Tuesday, November 26, 2019

Antara Milan dan Venice

 Selamat Pagi...hari nie kami semua nak ke Tasik Como yang bersempadan dengan Switzerland.Kami ketinggalan keretapi jam 8pagi jadi terpaksalah tunggu keretapi jam 910pagi hehe.Perjalanan dari Stesen Milano Centrale ke stesen Tasik Como mengambil masa cuma 40minit sahaja , sempatlah nak makan roti dalam keretapi yang RA beli masa kat stesen tadi.Alhamdulillah selamat tiba di Tasik Como jam 10pagi.(lewat 10minit dari yang di jadualkan).
 Memandangkan kami tidak punya banyak masa di Tasik Como.(hanya 1jam30minit di peruntukkan untuk bergambar di sini hehe).Sebab keretapi pulang ke Milan jam 1135pagi dan jika kami terlepas kami kena tunggu keretapi jam 130petang.Alamatnya kami akan terlepas keretapi kami  untuk ke Venice jam 2 petang nanti hehe.
Masa yang ada di gunakan sebaikkan oleh RA dan keluarga En Sori bergambar di Tasik Como ini.Memandangkan kami sampai di Italy ini pada akhir musim luruh , pemandangan pokok-pokok kat sini yang menguning memang menjanjikan hehehe.
Ala-ala perasan hero macam dalam filem Korea Autum in My Heart lah konon RA nie.
Pemandangan musim luruh masih boleh di rasai kat sini.Memang banyak daun-daun yang luruh kelihatan di merata kawasan di sini.
Ini salah satu rumah kediaman penduduk yang agak unik.Rumah orang "have-have" katanya.
 Kami redah sehingga sampai ke Tasik Como.Dan bila sampai kat sini pemandangan memang memukau dan menjanjikan.Kalau lah ada banyak masa mau je RA dan yang lain-lain menaiki bot menyusuri tasik Como.
 Kat sini memang tempat bergambar.Taman dia penuh dengan pokok-pokok yang luruh.Haa boleh lah main sembunyi-sembunyi macam Puan suri dan En Sori tu haha.
 RA pun nak jugak...
 Berbaloi kalau ke sini.Perjalanan pun takdelah jauh mana dari Milan.
 Memandangkan kami cuma ada masa sejam  setengah sahaja untuk bergambar dan bersiaran di sini jadi jam 1115pagi kami dah mula bergerak semula ke stesen keretapi.Tepat jam 1135pagi kami bertolak pulang ke Milan dan Alhamdulillah jam 1215 tengahari kami tiba di Milan.Selepas pulang ke apartmen untuk mengambil baggasi kami , kami menanti keretapi di stesen yang sama untuk ke Venice yang bertolak jam 230petang.Sempat lah kami makan tengahari di restoran kat stesen ini  sebelum berlepas.
 Perjalanan keretapi petang ke Venice mengambil masa 3jam 20minit.Sebenarnya keretapi petang nie tidak ramai sangat penumpang dan banyak tempat kosong yang boleh kami duduk.Bila lagi 2 stesen nak sampai ke Venice gerabak kami kosong sebab ramai yang dah keluar.hehe.Kira macam kami sewa satu gerabak la jawapnya...hehehe
Tiba di stesen Venice kami terus ke Hotel IL Moro II yang telah di tempah.Ada 3bilik kesemuanya dan hotel kami cuma bersebelahan dengan kedai pizza halal ini heee....
 Pizza kat sini sedap dan besar wey...harga pun mampu milik lah.Lepas je solat jamak di bilik hotel dan mandi RA turun dan pergi ke kedai sebelah untuk makan malam.
Nie lah pizza mageratta yang berharga 5euro.(RM23).Boleh makan untuk 2orang.
Selain tu ada jugak roti-roti yang diaorang jual kat sini.Gambar roti kat bawah tu dari kedai satu lagi.Memandangkan waktu malam di Venice awal , jam 5petang dah mulai gelap.Mulanya ingat lepas makan nak jalan-jalan tapi bila tengok jam dah pukul 7malam dan banyak kedai yang dah tutup kami hanya mampu jalan separuh sahaja kemudian pulang ke hotel untuk tidur hehe.
Jadi jumpa esok untuk perjalanan seterusnya.

