Dah pun pagi.Hari ini siap-siap bangun awal sebab nak Ke Lugano
kira-kira 279km dari Luzern.Perjalanan hari ini ke Lugano akan memakan
masa 3jam.Naema dengan sukarela menawarkan dirinya untuk menjadi pemandu
pelancong RA.Jam 730pagi RA sudah memecah keheningan dengan daftar keluar hotel dan membawa bag baju RA menuju ke stesen keretapi.Di sinilah RA menunggu Naema untuk bersama menaiki keretapi ke Lugano.
Kali ini perjalanan agak lama sedikit kerana melalui pergunugan Apls.Kereta api RA melalui terowong yang tidak sama dengan terowong kereta & lori.
Ia adalah terowong keretapi terpanjang di dunia yang mana kami terpaksa berada di dalam torowong ini selama 15minit untuk 25km.Gerun dan kecut perut jugak bila Naema cerita torowong laluan kereta pernah berlaku kemalangan satu masa dahulu.
Sepanjang perjalanan di pergunungan Apls,kanan dan kiri gerabak keretapi RA di penuhi oleh salji sahaja.
Sampai sudah di Lugano setelah 3jam perjalanan.RA meletakkan Bag laggage RA di peti simpanan barang di stesen keretapi.Harganya $8euro = RM29 untuk 24jam.Hanya masukkan duit , letak bag, tutup dan keluarkan kunci.Hal bag dah selesai, jadi lepas ini boleh lah jalan dengan selesa.Destinasi pertama ialah pekan Lugano.Stesen keretapi terletak di atas lereng bukit jadi untuk turun ke pekan Lugano kenalah menaiki Tram ala Bukit Bendera yang di sediakan.
Hajat tu ingat nak naik lah feri pusing-pusing dan tengok pemandangan Lugano dari tasek di sini,tapi perkhidmatan feri di tutup sehingga 10Feb2014.Tak de rezeki RA lah nak tengok pemandangan muka bumi Lugano.Hujan renyai-renyai pulak turun saat kami di sini.
Pekan Lugano ini ada ciri-ciri Itali sedikit sebab ianya bersempadan antara satu sama lain.Rata-rata orang Swiss di sini bertutur dalam bahasa Itali juga.
Nampak kan ciri-ciri bangunannya macam yang RA cakap tadi.Kalau yang di tepi tasik tu lagi la dah macam kat Monte Carlo gaya bangunannya.
Restoran di sini pun banyak yang menyajikan masakan Itali di sini.Contoh macam yang RA makan tengahari inilah.Piza makanan lautnya berharga CHF30=RM108.Lagsania CHF19 = RM70 dan Pasta CHF20 = RM73.Air dalam tin pula berharga sekitar CHF8 setin.Mahal kan? Dah tu nak duit tipping lagi.hehe.Kalau tak bagi nanti mulalah tunjuk muka kater Naema.
Perjalanan RA di teruskan ke "FOX TOWN" kira-kira 10km dari pekan Lugano.Fox Town ini kalau kat Malaysia macam "Johor Premium Outlet".Banyak barang-barang berjenama di jual di sini lebih murah dari yang ada di sekitar Eropah.Di sepanjang perjalanana,RA dapat melihat satu perkampungan kecil milik negara Itali yang terletak di tengah-tengah negara Switzeland.Menurut Naema penduduk di situ lebih suka menjadi rakyat Itali dari Switzerland.
Inilah dia Fox Town.Gedung membeli belah ala J.P.O.Di sekitarnya banyak kilang-kilang dan berlatar kan gunung-ganang.Masa RA tiba terserempak lah jugak dengan bas persiaran yang di cermin basnya menulis "Sabah Tourist".Wah nampaknya orang Sabah sewa satu bas ke sini yea.Banyak jugak yang mereka beli tapi macam biasalah semuanya sombong-sombong tak bertegur.
Nampak tak kasut ini? Inilah Kasut Versace yang di jual dengan harga CHF$130 sekitar RM 500 jek.Hai kat JPO pun tak jual semurah ini,paling pun jual RM1000.Naema yang beli untuk suaminya,warna biru lagi.Memang cantik sangat dan jika dah beli kemudiannya tak mahu,anda boleh pulangkan semula dan dapat duit kembali.Baguskan kedai-kedai kat sini.Naema cakap bukan kedai kat Fox Town sahaja,tapi semua kedai berjenama di Switzerland macam nie.Mulanya RA nak beli,tapi bila pikir balik tak jadi belilah,yealah bukannya RA selesa sangat pakai kasut ini,lebih selesa jalan guna sendal.
Masa RA nak balik rasa macam menyesal pulak tak beli kasut tu.Yelah kasut Nike kat Malaysia je dah RM250.Tambah duit sikit dah dapat kasut Versace.Nak dapat kat Malaysia dengan harga tu memang tak dapat lah.Dalam perjalanan pulang RA nampak banyak salji-salji yang mula mencair di sekitar Lugano,kabus pun banyak yang dah hilang.
Terus ke stesen dan mengambil semula bag yang di simpan disini.Haa inilah dia rupanya peti simpanan bag yang RA cakapkan awal tadi tu.Sesuai bagi mereka yang "backpakers".Perjalanan kali ini dari Lugano ke Zurich dan mengambil masa 3jam setengah.Tiba di Zurich RA terus mencari hotel yang telah di tempah,CityStudios Apartment.Naema pulak mengadu sakit kaki sebab katanya dah lama tak berjalan mengunakan boot.Jadi di wechatnya Mirco suruh amik dia balik di Zurich.
Hai untung badan ada kawan yang sudi datang jemput dia di Zurich dan bawa balik ke Bern.Tapi sebelum pulang mereka mempelawa RA ke salah sebuah restoran berdekatan untuk makan malam.Mirco makan piza,RA makan spagetti dan Naema makan Lagsania.Cantik restoran kat sini,tapi harga makan malam kami pun kenalah dengan tempatnya.Lepas makan RA temankan mereka sehingga ke stesen keretapi api sebelum pulang dan bermalam di hotel.Selamat Malam Zurich.
No comments:
Post a Comment