Sunday, December 14, 2014

Lawatan Muhibbah ke KL Bahagian 3

Ok hari terakhir di sini.Permintaan dari semua yang ada agar hari ini nak bersantai sampai habis masa daftar keluar jam 12tengahari.Mereka nak mandi di kolam renang puas-puas.Memandangkan lepas daftar keluar nanti nak makan tengahari jadi pagi ini RA bersarapan ala kadar sahaja.Simpan sikit perut untuk tengahari nanti.

Inilah suasana pagi di perkarangan kolam renang.Sebelah hotel Holiday Villa ini ada tasik jadi pemandangan pagi di sini amat damai.Jam 10pagi semua dah turun ke kolam renang untuk bersantai.

Boleh tahan luas jugak kolam renang ini tercunggap-cunggap RA nak habis satu pusingan renang.Maklumlah dah lama tak berenang.Dah puas berenang inilah masa untuk bersantai.

Jam 12tengahari semua sudah menyerahkan kunci bilik dan daftar keluar hotel.Sementara menunggu bas tiba acara bergambar beramai-ramai wajib di ambil.Seterusnya meneruskan perjalanan ke Cyberjaya untuk makan tengahari sebelum menghantar pulang anak Kak Linda yang belajar di kolej berhampiran.

Menu makan tengahari kali ini sangat-sangat istimewa.RA bawa mereka ke restoran Nasi Arab iaitu Restoran Sana'a milik orang Yamen.Amik menu keluarga dua set yang leh makan untuk 30orang perrghhh memang terbaik makan sampai pengsan hehehe

Di tambah dengan roti nan dan air jus arab,lepas makan memang semua tangkap tidur dalam bas punya.

Makanan yang di sajikan kat sini memang sedap,berbaloi dan puas hati.Yang mana tak habis RA suruh tokeh kedai ini bungkuskan untuk kami bawak balik nanti.Pengurus di sini bilang nasi arab tu kalau di panaskan balik guna microwave rasanya akan sama sedap seperti baru-baru di masak.Jadi apa lagi bawak balik sorang dua bungkus lah hehehe.Dalam perjalanan pulang masing-masing dah tangkap ngantuk,kami singgah sekejap di hadapan Zoo Melaka untuk membeli oleh-oleh untuk di bawah pulang ke JB.Jam 9malam semuanya selamat tiba di JB meninggalkan 1001 kenangan makan-makan dan bercuti bersama keluarga tercinta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget