Sunday, September 8, 2019

Ekpedisi Kinabalu Hari 1

Akhirnya hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba.Hari ini dengan penerbangan pertama ke Kota Kinabalu RA tiba di Sabah Negeri Di Bawah Bayu jam 10pagi.Lawatan kali ini bukan sekadar lawatan biasa tetapi RA membawa visi untuk menakluki Gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.Seramai 19 orang bertolak dari Kuala Lumpur , 1 orang dari Johor Bahru iaitu RA dan seorang lagi yang bekerja di KK mengikuti ekpedisi ini.Go-go rombongan kami ialah  Abam (baju merah bertopi) dan Nane (baju merah jambu bertopi) tu.
 Sejurus tiba di lapangan terbang kami makan tengahari di salah sebuah restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang tapi sempatlah singgah sebentar di Jambatan Gantung Tamparuli yang popular dengan lagunya itu.
 Mau bergoyang kami semua naik.Nak-nak ada yang cuba mengoyangkan jambatan ini saat beberapa rombongan wanita melaluinya.
Bergambar dengan Abam Gogo kita dan kena sedapkan hati je nie,tapi sebenarnya masih berdebar-debar sebab esok dah mula mendaki.
 Besar Sungai Tamparuli ini dan jambatan ini menghubungkan penduduk dengan sekolah dan pasar di seberang.Setelah kami tiba di seberang,kami meneruskan perjalanan ke Kundasang yang mengambil masa sejam je lagi untuk sampai.
 Alhamdulillah saat tiba di Kundasang Gunung Kinabalu menjengah kami di tingkap van.Cantik sungguh.
Kami singgah melawati Desa Dairy Farm yang terkenal dengan penternakkan lembu baka dari New Zealand.Ladang kat sini sangat luas dan di kenakan bayaran RM5 seorang untuk masuk.
 Wah sempat bergambar beramai-ramai sebelum masuk.Suhu kat sini sejuk-sejuk suam jek.Tak payah nak pakai baju tebal-tebal sangat sebab takde lah sejuk mana pun.
Nyaman bila dah ada kat sini patutlah lembu-lembunya gemuk-gemuk.Yang ini RA yea bukan lembu hehehe....Pipi Pau sikit jek.
 Ok datang sini tak sah kalau tak beli Aiskrem Gelato.Harga RM5 tapi jika nak tambahan Koko Krunch kena tambah RM1.Beli dan bawak makan kat luar sedap sejuk-sejuk.
 Nampak tak lembu-lembu kat sini.Semuanya baka dari New Zealand macam iklan Fernleaf dan susu cap junjung tu. Kat Malaysia pun ado...#dekatjer...haha
 Dah makan aiskrem,semua cari tempat-tempat hotspot di sekitar kawasan ini untuk bergambar.Antaranya kat batu bertengek nie.
 Lepas dia , dia jek kan...haha
 Sebenarnya ramai ke sini sebab nak bergambar kat ladang berlatar belakangkan lembu New Zealand dan makan aiskrem je.Selebihnya takde apa-apa sangat pun.Jadi selepas berpuas-puas bergambar dan berfoya-foya , kami meneruskan perjalanan ke rumah Inap Desa yang telah di tempah oleh Abam.Kang nanti sampai dah gelap tak syok pulak.
Nampaknya ada yang dah keletihan.Maklumlah dari semalam tak puas tidur takut tertinggal penerbangan pulak.
 Akhirnya tiba juga di sini walaupun perjalanan nak masuk ke inap desa ini sangatlah pendalaman dengan keadaan jalan raya yang berlobang dan berlopak.Yelah jalan kampung kan.Nama Inap Desa kami ini ialah HOUNAN RIDGE FARMSTAY & CAMPING terletak di kawasan kampung yang bernama Bundu Tuhan.
 Memang hazap sikit nak masuk sini tapi bila sampai dan lihat rumahnya yang sangat-sangat menawan ini terubat segala penat duduk lama-lama dalam van.Cantik kan? rumah dia ala-ala kat luar negara gitu.
 Buat yang nak berkhemah ada juga di sewakan khemah di belakang rumah ini yang mengadap betul-betul Gunung Kinabalu.
 Kami semua tidur kat dalam rumah ler.Rombongan lain yang tidur kat dalam khemah.Lepas dapat kunci bilik,masing-masing membersihkan diri dan keluar semula untuk tidak melepaskan peluang bergambar di luar rumah.
 Walaupun hujan renyai-renyai mulai membasahi bumi Kundasang kami masih lagi gigih bergambar di luar.
 Nampak tak macam-macam aksi diaorang ini.
Sementara menanti makan malam dan langit masih cerah selagi itulah kami berada di luar walaupun hujan mulai sedikit-sedikit turun dengan lebatnya.Suhu kat sini pun dah turun ke 18'c.Makan malam kami di sini sahaja sebab tak ada kedai makan pun yang berhampiran.Malam ini hujan turun tanpa henti jadi lepas makan malam kami semua kemas bag untuk mendaki esok dan selepas itu masuk tidur...Kita jumpa esok. 

