angsa ini ada penjaganya yang saban hari memberi makan kepada mereka.

Bagi peminat pisau Swiss boleh lah beli pelbagai pisau tentera yang terbaik di sini.Pisau tentera Swiss ini memang terkenal di seluruh dunia di sebabkan kepelbagaiannya.Nak umpil curi umah pun bole mengunakan pisau ini,tapi kalau kena tangkap jangan nak salahkan RA pulak.

4wajah , 4 destinasi bangunan di Luzern yang berbeza."Water Tower" , Hotel Schweizerhoe , Gereja dan hotel atas bukit.

Kalau ada yang nak beli jam tangan Rolex datang la di kedai Bucherer nie.Pelbagai jam tangan Rolex dan jenama swiss di jual di sini dengan harga mengikut tarafnya tersendiri.

Hari dah nak masuk tengahari dan perut RA pun naik lapar.RA dan Helmi dapat pelawaan ke rumah Naema salah seorang teman Helmi yang tinggal di sini.Orang Malaysia juga,asal Kedah dan sekarang menetap di Luzern.Dia nak jamu kami dengan Nasi Lemak katernya.Wah Nasi Lemak buah bidara lah yea nampaknya.Rumah Naema hanya sekitar 1km sahaja dari "Water Tower" dan kami hanya berjalan kaki sahaja.Terima Kasih Naema atas pelawaan makan tengahari.Sedap Nasi Lemak yang awak masak.

Jam 3petang kami semua keluar semula ke bandar Luzern dan menikmati suasana di sini.

 Bergambar jelah RA kat sini tak habis-habis.

Sempat juga RA masuk ke Muzium lukisan Bourbaki.Muzium ini menyimpan lukisan paling besar dan di pamirkan dalam bangunan berbentuk bulat.Ia adalah lukisan pemandangan semasa peperangan.

Nak naik bot tapi tidak beroperasi di musim sejuk pulak.Jadi pusing jalan-jalan sahaja di sekitar Luzern.

Bila lalu kat kedai Bachmann,Naema suruh RA rasa makanan di kedai ini.Makanan khas orang Swiss katanya.Jadi dia belanja RA beli Maceroon satu set yang berharga CHF12.00 = RM46.00.Kat dalam kedai ini pun ada pelbagai makanan lain di jual termasuk roti , kek dan coklat untuk di buat hadiah.Terima Kasihlah Naema belanja RA makan.

Sebelum hantar Helmi pulang ke stesen keretapi untuk pulang ke Bern RA sempatlah bergambar di hadapan Water Tower.Perbezaan di waktu siang dan malam sangat-sangat romantik.

 Malam Naema dan sahabatnya Micro menjemput RA makan malam di rumahnya.Menu utama ialah mestilah makanan orang Swiss sebab kawan Naema ini orang Swiss.RA tak sempat nak amik gambar makanan yang di hidangkan sebab dah kelaparan sangat terus makan je.RA makan Roti di cecahkan dengan Keju yang di masak dengan resepi swiss.Tak ingat la pulak nama makanan tu.Apapun perut RA kenyang dan RA pulang dengan perut yang gendut hehe.

2 comments:

Fza said...

salam..RA ke Europe ni bulan berapa ya?

RioAzzaro said...

nak ticket sahja ke? pakej?

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....