Wednesday, December 24, 2014

Berjumba di Cuti Hari Natal

Sampai jugak kawan baik RA,Ally dan keluarganya ke JB ari nie.Katanya dah tiba malam semalam,tup tup hantar masej cakap dah tiba pagi-pagi buta jam 2 tadi.Mentol tau..nasib baik ada bilik hotel untuk korang pagi tu.Kalau tidak alamat tidur dalam kereta bawah pokok macam kes dulu-dulu lah yea.Jumpa pun dah tengah hari kat City Square.Jadi bermula lah sesi membeli belah di Komtar dan City Square.Ingatkan nak ke Taman Tema Angry Bird tapi terbantut sebab masa tak mengizinkan.(kalau masuk dah petang rugi sebab jam 6petang dah tutup).

Dari Komtar dan City Square kami ke The Duty Free Zone Stulang laut.Nak beli rokok untuk pekerja-pekerja bawahannya.Nasib baiklah abang kastam tak nampak,kalau nampak memang kena bayar duti cukai.Melepak dan berehat sebentar di Starbuck sebelum membawa mereka melihat tarikkan terbaru di Johor Bahru iaitu Skybridge.Teruja katanya.

Sempat lah rombongan Che Ally nie bergambar sakan bawah "skybridge" tu.Buat kenangan katanya.

Sempat jugak tu dia amik gambar RA.Alamak badan dah naik la pulak. Nampaknya RA kena mula masuk buat senaman nie.Asik makan je badan pun dah macam belon.

Tengok tu anak dara sorang tu.posing amik gambar bukan main lagi.Nasib baiklah dia tak mintak beli belon buih yang ada jual kat tepi jalan tu.

Dah puas berjalan kita makan malam di IT Root yea.Makan Chicken Chop yang terbaik di bandar Johor Bahru.Takpe malam ini RA belanja tetamu dari KL nie makan.Sampai sesat-sesat tertinggal sebab rambang mata tengok barang-barang yang di jual kat Pasar Karat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget