Perjalanan dari Zurich ke Dubai ini cukup memenatkan RA.Mana taknya penerbangan kali ini penuh dan RA tersekat duduk di tengah-tengah antara dua orang paling gemuk di kiri dan kanan.Nak tidur dan nak makan pun jadi bertambah sempit.6 jam penerbangan RA cuma dapat tidur sejam sahaja.Tiba di Dubai jam 645pagi terus ke kaunter immigrasiuntuk urusan kemasukkan ke Bandaraya Metropolitan Dubai.Besar dan mewah sungguh lapangan terbang Dubai
.Selesai sahaja urusan passport RA terus menuju ke tandas.Yelah 6jam
tersekat tak boleh nak keluar masa dalam tempat duduk pesawat.Selepas
sahaja membayar hajat (hehe) RA ke stesen Metro Dubai untuk ke
Hotel.Biasalah awal pagi orang memang ramai yang mengunakan pengangkutan
Metro.Akhirnya RA tiba di stesen Al Fahidi dan terus cari hotel yang
telah RA tempah iaitu Jormand Hotel.Jauh lah jugak dari stesen Metro ke Hotel RA.adalah dekat 1km nak menapak dengan bag yang di seret.Nasib baik cuaca di Dubai tak panas,iaitu sekitar 20'c sejuk dan berangin sahaja walaupun waktu dah pukul 10pagi.
Inilah pemandangan Dubai.Bangunan paling tertinggi di dunia terpacak di hadapan hotel RA.Nak daftar hotel budak kaunter tu cakap tak boleh.Sebab waktu untuk dafter masuk hotel adaah jam 2petang.Jadi RA tunggu sahajalah di lobi hotel sambil menunggu bilik di sediakan.Nasib RA baik sebab bilik tersedia awal jam 1230tengahari.Masuk je bilik RA mandi dan tidur.Sadar-sadar je dah pukul 4petang.
Bila dah baangun tu apa lagi teruslah bersiap nak ke Dubai Mall yang mana terletaknya Burj Khalifah,bangunan tertinggi di dunia.Gambar ini di ambil dari laluan pejalan kaki dari stesen metro ke Dubai Mall.Jauhnya adalah dalam 700meter.
Sampai di Dubai Mall RA terus cari makan.Yelah perut dah lapar sebab tak makan tengahari lagi.RA berhenti makan di medan selera yang terletak di tingkat 3 dan makanan yang RA makan ialah makanan segera set Texas Fried Chiken yang berharga AED25.00=RM24.00.Mak ai mahal juga yea.Bila perut dah kenyang barulah boleh pusing-pusing satu Dubai Mall.Terperanjat bila tengok ada aquarium terbesar yang di letakkan di pusat membeli belah ini.Kaya giler tempat ini.Dalam Dubai Mall ini juga pelbagai barangan terkemuka boleh di dapati dan yang paling penting wifi di sini di berikan percuma kepada pengunjung.
Di sini juga ada di asingkan The Village,satu kawasan membeli belah barangan jean,denim dan juga restoran-restoran mewah.Juga terdapat air terjun buatan untuk hiasan dah tatapan pengunjung.
Di luar komplek ini pulak terdapatnya pancutan air berirama , Bangunan Burj Khalifah dan beberapa lagi bangunan pencakar langit yang menghiaskan kotaraya Dubai.Ramai sungguh rakyat asing di Dubai ini sampaikan RA tak kenal mana satu penduduk asalnya.Rakyat dari Negara India dan Philipina paling ramai RA nampak di sini.Mungkin faktor gaji yang tinggi menjadikan Dubai destinasi popular mereka mencari duit.
Ini bahagian dalaman Dubai Mall yang serba mewah.
Manakala ini pulak bangunan yang di jadikan Souk (ala pasar malam) dan medan selera mewah untuk pengunjung.RA dah tak larat nak jalan ke tempat yang lain sebab dah keletihan mungkin juga "Jet Leg" masih tak hilang lagi.Selesai tangkap gambar RA terus pulang ke hotel dan bermalam.Perjalanan akan di teruskan lagi esok yea.
No comments:
Post a Comment