Sunday, November 24, 2019

EROPAH AKU DATANG

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba maka hari ini bertolak lah RA dengan satu kelaurga dari Putrajaya menjelajahi Eropah selama 11Hari.Keluarga besar En Sori yang seramai 5dewasa+3kanak-kanak sebelum ini pernah mengikuti lawatan RA ke Switzerland kira-kira 2tahun yang lepas.Kami menaiki penerbangan Oman Air dari Kuala Lumpur ke Milan melalui Muscat.
Lawatan kali ini ke 5buah negara dan 8bandar  di Eropah dan timur tengah.Perjalanan ke Milan -Lake Como - Venice - Zagreb - Budapest - Santorini - Athens dan akhir sekali ke Muscat.Sebab apa Muscat? sebab kami menaiki Oman Air dan penerbangan kami berhenti untuk penukaran di Lapangan Terbang Muscat yang baru di ubahsuai.
Besar dan cantik lapangan terbang ini dan ada juga di kalangan penumpang yang menyambung penerbangan ke Mekah untuk mengerjakan umrah.Alhamdulillah penerbangan kami tiba dengan selamatnya di Milan ke esokkan paginya.Satu je nak citer skrin tv di tempat duduk RA rosak sepanjang perjalanan dari KL-Muscat-Milan.Jadi sepanjang perjalanan tu RA tidur jelah...menyampah betul dan memang tak bernasib baik.
RA mengambil tempat penginapan berkonsepkan apartmen 3bilik di Milan.Lokasi memang strategik bersebelahan dengan stesen keretapi utama iaitu Milano Centrale.(600 meter sahaja).Jadi sebaik tiba di apartmen jam 11pagi , Puan Suri (isteri En Sori) pun masak nasi lemak dan nasi goreng dari pek bungkusan Brahim yang di bawa dari Malaysia untuk anak-anaknya.Haha masing-masing dah kelaparan sebab dah lewat bersarapan.Jam 2Petang kami memulakan lawatan ke stesen Duomo yang terletaknya salah satu pusat membeli belah terkemuka dunia iaitu Galleria Vittorio Emanuele II.
Keretapi bawah tanah adalah pengangkutan paling efektif untuk ke sana dan setelah melalui 2 stesen kami tiba di stesen Duomo. 
Ada budak nampak donat di situ.haha.Maklumlah suhu sejuk di Milan memang boleh buat kami semua cepat lapar.Donat kat sini ada macam-macam perisa yang diaorang buat.Harga dalam 2-3euro sekeping.
RA pun nak juga bergambar kat sini.Gambar kanan tu pintu masuk ke gedung membeli belah Galleria Vittorio Emanuele II.
Haa nie kat dalam bangunannya yang begitu klasik dan mewah.Jenama LV,Gucci,Prada,Coach,Armani dan banyak lagilah ada kat sini.Harga memang mampu lihat je lah.
Cantik jaket dan bag Prada kat sini.Belum mampu nak beli.hehe.
Sempat RA bergambar di ruang dalam galleria ini.
Ke Milan kalau tak cuba aiskrem Gelato ini memang rugi.Terletak bersebelahan pintu masuk bahagian belakang Galleria ini Aiskrem Gelato ni di jual dengan harga $4euro dan rasanya cukup menjanjikan,memang sedap.
Hampir 3jam berjalan kami pulang ke apartment untuk beristirehat.Anak-anak masih lagi jetleg dan letih selepas 10jam penerbangan malam tadi.
Ini pemandangan di luar stesen keretapi Milano centrale yang sempat RA rakamkan sebelum pulang untuk beristirehat.
Hakikatnya setelah pulang ke apartmen,sejam kemudian RA keluar ke stesen Milano Centrale untuk ke Butik Zara membeli pewangi badan yang selalunya lebih murah berbanding di Malaysia.50ML botol pewangi di sini di jual dengan harga cukup murah iaitu RM40-RM50 sebotol.Kasut-kasut di sini juga lebih murah dari Di Malaysia.Oklah kita sambung balik cerita lawatan esok yea...Dah lewat RA nak masuk tidur.Jadi tunggu esok....

