Friday, November 11, 2016

Tamadun Rom aku datang....

 Hari ini hari terkahir di Venice kerana RA akan bertolak ke Rom pula.Sarapan pagi di sediakan oleh pihak hotel.Macam biasalah menu utama mereka ialah roti , bijirin , biskut dan kek.
 Boleh tahan banyak jugak jika di bandingkan dengan sarapan semasa di Milan.
 Pagi ini air agak pasang di Venice dan mula melimpahi beranda belakang hotel tempat RA menginap.Kata peniaga barangan cenderahati air laut selalu juga melimpah sampai ke hadapan hotel pada satu-satu masa.RA dapat rasakan satu hari nanti Venice pasti akan tenggelam.Baiklah,tiba masa untuk RA bersiap-siap untuk bertolak ke Rom.Keretapi RA akan berlepas jam 1147pagi dari Venezia Mestre jadi RA sudah bersedia daftar keluar hotel jam 9pagi.Selamat tinggal Venice dan RA menuju ke Rom.Perjalanan kali ini agak jauh iaitu mengambil masa 4jam untuk tiba.Tiket keretapi api kami di naik dari kelas Ekonomi ke kelas "Economy Executive".Bezanya tempat duduk kerusi kami adalah bersalut kulit dan kami di berikan air dan snek. 
Alhamdulillah 320petang RA tiba di station keretapi api "Roma Termini".Terus ke hotel San Remo iaitu penginapan RA untuk 2malam di sini.Daftar masuk hotel dan beristirehat sebelum meneruskan lawatan seterusnya.

Tempat pertama yang RA cari ialah Hard Rock Cafe Rom.Dari hotel , RA menaiki Metro (pengangkutan bawah tanah) untuk ke station Barberini.Jumpa jugak akhirnya dan dapatlah RA sambar sehelai baju untuk RA dan sehelai lagi baju untuk rakan RA yang sudah memesan untuk belikan.Harga sehelai t-shirt 26.50Euro sekitar RM130.Jadilah beli sehelai jek buat kenangan.
 Tak jauh dari Hard Rock kami menuju ke "Trevi Fountain".Salah satu kolam pancutan air terbesar di Rom.Binaan bangunannya di bina pada awal kurun ke 18 lagi. 
Senibinanya yang indah menjadikan ia tumpuan pelancong seluruh dunia.Ada juga pelancong yang mencampakkan duit siling dan membuat hajat di sini.
 Masa RA tiba hujan renyai-renyai membasahi bumi Rom.Ramai sangat orang di sini walaupun cuaca sangat-sangat sejuk.
Amik gambar pun tak dapat turun sebab dah ramai yang menghalang dan tak mau beredar.Jadilah amik gambar macam ini.
 Cuaca semakin sejuk dan perut RA semakin lapar.Pulang ke station Termini RA mencari kedai makan yang berhampiran hotel RA.Alhamdulillah tak susah nak cari makanan halal di sini.Rata-rata banyak deretan kedai makan dari India muslim yang menawarkan nasi beriani.
Nah amik kau sepinggan 6Euro.Tapi memang mengenyangkan.RA dan rakan-rakan pulang ke hotel dengan perut yang kenyang malam ini.Esok RA akan melawat lagi di sekitar Rom.Jumpa esok.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget