Friday, July 24, 2020

Teluk Ramunia,Sungai Rengit & Teluk Sengat

Memandangkan hari ini RA dan rakan RA Abang Mad dan keluarga bercuti jadi bagi menghilangkan kebosanan kami mengambil keputusan untuk pergi bercuti dekat-dekat je di Teluk Ramunia.Asalnya nak bermalam di Desaru tapi memandangkan kami dah selalu ke sana jadi kali nie nak tukar selera ke Teluk Ramunia pulak.Sekarang nak ke Desaru tidak lah jauh lagi sebab di hubungkan dengan lebuhraya SDE (SENAI-DESARU EXPRESSWAY) dan mesti akan bertemu dengan jambatan berkembar A ini.
Penginapan pulak kami tak tempah awal.Jenis main datang dan serbu je.Adalah dua tiga resort yang kami jengah dan lihat sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk bermalam di Lotus Seaview Resort Teluk Ramunia.Untuk pengetahuan korang , Teluk Ramunia terletak sekitar 20km saja dari Pantai Desaru dan ianya paling hampir dengan Sungai Rengit dan Pengerang.Setelah membuat tempahan bilik di Lotus SeaView Resort, (kami tiba jam 11pagi-jadi kunci hanya boleh dapat jam 2petang) , RA bersolat Jumaat dahulu di Masjid berdekatan.Selepas solat barulah kami semua jalan-jalan ke Pekan Sungai Rengit.Haa pulau yang korang nampak kat depan tu namanya Pulau Cik Kamat.Sejemput je dia timbul.
Dari sana kami ikut laluan kampung terus ke komplek LKIM Pengerang.Kat sini ada jeti nelayan,jadi apa lagi berhenti untuk sesi bergambar lah kami.
  Kalau korang nak tahu kat belakang RA tu adalah Tanjung Penyusop.Kat atas tu ada kem tentara yang mengawal pantai kita.Kat sini korang boleh nampak Pulau Bintan Indonesia dengan jelas sebab jaraknya cuma 35km sahaja.Sebab itulah tempat ini menjadi sasaran pendatang tanpa izin untuk keluar masuk dan kem tentera di tempatkan bagi mengawal kemasukkan tanpa izin mereka.
Ada jeti nelayan kampung juga di sini sebab ada muara sungai yang di hubungkan terus ke laut.
 Apa lagi bergambar kat sini juga lah.
Di belakang pencawang inilah kem tentera ditempatkan.
Nampak tak langit mendung di sebelah sana.Nie kalau cerah memang nampak sayup-sayup Pulau Bintan Indonesia.
Terdapat juga beberapa pulau-pulau kecil yang berhampiran.
Jam 4petang pihak hotel dah mula telefun kami tanya bila nak amik kunci.hahaha.Diaorang takut kami batalkan tempahan kot hehe.Jadi segera kami ke resort dan mengambil kunci bilik hotel.RA amik bilik yang berada di tingkat 2.Jadi kami dapat menandangan yang tinggi la sikit.Kalau amik bilik yang mengadap laut kena tambah RM40 lagi.Kat sini pun dah cantik.
Masuk je bilik hujan pun turun.Setelah berehat, solat dan hujan reda baru lah RA turun ke pantai untuk menikmati keindahan Pantai Teluk Ramunia.Masa nie Air mula nak pasang.Kononnya nak tengok matahari terbenam tapi rupanya matahari terbenam di belakang pantai.Dengan keadaan cuaca yang mendung dan waktu pun makin senja RA mengambil keputusan untuk pulang ke bilik.Wah Abang Mad letih betul dia tidur kat bilik.Lepas Isyak barulah kami keluar ke Pekan Sg.Rengit untuk makan malam.Malam ala kadar je pun.Pulang dari makan malam kami lepak kat tepi resort sambil mengambil udara pantai sampai jam 12tengahmalam baru pulang ke bilik.
Esok paginya selepas solat Subuh , terkoyong-koyong lah kami ke tepi pantai nak tengok matahari terbit.Malang sungguh sebab pagi ini pun cuaca agak mendung.Jadi cuma nampak cahaya-cahaya matahari yang keluar dari awan hitam sahaja.
Jadilah,kalau takde dahan ranting-ranting pun boleh hehehe.
