
Saturday, December 19, 2020
Antara Bukit Payong dan Kopi Kluang

Friday, December 18, 2020
Bercuti di Sedili dan Kota Tinggi Johor
Tak jauh dari jambatan dan pusat peternakan Belangkas ni terdapat sebuah resort ala kampung.Namanya Sedili Inn Resort.Resort ini baru je beroperasi seminggu setelah di tutup dek Perintah kawalan pergerakan.Ada harga promosi untuk Chalet iaitu RM127 semalam.
Inilah dia chaletnya.Kat dalam tu ada 1katil double dan 1 katil single.Bilik air semua ada kat dalam.Ada 5Chelet kat sini,satu darinya tengah di baiki dan cuma tinggal 2chalet yang masih kosong.
Setelah meletakkan bag kami di bilik , kami ke tepi pantai untuk berkelah.Makanan sebenarnya dah bawak dari Johor Bahru lagi.RA ada masak Mee Goreng dan beli beberapa Nasi Lemak untuk di makan.P/S : Abaikan perut boroi itu yea...kesilapan gambar sahaja.hehehe
Di sebabkan resort kami terletak di hadapan pantai dan agak persendirian sedikit jadi tiada rondaan kereta polis di sini.Cuma dah petang air masih surut dan baru nak pasang tidak sesuai untuk mandi manda.Jam 620petang hujan pun turun dengan lebat jadi tak dapatlah kami nak lepak lama-lama di tepi pantai dan terus pulang ke Chalet.Malam pulak Abang Mad dah tersedia dengan dapur mininya untuk memasak meggi dan air kopi.Kami semua menikmati kopi di malam yang dingin.Ada juga kami ke pantai malam-malam bila hujan mulai reda tetapi tak sampai setengah jam hujan kembali turun dan kami pulang ke bilik dan terus tidur.
Alhamdulillah pagi esoknya cuaca agak elok dan selepas bersarapan pagi RA menikmati keindahan pantai Sedili yang agak tenang.
Jauh dari kesibukkan manusia dan tak seperti di pantai-pantai lainnya iaitu Desaru,Batu Layar,Tj Balau dan yang seangkatan dengannya.
Yelah Sedili ini cuma penempatan kampung dan pekan kecil je.Tak ada resort-resort berstatus 4-5bintang.Tapi RA dengar tempat ini akan di bangunkan dan akan di jadikan salah satu tarikkan pelancong.
Cuba lihat pantainya landai dan jika cuaca pagi cerah anda pasti dapat bergambar dengan bayang anda seperti di cermin.
Nampak tak teknik gambar ini hehehe.Pagi ini juga kami dapati pekerja resort tengah sibuk menebas rumput yang panjang dek tanpa jagaan semasa resort ini di tutup gara-gara PKPD.Kami berasa hampa sekali lagi kerana jam 10.30pagi hujan mula turun kembali dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan tengahari terus ke Kota Tinggi sahaja.
Alhamdulillah,setelah makan tengahari kami dapat merasa airkrim gula Apong pulak di kedai bersebelahan.Bila perut dah kenyang kami ke Kota dan makam Laksamana Bentan iaitu Megat Seri Rama yang terletak di tepi Sungai Johor tak jauh dari bandar Kota Tinggi.
Korang tahukan cerita Sultan Mahmood Mangkat di Julang? Baginda di bunuh oleh Laksamananya sendiri kerana ingin menuntut bela di atas kematian isteri dan anaknya yang di bunuh oleh Sultan kerana memakan buah Nangka milik baginda.Sultan di tikam semasa di julang dalam perjalanan ke Masjid untuk bersolat Jumaat.
Saturday, December 5, 2020
Berhiking di Tasik Biru Kulai
Ok semua, pada cerita yang lepas RA ada bawa korang ke Tasik Hitam a.k.a Biru di Kulai kan.Hari ini RA ke sini lagi tetapi mengambil pemandangan dari atas puncak pulak.
Tasik ini adalah tasik peninggalan yang ditinggalkan oleh pelombong kuari setelah hasilnya di korek.Di jadikan kisah mereka melarang orang luar masuk ke sini.Jangan tanya RA macamana RA boleh ke atas puncak ini sebab RA mempunyai banyak laluan alternative basikal untuk ke sini tanpa melalui kawasan larangan mereka itu.
Kat atas puncak ini RA boleh nampak beberapa ladang kelapa sawit dan pekan Kulai 
Pemandangan dari atas sini sangat indah dan di sebabkan itu jugalah ramai yang beria-ia nak naik di sini.
Thursday, December 3, 2020
Tuesday, November 17, 2020
Logo blogspot RA yang terbaru
Logo ini ada susuk beruang iaitu ikon yang paling RA minat.
Untuk logo kedua ini banyak mengunakan abjad.Oh yea RA juga letakkan tahun blogspot RA ini di tubuhkan
Sama seperi yang di atas.Logo ke 3 juga mengunakan abjad,tapi lebih ringkas tetapi elegennya masih di terapkan.
Logo dari tangatangan ini RA gunakan di mana-mana platform digital RA.
Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023
Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....
-
Tahun 80an adalah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan.Aku membesar dari keluarga yang sederhana.Bapak aku ketika itu kerja sebagai bur...
-
YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA ...

