Sunday, November 3, 2019

Pot Lepak Bandaraya Johor Bahru

  Hai geng....Hari ini kan cuti khas sempena kemenangan JDT melawan Kedah dalam Piala Malaysia.Jadi Balik dari nonton bola di kedai mamak RA dah rancang dengan geng mengeteh untuk lepak-lepak di Bandaraya Johor Bahru.Selalunya kami ke sini waktu malam bila ada pasar karat.Tapi waktu siangnya juga tak kurang hebat tau.Ada pelbagai kafe-kafe hipster dan klasik tau.
 Yok kita menyelusori Jalan Tan Hock Nee dulu.Bila jalan kat sini macam berada di Jonker Street tau.Ada pelbagai kafe-kafe hipster dan tak kurang juga yang klasik.
 Ini kafe dan galeri seni yang di jadikan satu.Boleh lepak-lepak makan dan pada masa yang sama boleh membeli barangan seni di sini.
Bukan itu sahaja kafe ini juga boleh di tempah bagi mereka yang mahu membuat bengkel-bengkel pelancaran produk atau seminar.
Haa kat dalam ini pulak kedai kopi.Ada juga makanan-makan ringan di jual tapi belum tentu halal sebab tiada pensijilan halal lagi.Papan tanda kedainya cantikkan ? sebab tu lah Cik Kiah-Cik Kiah nie nak bergambar kat situ.
 Memang di sepanjang Jalan Tan Hock Nee nie banyak kedai makan.Selain itu ada juga sebuah Muziam Warisan Masyarakat Cina Hainan dan kedai gunting rambut hipster yea kt sini.
 Kami makan tengahari di salah sebuah kafe klasik yang dah lama beroperasi sejak RA masih kecik lagi.Kat kedai ini Chicken Chop dia memang terkenal sedap dan murah.
Kafe IT Roo terletak di Jalan Dhobi bersebelahan dengan Jalan Tan Hock Nee.Tapi makanan yang RA dan geng-geng mengeteh makan hari ini biasa-biasa je,Mee Goreng Mamak , Nasi Goreng , Mee Hoon Sup , Mee Hon Tomyam dan Chicken Wing.
 Dah makan kita sambung balik jalan-jalan.Singgah bergambar di jendela klasik nie.Idea nie datang dari Ozie Azimah.
 Jadi kita pun cuba ler dan ternyata hasilnya memang menjanjikan.hehe 
 tu dia 4orang anak dara kami yang semakin meningkat naik.yang sorang tu nak amik STPM (Kiri) dan sorang lagi nak amik SPM (Kanan) yang dua tengah tu lambat sikit nak SPM.hahaha.
 Dari Jalan Hock Nee terus ke Jalan Segget.Amik aura sungai katanya walaupunnnnn.
 Bila dah dapat pot menarik untuk bergambar jadi kita lancarkan la kamera lensa di telefun bimbit masing-masing. 
Termasuklah sorang ini nak jugak hehehe
Terus kan jalan sampai ke depan panggung wayang Broadway lama sekarang milik syarikat wayang Lotus Five Star.