 Memandangkan air surut pagi ini jadi kami berjalan sampai ke tengah sedikit.Kalau air pasang air naik tinggi sampai atas batu tu.
 Jadi sesi bergambar kami pagi ini di ambil tanpa terbitnya fajar.Hanya bergambar dengan keindahan awan-awan dan pantai sahaja. 
 Kenapa di panggil Teluk Ramunia ? Sebab terdapat teluk di sinilah..Tidak seperti pantai Desaru yang terhampar panjang pantainya.Kat sini boleh nampak lekuknya teluk ini.Jadi pantainya agak landai sedikit dari Desaru.
Ini beberapa gambar keindahan Teluk Ramunia yang sempat RA rakamkan.Ada 2 lagi resort berhampiran teluk ini yang boleh korang sewa jika nak bermalam.
Gambar kat batu nie korang kena tunggu air surut baru boleh ke sini.
 Jangan lupa bawa segala kelengkapan untuk sesi bergambar.hehe
 Amacam? Ada nampak macam tentera Jepun atau Jerman tak? Banzaaiiiiiii......
 Untuk menjadikan resort ini lebih persendirian.Pihak resort telah membuat tembok dan pintu masuk untuk kelaur masuk.Jadi bila malam kawasan pantai di tutup pagarnya agar orang luar tidak boleh ceroboh masuk ke dalam resort.
 Daftar keluar jam 12 Tengahari , jadi kami terus ke Warong Masakkan Kampung Ibrahim di Teluk Sengat.Sampai dah dekat pukul 1 tengahari jadi banyaklah makanan yang sudah abis.Selepas makan tengahari kami singgah ke Taman Buaya Teluk Sengat.Ada orang belum pernah ke sini lagi katanya.
Oh yea gambar kat atas ini adalah BKU (Buaya Kurang Upaya) yang terlahir cacat dan antara koleksi buaya yang ada di Taman Buaya Teluk Sengat.
Kalau ke Teluk Sengat tapi tak singgah di sini agak rugilah yea.Ini lokasi paling terbaik untuk bergambar dengan Jambatan A berkembar.
  Lokasi ini agak tercorok dan hanya penduduk tempatan dan beberapa orang luar sahaja yang tahu lokasinya. 
 Kalau korang nak ke sini jangan lupa bawa RA.Nanti RA boleh tunjukkan hahahaha.Tapi kena belaja RA makan sedap-sedap lah kat Teluk Sengat nanti hehe.Perjalanan dua hari satu malam berakhir di sini.Sebelum kami pulang ke rumah sempat lagi Abang Mad dan keluarganya singgah makan durian kampung kat Desaru.RA tengok jelah sebab RA memang tak reti makan durian.hehehe...Ok gang jumpa lagi di liputan akan datang.

Friday, July 17, 2020

Kota Iskandar Johor

Sebenarnya dah lama RA nak ambil gambar di sini, tapi dek kerana kengkangan masa dan kerja baru hari ini RA berkesempatan.Bangunan yang dalam gambar ini ialah bangunan Sultan Ismail dan di setiap bangunan pasti ada laman atau taman berkolam yang dibina.Laman ini di namakan Laman bunga rampai dan Laman Bunga Kasturi.
Kota Iskandar ini merupakan pusat pentadbiran baru di Negeri Johor.Apa yang menarik senibinanya di ilhamkan daripada seni bina Istana Alhambra iaitu bercirikan Moor-Andalusia dan Melayu Johor.Kalau korang nak tau lagi kesemua bangunan di bina mengadap Kiblat dan ada sesetengah bangunan mempunyai pengaruh Bugis , Jawa , Belanda , British dan kumpulan etnik peribumi tempatan. 
Nama bangunan ini ialah bangunan Dato Jaafar Muhammad.Ianya bertentangan dengan Bangunan Sultan Ismail dan taman ini paling RA suka.Walaupun cuaca sangat panas RA gagahkan juga untuk merakamkan keindahan taman ini.Unsur ciri-ciri air menjadi identiti taman ini.
 Termasuklah juga model-model yang tidak berbayar RA ini untuk menceriakan suasana katanya.
 Dia bawak satu keluarga kau....
