Haa ini tempat viral terbaru yang sangat popular sekarang di Johor Bahru.Kami panggil ia dengan nama Bukit Batu Gajah.Ada orang panggil dia dengan nama Batu Ombak.Untuk ke sini korang kena masuk ke Felda Ulu Tebrau.(kira-kira 20km dari sepang keluar Tol Plus Kempas).Ini adalah laluan baru,sebab laluan lama telah di tutup.Masuk ke Felda Ulu Tebrau korang cari Petron Station.Nanti ada papan tanda untuk ke tempat ini.
RA dengar penduduk felda telah mengenakan cas letak kereta sebanyak RM6 sebuah.Biasalah tempat dah viral , boleh buat duit woo...(tapi gambar-gambar yang ini RA ambil ikut laluan lama).Dari jauh boleh nampak batu kepala gajah nie.Tempat ni jadi viral setelah pihak felda mula membuat penanaman semula kepala sawit dan menebang pokok-pokok sawit yang sudah tua.
Pemandangan pagi dan petang kat sini sangatlah awsome.Persis berada di luar negara pulak.
Bukit-bukit kat belakang tu nampak seperti berada di Cameron Highland.Tu belum lagi kalau kabus pagi tutup kawasan nie.Rasa seperti berada di puncak gunung.Tapi hakikatnya hanya di ladang kelapa sawit.
Bolehlah bergambar seberapa banyak yang korang suka,tapi harus di ingat jam 10pagi suhu kat sini dah semakin panas yea.Kalau korang sangup berpanas silakan lebih lama di sini.
Gambar ini RA ambil pada jam 730pagi.
RA dah 4kali ke sini tetapi sejak lokasi pintu masuk di pindahkan dari Taman Impian Jaya ke Felda Ulu Tebrau , RA belum berkesempatan lagi menyinggah.Dengar cerita pengunjung kena berjalan kaki sekitar 2-3km dari tempat letak kereta untuk ke sini berbanding dulu cuma 1km sahaja.
Boleh tahan ramai juga yang datang waktu pagi untuk melihat mahatari terbit.Mereka selalu datang seawal jam 630pagi lagi.
Sesekali bergaya dengan aksi seorang penghulu kampung hahaha.
Ini beberapa gambar yang dapat RA rakamkan waktu matahari terbit.
Bergambar disini pasti tidak akan menghampakan sebab pemandangannya sangat indah.
Jadi jangan terlepas peluang untuk kesini.Jika lambat pemandangan seperti ini tidak akan dapat anda lihat lagi setelah semua pokok-pokok sawit mula membangun tinggi.