Wednesday, March 21, 2012

Jalan-Jalan Nak Makan : Pizza Mexico El Migos



Malam tadi dah tak tau nak buat apa.Memandangkan malam semalam tak masuk Gim dan bosan duduk kat rumah,aku mula bunyikan enjin kereta dan menuju ke Sutera Mall.

Tekak macam nak merasa Pizza Mexico di kafe El Migos dalam Sutera Mall tu.Dah dekat 4tahun tak masuk sini,jadi menu-menu kat sini pun dah banyak bertukar.Nama Kafe nie pun dari Kafe Amigos ke El Migos.Terliur sekejap bila tengok satu menu pizza yang di syorkan oleh chef di situ.Lupa pulak nama pizza nie,tapi kalau nak order cakap je pizza no H15.Pizza ini memang sedap,ada telur di atasnya.Size ada 6inci & 10inci.Harga RM10.90 hingga RM18.90 sekeping.

 
Ini adalah antara menu-menu yang ada di sana.Semuanya boleh tahan sedap dan menyelerakan,bak kata chef Wan "mama mia".

Burger size besar ini pulak berharga RM18.90 Air yang dalam gelas panjang tu adalah Milk Shake sementara air yang banyak aiskrim ini pula berharga RM10.90.Makan satu burger tu leh kenyang sebab sangat padat dan mengenyangkan.


Pizza nie pun tak larat nak habiskan sorang-sorang.Aku nak amik yang 6inci tapi kawan aku suruh amik yang 10inci sebab dia nak cuba rasa jugak.
Semua jumlah makanan yang aku makan semalam RM69.50.Mahal jugak tu,tapi puas hati.Siap bungkus bawak balik lagi sebab tak larat nak habiskan.


4 comments:

beeha said...

Halal ke restoran el migos ni?sbb sy pi el migos di KSL jb,pelayan dia kate xhalal restoran ni..tu yg pening tuh..

beeha said...

Halal ke restoran el migos ni?sbb sy pi el migos di KSL jb,pelayan dia kate xhalal restoran ni..tu yg pening tuh..

RioAzzaro said...

memang tak ada sijil halal pun kt sini.Tapi mereka tak jual daging vavi.saya amik pizza seafood.tak pernah amik yang ada ayam pun sebab tak tahu sembelih ke tak.Kalau burger lak saya amik burger daging kambing atau lembu,sbb daging lembu dan kambing di malaysia ini memang di beri lesen kepada orang islam sahaja untuk di sembelih.Tp mmg jarang la makan daging.selalu more pada seafood.

Anonymous said...

pnah tnya n its tak HALAL.. better tkyah masuk kalau tk halal. mcm kedai yg tulis no pork no lard, kemain org melayu bdodoi gi beli. masya allah.. pilihlah kdai yg btul2 tk mndatangkan syubhah kite sbg org islam

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....