Senibina ini paling RA suka,macam berada di kota Andalusia pulak.Tapi RA nampak ada banyak bangunan-bangunan yang tidak di selengara dengan baik.Ada sesetengah tu nampak berkulat dan hitam.Di harap pihak pengurusan Kota Iskandar dapat menyelengaranya secepat mungkin sebab ia bukan sahaja mencerminkan bangunan itu sahaja tetapi membawa nama Johor.
Taman/Laman ini terletak di belakang bangunan jadi kalau korang nak ke sini korang boleh meletakkan kenderaan korang di belakang bangunan dan bergambar di sini.
 Amboi nampak lebih gamaknya model nie. 
Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.Anaknya pun nak jugak bergambar katanya.
Yang ini lagi sorang bergambar di hadapan kolam.
Ok geng,jangan lupa untuk ke sini yea...Tapi RA sarankan jangan pergi masa tengah panas terik macam yang RA buat nie hehe.Datang la lewat-lewat petang sikit atau awal pagi yea.

Tuesday, July 14, 2020

21 Tempat Menarik di Johor Untuk di Lawati 2020

Top 21 Tempat Menarik di Johor untuk di lawati 
Kemas kini JUL2020
Ok ini panduan buat korang yang mencari-cari apa yang perlu di buat ke Johor Bahru
NO 1 : JOHOR BAHRU STREET WALK
(Jalan Dhobi,Jalan Tan Hiok Nee,Jalan Segget,Jalan Ibrahim,Jalan Ungku Puan,Jalan Bukit Timbalan,Jalan Trus,Jalan Wong Ah Fook)
Untuk melihat bandaraya Johor Bahru pada waktu siang dengan lebih dekat lagi RA cadangkan korang berjalan kaki sahaja.Korang boleh memulakan perjalanan dengan berjalan kaki dari Pejabat Pos Besar Johor.Kemudian masuk ke Jalan Dhobi berhampiran HSBC Bank.Kat sini korang akan jumpa deretan Kafe-Kafe dan kedai kedai paling lagend di Johor Bahru , antaranya Kedai Bakery Sallahudin (wajib singgah beli) , Kedai Kek Pisang , Kafe Chaiwalla ,IT Roo Chicken Chop , Kafe Mui Hui , Kedai Kopi , Restoran Asam Pedas , Masjid India dan macam-macam lagi la.Korang juga boleh bergambar di bangunan-bangunan lama di sekitar kawasan di sini.Di penghujung Jalan Dhobi ini terdapat sebatang Sungai iaitu Sungai Segget yang berlatar belakangkan Bandaraya Johor Bahru.Tak jauh dari situ terdapat kawasan yang di namakan Little India Johor.Terdapat panggung wayang Broadway paling lama di Johor Bahru (tayangan filem-filem Tamil sahaja) dan juga kuil paling terkenal di Johor Bahru iaitu Kuil Mariamman (kuil di buat dari kaca).Dari situ RA cadangkan korang mengambil gambar di Bangunan Sultan Ibrahim di atas Bukit Timbalan yang terletak tidak jauh dari belakang kuil Mariaman.Tak lengkap kalau ke JB jika tak mengambil gambar di sini.
Korang boleh ke tingkat 5 di zon letak kereta terbuka Galleria Kotaraya dan mengambil gambar Bangunan Sultan Ibrahim dengan lebih jelas atau dari bawah sahaja jika mahu.
NO 2 : PASAR KARAT JOHOR DAN JOHOR BAHRU SKY SCREEN
Masih terletak di Bandaraya Johor Bahru.Lokasi Pasar Karat ini terletak di kawasan yang sama siang tadi korang berjalan.Pasar Karat hanya di buka dari jam 7malam hingga 1-2pagi menjual pelbagai barangan ala pasar malam dari barangan lama ke barangan baru.Sky Screen pula terletak tidak jauh dari Pasar Karat.Selalunya untuk ke Pasar Karat kami semua akan meletakkan kereta kami hadapan Bangunan Mahkamah Johor dan Pejabat Pos Besar dan di hadapan situlah terletaknnya Sky Screen ini.Tapi ingat lampu-lampu ini hanya di buka pada waktu malam sahaja.