Terjumpa pulak hero filem Tamil kat sini..hehehe.Sama kan......Oklah kat sini semua di tayangkan filem-filem tamil jek.Kalau korang peminat filem Kolywood boleh la singgah nonton.
Antara panggung wayang paling lama bertapak di Johor Bahru.Yang lain dah abis gulung tikar dek pembangunan.Kalau tak silap masa kecik-kecik RA pernah tengok citer Batman lakonan Micheal Keaton di sini.Nostalgia tul panggung nie.
 Dari panggung Broadway kami ke Komplek membeli belah Galleria Kotaraya melalui Jalan Little India.Terletak sebuah kuil hindu yang terkenal dengan nama kuil kaca.Kami tak masuk pun sebab takde keperluan pun tapi di ceritakan binaan dalam kuil ini sangat cantik sebab di buat daripada kaca.Korang nak tengok gambar-gambar dalam kuil tu korang leh la google dengan taip KUIL KACA JOHOR BAHRU.
 Selepas selesai solat Zohor di Masjid Kotaraya kami ke tingkat 5 untuk bergambar berlatar belakangkan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan
 Haa bangunan inilah mercu tanda Johor Bahru.Kalau datang Johor Bahru tak bergambar kat sini maka tak lengkaplah perjalanan anda.Bangunan ini di bina dari tahun 1936 hingga 1939 dan siap pada tahun 1940.
 Bangunan ini merupakan bekas bangunan urus setia negeri Johor.Ia juga merupakan bangunan tertinggi di Johor Bahru sebelum merdeka.Pejabat-pejabat urusetia sekarang banyak di pindahkan ke Kota Iskandar dan ada ura-ura untuk menjadikan bangunan ini muzium.Dulu pejabat menteri besar dan Dewan Undangan Negeri Johor kat sini lah sebelum di pindahkan ke Kota Iskandar.
Geng Cik Kuntum pun nak jugak bergambar kat sini.Tak pernah naik atas nie untuk bergambar katanya. 
 Hari ini cuti umum , jadi ruang letak kereta kat sini banyak yang kosong.Boleh la kami berfoya-foya posing macam nak rak kat sini.
Dah penat berjalan kami ke Warong Gorang Pisang Mawar untuk minum petang.Warong nie memang terkenal dengan goreng pisang dan menu-menu lainnya seperti Mee Hoon Goreng , Mee Goreng daun pisang,Tahu sumbat , Kueh mueh , Laksa Johor dan macam-macam lagi lah.Salah satu pot minum petang yang wajid kena singgah di Johor Bahru.Lokasi? ala korang leh cari kat google map taip je GORENG PISANG MAWAR nanti jumpa lah tu.Kat belakang Dataran Bandaraya Jb sebelah Hotel Thistle jek hehehe.Oklah RA nak balik hari dah nak senja...esok nak kerja.Jumpa lagi di keluaran lain.

