Tuesday, January 21, 2014
Saturday, January 18, 2014
Sekali lagi di Restoran Salt N Peper
Sekali lagi RA di sini dan kali ini urusan tempahan tempat di aturkan oleh Cik Puan Ozzie a.k.a Azie Hamidon.Tu dia nama atas meja yang telah di tempah siang tadi.
Ke sini atas promosi Groupon Malaysia yang berharga RM29 seorang.Janjinya jam 1petang tapi masuk dah mula makan jam 130petang.Macam yang selalu lah kan.hehe

Meja tempahan kami 2 sahaja kali ini,sebab ramai yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari tu.
RA baru balik dari Singapura semalam dan dapatlah sambar satu pek coklat buatan Turki yang di eksport masuk ke Singapura.Nama coklat ini Truffle.Kalau beli kat Singapura S$11 dapat dua pek.Kalau Beli kat KLIA harganya RM35 satu pek.Memang murah lah kan.Tapi RA dapat percuma je semalam hehe.
Tak banyak yang dapat RA komen pasal makanan kat sini sebab menu-menunya biasa sahaja macam menu kat restoran biasa.Tidak menarik langsung perhatian RA tadi.Antara Menu yang di sediakan
NASI GORENG BIASA - kosong cuna nasi yang di goreng dengan telur
MEE HOON GORENG BIASA
DAGING MASAK KARI
KUPANG MASAK LEMAK
SAMOSA / KARIPAP SARDIN
STEAMBOAT YANG TAK BANYAK PILIHAN (7Pilihan utama)
MEE KARI
JEMPUT - JEMPUT / GORENG PISANG
ANEKA KEK SPANGE + RED VELVAT
AIR SIRAP YANG TAWAR MACAM AIR SUAM
AIR CORDIAL JAGUNG
TEH + KOPI
POPCORN
BUBUR JAGUNG
Ini je lah antara menu utama kat sini.Nak ambik gambar letak dalam blog RA pun tak bersemangat lah.Makan kat hotel macam makan kat Restoran biasa jek.Apapun RA gembira dapat jumpa semua rakan-rakan.
Wednesday, January 8, 2014
Promosi Merah kembali di Kenny Rogers
Promosi R.E.D kembali lagi hari ini!!!!!
Kali terakhir promosi macam ini ada ialah pada Januari tahun lepas.Jadi inilah aktiviti makan-makan pertama RA untuk pembukaan tahun ini.Bertempat di Kenny Rogers Galleria @ Kotaraya Johor Bahru seramai 20orang geng mengeteh RA datang menyerbu di sini.Pakai baju merah,beli satu dapat 1 percuma!!!
Inilah dia menu utama kat sini.Pilihan sama ada nak Original @ Black Paper
Dan inilah dia suasana sunyi restoran sebelum RA dan rakan-rakan datang bertandang.Restoran tak pasang radio atau muzik langsung.Sepi sesepi-sepinya.Nanti kalau pihak pengurusan restoran ini baca blog RA boleh lah pertimbangkan letak bunyi-bunyian sikit kat restoran awak yea.Sepi tau.
Kalau nak tahu perbezaannya,inilah dia original (kiri) dengan black paper (kanan)
Sorang dapat satu muffin,yang makaroni dengan nasi tu kira lain yea...hehehe
Jam 745malam semua dah tertampilkan (wah ayat) diri di Galleria@Kotaraya.Nasib baiklah RA pilih makan kat sini.Orang tak ramai,siap boleh tempah meja lagi.Kalau makan kat Jusco Bukit Indah atau kat Plaza Angsana mesti kena beratur tunggu giliran orang abis makan sebab meja dan kerusi dah penuh.
Macam kat sini datang terus duduk dan pilih menu selang 15minit makanan pun sampai.menjanjikan betul.Macam biasalah kan hari ini hari bekerja jadi ramai yang terlewat sikit sampai sebab nak amik anak-anak kat sekolah dulu.Tu bagi yang berkeluarga la,yang peliknya orang yang tak berkeluarga macam si Mai nie apa hal lak dia lambat sampai yea.
Wah Kak Rovita dan Nik gembira nampak dapat hadiah ulang tahun.Muka pun nampak berseri-seri macam baru balik dari London 5hareeyy...
Nie baru betul gambar amik dari hadapan nampak tak lah gemuk sangat kan kan kan..Baju merah RA tu jelah yang ada.Baju lama pulak tu dah hapir tak muat pakai tau.
Haa seronoklah budak-budak ini dapat jumpa kawan-kawan lama dia.Nie kalau masuk sekolah darjah satu harus pening pala cikgu Rovita yea.