NO 3 : COUNTRY GARDEN & LAMAN MAHKOTA ISTANA BUKIT SERENE
Singgahlah ke Country Garden untuk menikmati suasana bandar metropolitan yang berkonsepkan dalam taman.Korang boleh bersantai sambil menikmati angin pantai Lido di sini sambil menikmati bangunan-bangunan pencakar langit dan marina.Tak berapa jauh dari Country Garden (5minit memandu) terdapat salah satu lagi mercu tanda Johor Bahru iaitu Laman Mahkota yang terletak di pintu masuk utma Istana Bukit Serene.Di sini terdapat binaan replika Mahkota Kesultanan Johor dan juga replika Bangunan Istana Bukit Serene.Waktu malam akan lebih cantik dengan cahaya lampu yang di pasang di Relipka Mahkota tersebut.
NO 4 : SKY BRIDGE JBCC KOMTAR
Bagi yang nak menikmati dan melihat keindahan bandaraya Johor Bahru dari kayangan (hehehe) Boleh lah cuba ke sini.Terletak di tingkat 34 bangunan JBCC Komtar, ia merupakan bangunan Ikonik terbaru di Johor Bahru.Cabar diri korang untuk berjalan dan bergambar di jambatan kaca di sini.Pemandangan petang di sini sangatlah cantik.Di buka dari Jam 930pagi hingga 10malam setiap hari.
NO 5 : PANDAN UPTOWN
Jangan ingat di KL je ada Uptown.Di JB pun ada yea.Kawasan ini dahulunya hanya sebuah Pasar Borong , kini telah di besar dan menempatkan pelbagai barangan dari pakaian , kasut , alat mainan kanak-kanak,peralatan rumah,pasar basah dan pasar kering dan pelbagai lagi.Terdapat juga deretan gerai makanan yang menjual makanan-makanan popular di Johor Bahru antaranya Satey Taman Molek,Roti Capati dan Kebab Pakistan , Roti John , Bubur Nasi Taman Sentosa , Seafood , Sup Tulang Merah dan macam macam lagi.Pandan Uptown ini akan lebih meriah dan padat pada hujung minggu dengan kehadiran ramai pengunjung dari Singapura di sebabkan ia di buka hingga jam 2-3pagi.
NO 6 : KOTA ISKANDAR & PUTERI HARBOUR
Jangan lupa untuk singgah di Nusajaya kerana di sini terdapatnya Kota Iskandar (pusat pentadbiran terbaru Johor) yang kami panggil Putrajaya Johor.Memang sesuai untuk bergambar kerana banyak bangunan dan taman-taman berkonsepkan timur tengah.Bersebelahan dengan Kota Iskandar ini pula terletaknya Puteri Harbour.Kawasan penempatan,hotel,marina serta jeti untuk bot persiaran dan feri.
NO 7 : FOREST CITY
Bandar terancang berkonsepkan kediaman dalam taman kehijauan.Terdapat komplek membeli belah , Hotel , Sekolah Antarabangsa , Pantai persisir, kondo-kondo mewah , marina dan bermacam lagi.Sesuai datang ke sini untuk bersantai dan berpiknik di pantai.Pantai tidak dibenarkan untuk mandi tetapi kolam renang dewasa di buka kepada orang ramai,manakala kolam renang kanak-kanak akan di buka setelah larangan PKP di mansuhkan.
NO  8 : JETI KAMPUNG PENDAS
Sebelum balik dari Forest City apa kata anda singgah sebentar ke Jeti Kampung Pendas yang terletak cuma 10km dari Forest City.Kat sini kalau anda sampai sebelum jam 1Petang anda boleh membeli hasil tangkapan laut dengan harga yang cukup murah.Sambil membeli atau lepak makan di gerai yang terdapat di sini anda boleh bergambar atau menyewa bot dengan penduduk tempatan (sekitar RM20 seorang) untuk menikmati keindahan Selat Johor dan jambatan Link ke 2 JB-Singapura.