Saturday, September 7, 2019

Koleksi Buku Sejarah Melayu di Pustaka Empayar Melayu

 Korang pasti tak tahu kan ada satu kedai di Skudai yang menjual pelbagai buku sejarah Melayu lama yang sangat-sangat rare nak dapat.Kedai ini dah lama juga beroperasi di Taman Sri Pulai Perdana 2 dan lokasinya tidak berapa jauh dari rumah RA je.RA dah banyak kali lalu depan kedai ini tapi hari ini baru berkesempatan menyingah masuk ke dalamnya.
 Barulah RA tahu dalam kedai ini menjual pelbagai buku-buku sejarah Melayu lama yang banyak tak dapat di pasaran.Alhamdulillah berkat usaha pemilik kedai iaitu En Sharil pelbagai jenis buku sejarah lama boleh kita beli dan miliki di sini.Ruang dalam kedai ini agak santai seperti sebuah pustaka.
 Contoh buku Rosli Dhoby nie memang dah tak de jual kat mana-mana kedai buku dah. 
 Banyak khazanah buku sejarah yang dapat kita perolehi di sini.Antaranya Kisah sejarah Raja Haji Fisabilillah.Buku Tausug & Kesultanan Sulu ini paling Rare dan susah nak dapat.Kisah bagaimana Penjajah Spanyol menjarah Filipina dan memurtatkan Sultan Melayu Sulu iaitu Sultan pertama dalam sejarah yang murtad.Nak tahu kena lah datang beli dan miliki buku ini. 
 Satu lagi buku sejarah yang ramai kita tidak tahu ialah tentang Sutan Puasa iaitu orang pertama yang membuka Kuala Lumpur bukan Yap Ah Loi yea..Banyak fakta ada dalam buku ini.Satu lagi buku kisah Sultan Tengah,Sultan Sarawak pertama dan terakhir yang di bunuh sebelum keluarga Brooks mengambil alih Sarawak.
Deretan buku-buku sejarah Melayu ada kat sini.Jadi kalau korang jenis yang suka membaca cubalah datang kat kedai ini.
Alamatnya di No 37 Jalan Perdana 3/1, Taman Sri Pulai Perdana 2.Kalau nak datang boleh telefun pemilik kedai ini dulu takut-takut dia tutup.No nya 012 7338955 En Sharil

Wednesday, September 4, 2019

LOSYEN PELBAGAI GUNA- SECRET TERAPHY LOTION

PRODUK KELUARGAN 100% BUMIPUTRA
RAYNIE D'BEAUTY
RA nak share sikit info produk terbaru dalam pasaran sekarang iaitu SECRET THERAPHY LOTION ini yea :
A.LOSYEN PANAS
B.TIDAK MELEKIT
C.BAU WANGI MACAM PERFUME
D.CEPAT MERESAP
E.SELAMAT DAN ADA LABEL DARI KKM : NOT19080345K
 Apa yang bestnya losyen ini dia dapat membakar lemak berlebihan dan kurangkan selulit di badan kita.
 Bukan itu saja , yang siapa-siapa ada kebas-kebas kaki dan tangan , sakit sendi/otot tu sesuai sangar mengunakan SECRET THERAPY LOTION ini.
 Harga pasaran RM 35 Sebotol
Botol bersaiz 100ml
Kos Penghantaran RM5.00 
TAPI JIKA ANDA MEMBELI SECARA TALIAN DI SHOPPEE 
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA.