Dengar-dengar masa makan tadi ada cadangan nak buat kalender sendiri...entah jadi ke tidak,nak buat kalender kena minimum 50-100 kot.kalau takau 10-20kalender boleh ke?.Apa pun jam 930malam RA dan yang lain-lain terpaksa berangkat pulang sebab esok anak-anak dan dewasa nak pergi sekolah/kerja.
Selamat malam semua yea...Oh yeah lupa nak cakap harga sepinggan promosi ini adalah RM18.50.beli satu dapat satu percuma.Kira dalam RM9.25 seorang lah cam tu.
Saturday, January 4, 2014
BLB : Masjid Sultan & Marina Barrage
B.L.B : Bila Lensa Beraksi
Masjid Sultan Singapura & Marina Barrage
Wah inilah ruangan segmen terbaru blog RA tahun ini.Ruangan Bila Lensa beraksi ini akan mengambil apa sahaja gambar yang di fikirkan menarik untuk di kongsi di blog RA.Jadi inilah hasil dari lensa kamera RA sewaktu ke Masjid Sultan Singapura siang tadi.
Ini pula pemandangan waktu siang di Marina Barrage.Masa nie hujan baru je berhenti jadi angin kurang sikit bertiup kencang.
Tengok jelah layang-layang pun tak bermaya nak terbang
Kat bawah padang rumput ini terletaknya pam kunci air empangan bagi mengawal air laut dari melimpahi sungai dan saliran di Singapura.Itu saja buat kali ini yeaa.
Wednesday, January 1, 2014
Berkepak di Marina Barage
Seperti tahun-tahun yang sudah,1Januari adalah hari bekerja bagi Negeri Johor.Memandangkan hari ini tak terlalu sibuk,RA ikut pelawaan kawan RA masuk ke Singapura mengambil kakaknya di Lapangan Terbang Changi.Masuk seawal jam 630petang , jadi masa yang ada tu kami ke Marina Barage.Sebelum ke sana singgah beli Murtabak Singapura di Arab Street dan bawak makan di sini
Indah tak pemandangan dari tingkat atas Marina Barage nie? Dari sini kita dapat lihat seluruh kotaraya Singapura sambil menikmati makanan dengan tiupkan angin laut sepoi-sepoi.
Sambil-sambil tu dapatlah RA mencuba pakai kamera yang baru sahaja RA beli ini.Memang berpuas hati dan suka dengan kamera baru RA nie.Kecil,comel dan hasil gambar yang memuaskan
Dan ini lagi buat tatapan semua
Ini pulak dari aras bawah Marina Barage.Pancutan air dengan lampu berwarna warni di tengah-tengah mencantikkan lagi pemandangan di sini.
Memang santai kalau nak lepak di sini malam-malam.Bawak makanan dari rumah lepas tu bentang tikar kat rumput sambil menikmati memandangan indah.
Nah berkepak sikit.

Lama jugaklah RA kat sini dekat-dekat 2jam jugaklah
Jam 930malam dah bergerak ke Lapangan Terbang Changi untuk mengambil kakak kawan RA nie.Sempat jugaklah tangkap 3-4keping gambar buat tatapan.Cantik kan terminal diaorang?
Pakej Terbaru Johor Bahru & Singapura
Tempat tempat lawatan seperti di bawah
Boleh lah tengok-tengok harga terbaru yang RA poskan ini...Kalau berminat boleh telefon/Whatapps RA
Pemandangan dari SkyDeck Marina bay Sand yang RA amik bulan Desember 2012 yang lepas
Nikmati keriangan di Legoland & WaterPark (terbaru)
Pemandangan dari Marina Barage yang mengagumkan
Garden By The Bay
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023
Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....
-
Tahun 80an adalah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan.Aku membesar dari keluarga yang sederhana.Bapak aku ketika itu kerja sebagai bur...
-
YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA ...


