NO 9 : TAMAN TEMA JOHOR
Johor Bahru terkenal dengan taman-taman temanya yang bertaraf antarabangsa.Antaranya :
LEGOLAND & LEGO WATER PARK
THOMAS & FRIENDS THEME PARK
ANGRY BIRD THEME PARK
AUSTIN HEIGHTS WATER THEME PARK
NO 10 : TASIK BIRU KANGKAR PULAI
Terletak cuma 45minit dari Bandaraya Johor Bahru.Tasik Biru ini adalah kawasan tinggalan kuari yang terletak di Bandar Baru Kangkar Pulai.Setiap hujung minggu pasti menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar di sini.Buat yang tidak pernah ke sini boleh ikut sama RA di setiap Sabtu .Selalunya RA akan berkumpul dengan kawan-kawan di hadapan kedai runcit simpang empat (selepas lampu merah masuk ke Bandar Baru Kangkar Pulai) jam 8pagi.Jadi boleh DM RA atau add je kami di FB group "GENG TASIK BIRU KANGKAR PULAI".Kalau nak beli t-shirt pun boleh DM terus RA.
 NO 11 : HUTAN LIPUR GUNUNG PULAI PONTIAN
Terletak sejam dari Bandaraya Johor Bahru , hutan lipur Gunung Pulai ini sesuai untuk berekriasi untuk seisi keluarga.Untuk sampai kepuncak anda boleh memilih laluan jalan raya atau laluan di dalam hutan.Di samping itu terdapat juga anak-anak sungai , jeram dan air terjun untuk bermandi manda di sini.
 NO 12 : TAMAN NEGARA PULAI KUKUP
Untuk ke sini anda perlu ke Pekan Kukup yang terletak kira - kira 56KM dari Bandaraya Johor Bahru (kira-kira sejam perjalanan).Dari situ korang boleh terus ke Jeti dan menaiki perkhidmatan bot yang di sediakan oleh pengusaha-penusaha ikan ternakan rakit berhampiran dengan bayaran sekitar RM 5 seorang (bayar semasa dalam bot).Pulau Kukup ini adalah pulau paya bakau ke 2 terbesar di dunia tau.
 NO 13 : TANJUNG PIAI PENGHUJUNG BENUA ASIA
Tak jauh dari Pekan Kukup terletaknya Taman Negara Tanjung Piai.Di sini lah terletaknya penghujung bagi benua Asia.Dari pintu masuk korang boleh melalui jambatan kayu yang di bina di atas paya bakau ke kawasan paling hujung bagi benua Asia.Jangan lupa untuk mendapatkan sijil pengesahan dengan bayaran RM5 membuktikan yang korang sudah tiba di sini.Tak jauh dari sini terdapat juga sebuah Resort dan restoran makanan laut di atas air.Jangan lupa untuk singgah makan atau bermalam di sini juga.
 NO 14 : STADIUM SULTAN IBRAHIM (JDT) - GELANG PATAH
Rugi jika ke Johor jika tidak singgah di bangunan Ikonik terbaru yang paling terkenal di Johor iaitu Stadium Sultan Ibrahim atau lebih di kenali juga dengan nama Stadium JDT.Buat masa sekarang stadium ini belum lagi di buka untuk umum.Tapi anda boleh bergambar di luar stadium dan merakamkan kenangan di sini.Haa kalau nak beli baju boleh DM terus pada RA seperti di no telefun di atas.
 NO 15 : SUNGAI PERLING & SELAT TEBRAU JOHOR
Cuba sesuatu yang baru di Johor Bahru dengan menaiki bot menyusuri Sungai Perling dan Selat Johor.Korang boleh melihat Johor Bahru dari perspektif laut yang jarang-jarang korang dapat lihat.Hanya 15minit dari bandaraya Johor Bahru korang akan di bawa melihat Country Garden , Puteri Harbour , Rumah Rakit , Pulau Pasir,Pulau Paya Bakau dan perkampungan persisir selat Tebrau dan Johor.
NO 16 : RUMAH RAKIT DAN JETI KONG KONG - MASAI
50Minit dari Bandaraya Johor Bahru korang boleh menikmati makanan laut dan berehat memancing di rumah rakit Kong Kong.Ada bot juga yang boleh di sewa untuk membawa korang menyusuri Sungai Johor dan Jambatan A di Lebuhraya SENAI - DESARU.
NO 17 : DESARU COAST DAN PANTAI DESARU
Sejam setengah dari bandaraya Johor Bahru anda boleh ke Pantai Desaru dengan mengunakan lebuhraya Desaru-Senai.Desaru Coast pula adalah pusat peranginan terbaru yang di bangunkan dan menempatkan beberapa hotel & Taman Tema bertaraf 5*.Antaranya Hard Rock Hotel Desaru , The Westin Desaru Coast Resort , Adventure WaterPark , Desaru Coast Riverside & Anantara Desaru Coast Resort & Villa.Atau anda boleh saja ke Pantai Desaru untuk bermandi manda dan bersantai.