AGENT & DROPSHIP DI SELURUH NEGARA DI KEHENDAKI DENGAN TAWARAN INSENTIF YANG LUMAYAN.
HUBUNGI RA : 012-7709809 

Saturday, August 31, 2019

Buffet Makan hotel termurah di JB

 Hai geng....Hari ini RA nak kongsi promosi makan-makan termurah hotel di JB.Mungkin korang semua tak perasan masih ada lagi hotel di JB yang menyediakan menu makan tengahari dan makan malam termurah dan sedap di JB.Hotel yang RA maksudkan ialah Hotel V8 di Nusa Bistari ini.Dengan hanya RM15 seorang korang dah boleh makan tengahari di sini.Menu bufetnya walaupun tak banyak tapi pada RA sangat berpatutan dengan harga yang korang bayar.Sekarang nie nak makan kat kedai nasi campur pun paling-paling sepinggan + air dah RM8-10 kan.
 Yang ni harga bufet makan malam diaorang RM22.90 jek.Yang best nya ada Durian Goreng.Durian Goreng dia sedap lah geng.RA yang tak makan durian nie pun terliur makan tau.
 Antara geng-geng mengeteh RA yang datang untuk makan malam di sini.Restoran hotel ini agak kecil jadi korang kena tempah awal takut penuh.
 Menu utama mereka mesti ada ayam , daging dan 2 jenis makanan laut samaada sotong atau kupang beserta dengan ikan.Selebihnya sayur-sayur , manisan , bubur , mee sup dan buah-buahan beserta air kordial.
 Sangat-sangat berbaloi dengan harga yang kita bayar.Kami bergambar di lobi hotel setelah abis menjamu selera.
 Luar hotel pun kami bergambar tau hahaha.(giler bergambo) 
 RA bersama keluarga besar Arwah Haji Abu makan tengahari di sini.
 Makan tengahari ada pilihan nasi beriani dan nasi putih.Kalau nak duduk semua dalam satu meja memang tak muat sebab ruang restoran dalam hotel ini agak terhad.Jadi kami mengambil 4meja kesemuanya.
 Set bufet di hidangkan dari jam 12tengahari.Nak datang pun kena buat tempahan dulu terutamanya hujung minggu. 
RA dah lapar sangat jadi hanya gambar ini je sempat RA rakamkan di lensa kamera.Korang bolehlah cuba datang ke sini harga berpatutan dan tempat makan yang selesa.Masakan mereka pun sedap.

Saturday, August 24, 2019

Menjala di Pasar Borang Pontian

 Haa pagi-pagi seawal jam 3pagi RA dah bangun dan bersiap-siap ke Pontian.Rancangannya mahu ke Pasar Borong Pontian nak tengoklah apa yang boleh di bawa pulang nanti.Untuk makluman pasar borong Pontian nie memang terkenal dengan hasil tangkapkan laut yang di jualnya terus dari laut.
 Kira ikan-ikan kat sini memang segar-segarlah.Bukan saja segar dari laut, harga tangkapan laut kat sini di tawarkan lebih murah dari di luar sana.Haa tapi kena ingat semua kena beli min 1kilo.Diaorang tak main setengah-setengah kilo nie.Ada ikan bawal Ikan parang , sotong , udang , ikan tongkol , Ikan pari , Ikan kerapu (murah beb kat sini) , Ikan Siakap dan macam-macam lagi lah ikan yang RA tak kenal namanya.
RA datang kat sini tak cari ikan pun.RA ke sini cari udang dan sotong je.Yang paling suka Sotong saiz besar RM12 je sekilo...Murah kan kan kan...hehehe
 Udang saiz XXL RM32 je sekilo (masih boleh tawar menawar lagi).Ada macam-macam jenis udang lagi yang boleh kita beli kat sini.Jualan bermula jam 4pagi dan masa ini lah sesi tawar menawar boleh di buat.Kalau ada yang nak beli sayur usah risau , sebab kedai sayur ada di buka bersebelahan pasar ini.Cubalah singgah ke sini selain dapat membeli ikan dengan harga murah anda boleh merasa suasana di awal pagi pasar Pontian.Anda juga boleh singgah solat subuh di Masjid Besar Pontian dan bersarapan pagi ala-ala kampung di warong berhampiran.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....