Wednesday, October 16, 2019

Kanak-Kanak dan Masjid

Hari ini RA nak buat mengupas mengenai isu kanak-kanak yang membuat bising di masjid. Terdengar bicara dan pengalaman seorang Ustaz ketika beliau berada di salah sebuah masjid di negara Arab.Kat masjid itu tertulis :

"Kanak-kanak memang nalurinya bermain dan membuat bising , janganlah engkau membentak atau marah mereka,sebaliknya engkau didik dan ajarilah mereka, kerana satu hari nanti engkau pasti akan memerlukan mereka untuk mengantikanmu di sini".


Terkasima RA bila terdengar kata-kata ustaz ini.Kebanyakkan jemaah-jemaah masjid sekarang pusing dengan kerenah anak-anak yang datang ke masjid dan membuat bising kan?.Bagi RA, RA sependapat dengan apa yang di ceritakan oleh ustaz ini.Masyarakat kita sekarang cepat sungguh menghukum bila nampak budak-budak buat bising kat masjid.Ada antara mereka di marah dan ada yang di bentak dengan menghalau kanak-kanak ini untuk keluar atau pulang ke rumah masing-masing.Tahu kah anda kesannya pada mentaliti mereka kelak? Saat anda menghalau , memarahi , membentak mereka itu saat itulah mereka akan menjauhi masjid.
Ada sesetengah masjid RA tengok mengasingkan tempat solat kanak-kanak jauh ke belakang.Ada yang kata kanak-kanak yang belum berkhatan tak boleh solat bersama-sama dengan orang dewasa.Katanya masih menanggung najis.
Tapi tahu kah kita bahawa memyentuh atau bersolat bersama kanak-kanak yang belum baligh ini tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan solat? Tahukan anda bahawa Rasullullah S.A.W menggendong Husian/Hasan ketika bersolat , serta mereka naik di atas tengkok baginda.
Mungkin ada yang mengatakan di zaman Rasullullah S.A.W. kanak-kanak sudah di khatankan sejak bayi lagi.Jadi kita lihat pula pada hukum istinjak menggunakan batu,kesannya tentu tidak habis dan ianya dikira sebagai najis yang di maafkan.Soalnya sekarang , apakah ia lebih suci daripada kulup?sedangkan tiada nas/hujah yang mengatakan orang yang beristinjak dengan batu mesti duduk si saf yang berlainan.Maka logiknya budak yang belum bersunat jika berada di dalam satu saf , ia tidak membatalkan sembahyang seseorang.Cuma sebaiknya saf yang di depan di penuhkan dulu dengan orang dewasa dan jika ada kekosongan kenapa tidak di ajak kanak-kanak yang di belakang itu bersama anda?
Alhamdullillah jika semua surau/masjid begini.

Ada beberapa cadangan yang RA rasa boleh di fikirkan dan di di baik pulih masjid tentang pengurusan kanak-kanak yang datang ke Masjid.Antaranya :
1.Lantik seorang ahli jawatan kuasa masjid untuk mengurus dan mengawal selia kanak-kanak ini.
2.Jika ada masa yang terluang , AJK ini ajar kanak-kanak melaungkan azan dengan betul.Bila rasa mereka dah boleh buat beri mereka peluang azan di masjid mengikut giliran masing-masing.
3.Panggil mereka duduk sama mendengar ceramah-ceramah agama yang di anjurkan di masjid.
4.Mungkin juga iman/bilal atau ustaz-ustaz boleh mengadakan ceramah khusus pada kanak-kanak sahaja.Seperti yang kita tahu kanak-kanak ini suka dengar orang bercerita.Jadi tukar ceramah kepada sesi bercerita tentang kisah-kisah nabi dan sahabat-sahabat Rasullullah S.A.W.
5.Seminggu sekali masa cuti mungkin boleh aturkan acara sukan seperti badminton, berjogging , cuci tandas masjid atau mungkin mengajar mereka cara sembelihan ayam.Apa saja acara boleh di buat bagi menarik minat mereka dan tentunya di adakan di perkarangan masjid.
6.Mungkin AJK boleh menasihatkan atau mendidik mereka untuk menyusun kasut,selipar di luar masjid.
SEMUA INI CUMA CADANGAN SAHAJA.MUNGKIN ANDA BOLEH MEMIKIRKAN APA YANG PATUT ANDA BUAT BAGI MENGALAKKAN KANAK-KANAK INI TERUS DATANG KE MASJID SETERUSNYA MENJADI PELAPIS KITA SELEPAS KITA TIADA.KANAK-KANAK YANG DATANG KE MASJID INI HANYALAH NAKAL , JADI KITA LAH SEBAGAI ORANG DEWASA YANG BERTANGGUNGJAWAB MENDIDIK MEREKA MENCINTAI MASJID BUKAN MELARANG MEREKA HADIR.
Kita mungkin sukar untuk mengajak orang dewasa yang jarang datang ke masjid untuk selalu hadir tapi kita boleh mendidik generasi kecil agar nanti bila dewasa mereka akan menjadi pelapis kita.Ingatlah sekali kita akan membentak-memarahi-melarang mereka di masjid mereka pasti akan menjauhi masjid dan akhirnya selepas kita tiada , masjid-masjid kita pasti tiada pelapisnya.
Ini hanya sekadar pandangan RA , jika ada yang terguris RA mintak maaf banyak-banyak....
Tapi kita boleh ambil pandangan ini dari sudut positif....Kita boleh mengubahnya.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....