 NO 18 : TELUK SENGAT JOHOR
Satu lagi tempat menarik untuk di lawati berhampiran Desaru ialah TELUK SENGAT JOHOR.Terletak cuma 15Km sahaja dari Pantai Desaru.Kalau ke jetinya jangan lupa untuk makan makanan laut di deretan kedai-kedai berhampiran dengan harga yang cukup murah ala shellout ataupun berhidang.Tak jauh dari Jeti Teluk Sengat terdapat Taman Buaya Teluk Sengat yang terbesar di Malaysia.Buaya yang terdapat di sini kesemuanya jenis Buaya Air Masin dan di anggarkan ada lebih 1000 ekor buaya.Paling tua berumur 155tahun dan terdapat juga Buaya Kurang Upaya (BKU).hehee,Nak tau kenalah ke sini.Korang juga boleh singgah ke Muzium Johor Lama berhampiran dengan Taman Buaya ini.Kawasan Muzium di bina atas tanah yang menjadi kubu pertahanan Johor Lama selepas Kesultanan Melayu berundur di Johor.

NO 19 : AIR TERJUN KOTA TINGGI
Tidak berapa jauh dari Bandaraya Johor Bahru.Sekitar sejam perjalanan,korang boleh ke Air Terjun Kota Tinggi.Air terjun kat sini antara Air terjun paling terkenal di Johor.Kalau korang tak suka mandi di bawah korang boleh naik ke tingkat atas untuk menikmati kesejukkan dan ke indahan airnya.Hujung minggu paling ramai orang ke sini dan terdapat juga sebuah resort di sediakan bagi yang mau bermalam.
NO 20 : PEKAN AYER HITAM - BANDAR SERAMIK
 Kalau korang dari utara nak ke Johor Bahru atau dari Singapura/Batam nak ke Utara jangan lupa singgah dulu ke Pekan Ayer Hitam.Kat sini terdapat pelbagai gerai menjual barangan seramik dan kraf sama ada untuk perhiasan rumah atau majlis kahwin.Pekan Ayer Hitam juga di kenali dengan nama Bandar Seramik kerana terdapat banyak kilang-kilang yang membuat seramik di sini untuk pasaran dalam dan luar negara.Kat sini korang boleh tawar menawar dan pasti berpuashati dengan barangan yang di beli.Jangan cakap barangan seramik dan kraf je , ada juga bantal , karpet , kain , anak patung berbentuk bantal dan macam-macam lagi lah.Kalau korang sampai sebelum jam 3petang korang boleh singgah makan dulu Nasi Kambing 40Hari yang terkenal di sini.
  NO 21 : PUSAT MEMBELI BELAH TERKENAL
Memandangkan Johor Bahru ini berjiran dengan Singapura , maka banyak lah lambakkan pusat membeli belah terdapat di sini.
Ini adalah antara Pusat Membeli Belah terbesar dan terkenal di Johor Bahru.
AEON MALL TAMAN DATO ONN
AEON JUSCO MALL TEBRAU
AEON MALL BUKIT INDAH
SUNWAY BIG BOX (terbaru)
KSL MALL
BELETIME DANGABAY MALL (terbaru)
MID VALLEY SOUTHKEY MALL (terbaru)
TOPPEN MALL (terbaru)
SUTERA MALL 
 JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO)
MYDIN MALL MUTIARA RINI (terbaru)
R & F MALL JB (Terbaru)
PARADIGM MALL
ANGSANA JB MALL 
CITY SQUARE MALL
JBCC KOMTAR (terbaru)
IKEA TEBRAU 
B5 JOHOR STREET MART (terbaru)
 Ini semua belum lagi termasuk JaKel,Tesco,Giant,Econsave,Skudai Parade,Kipmart,@Mart,SmartMar dan macam-macam lagi lah yang tumbuh bak cendawan di sini.Sediakan duit korang jekkkk....
Oklah ini saja yang dapat RA senaraikan dan kemaskini.Harap dapat membantu bagi sesiapa yang mahu melawati Johor.
SELAMAT DATANG KE JOHOR 

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....