Sunday, June 28, 2020

Sepetang di Pendas Johor

Yeah...ke Pendas kita petang ini.Pendas adalah sebuah kawasan perkampungan berhampiran dengan Selat Johor , Forest City Johor , Jambatan Link ke 2 dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.Untuk ke sini korang kena masuk melalui lebuhraya menghala ke Link ke 2 dan keluar dari laluan masuk ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kat penghujung Kampung Pendas ini ada sebuah jeti nelayan yang menjual pelbagai hasil tangkapan laut bermula jam 7pagi sampai lah ke pukul 12Tengahari.Hasil laut kat sini sangat segar dan baru naik dari laut.Tapi hari ini RA tak datang pada waktu pagi sebab kami ke sini untuk mengambil gambar dan menikmati suasana petang dan matahari terbenam di sini.
Ini salah satu muara sungai tempat nelayan meletakkan bot dan sampan mereka.
Suasana petang kat sini memang sesuai untuk di dalam lensa kamera.Lokasi ini tak berapa jauh dari jeti dan pasar segar pagi.Masa kami tiba air sungai sudah surut jadi banyak bot dan perahu nelayan yang berada di jeti.
 Salah satu gambar yang di rakam keatas kanak-kanak.
 Ibu dan anak
Ibu dan anak juga.
 Kawan dan taulan 
 Serta keluarga.
Tak lupa juga jika untuk yang ingin mengambil gambar perseorangan.
Jadi apa saja boleh di rakamkan.
 Terdapat juga sebuah restoran terapung berhampiran dengan jeti yang menyajikan makanan laut.Harga RA rasa agak munasabah cuma kami terpaksa menunggu hampir 50minit untuk makanan kami tiba,sebab petang tu ramai juga yang datang makan di sini.
Menu Siakap tiga rasa.
 Sambil menunggu makanan siap dapatlah RA merakamkan beberapa detik bersama lensa kamera RA.
 Hasil lensa di waktu petang dan senja di sini memang tidak mengecewakan.
 Waktu senja di sini paling menarik untuk di rakamkan 
 Tenang dan sesekali rasa restoran kami bergoyang dek laluan bot yang mengocakkan air di laut.Oh yea restoran ini di bina terapung yang di letakkan tong air kosong di bawahnya.
 RA suka imej jelmaan air di bawah perahu-perahu nelayan nie.Alhamdulillah kami dapat merakamkan detik-detik indah ini sebelum matahari melaburkan tirainya dan kami menanti purnama menjelma sebelum pulang ke rumah masing-masing sebelum Isyak menjelma.

Saturday, June 20, 2020

Tepi Laut Pekan Pontian

Sebenarnya RA tak merancang pun nak ke Pontian petang tadi.Semua secara kebetulan.Masa tengah relek-relek kat rumah RA dapat panggilan telefun dari Kak Ros dan Abang Mad katanya nak ke Pekan Nenas tengok kedai basikal di sana.Jadi dari Pekan Nenas nie tanpa di rancang tetiba melarat sampai ke Pontian cari kedai makan dan ambil sesi bergambar dengan RA katanya.
Kat tepi laut Pontian nie kalau korang perhatikan ada banyak yang boleh di jadikan tempat untuk bergambar.Contah di muara sungai berhampiran dataran tambak tidak jauh dari Mcdonald nie.
Kat sini ada beberapa bot bot nelayan berlabuh di jeti sementara yang dalam pembinaan.Bila tengok nampak biasa je,tapi kalau korang perhatikan betul-betul ia nampak menarik jika di rakamkan di lensa kamera.
 Bawa pula orang yang suka bergambar macam kak Ros nie...
 Walaupun masa kami sampai kat jeti nie hari dah mulai gelap tapi hasil gambar masih lagi nampak terang setelah di kemaskini.Macam gambar nie.
 Dia dok lentok pulak kat dada suami dia..hahaha.Jangan tertidur sudah yea kak. 
 Lukisan gambar hasil dari lensa. 
 RA pun nak juga bergambar.
Gambar boleh di nbuat dengan pelbagai pilihan.Nak warna hitam putih pun boleh.
Korang boleh DM terus RA untuk dapatkan sebut harga termurah.0127709809
(Tak mahal mana pun sebab RA guna kamera telefun bimbit biasa dengan edit mengunakan komputer.)

Thursday, June 18, 2020

Lawatan Bot di Selat Tebrau

Pakej ini khas RA buat untuk mereka yang cintakan alam semulajadi.Jangan ingat kat Johor Bahru takde tempat lepak berkonsepkan alam semulajadi tau.Ini RA bawakan pada anda pakej 2hari 1malam menyusuri Selat Tebrau beserta dengan hotel penginapan sekali.
Ok kalau yang tak mau ada penginapan korang boleh pilih pakej yang ini.Pakej ini termasuk Makan tengahari Asam Pedas set di Kampung Sungai Melayu.(selalunya berhenti makan setelah melawat Puteri Harbour).
 Antara tempat-tempat yang akan di lalui oleh bot ialah seperti di bawah :
Keseluruhan perjalanan mengambil masa 4-5Jam.
(Tertakluk pada masa anda berhenti mengambil gambar)
Bertolak ketika air pasang (sekitar jam 9-10Pagi).Dari Sungai Perling.
Route perjalanan Kami ialah :
1.SUNGAI PERLING
2.POLIS MARIN PENGKALAN RINTING
3.JAMBATAN DANGABAY
4.KG BAKAR BATU DANGA (SPOT BERGAMBAR)
5.DANGABAY
6.COUNTRY GARDEN (bergambar dari bot)
7.RAKIT TERNAKAN IKAN SUSU AH CHUA
8.TANJUNG SEKIJANG
9.PULAU SARIMBUN
10.KG.TEBING RUNTUH (SPOT BERGAMBAR)
11.PUTERI HARBOUR (bergambar di bot)
12.SG PERAPET
13.RAKIT KG SUNGAI MELAYU (beli hasil tangkapan laut - Ikan/Udang/Ketam)
14.Makan tengahari di Restoran Asam Pedas Kg Sungai Melayu
15.BUKIT PASIR (SPOT BERGAMBAR)
 Anda akan di turunkan di spot-spot yang menarik untuk bergambar sebelum di bawa ke Kampung Sungai Melayu untuk menikmati Asam Pedas Johor yang terkenal di sini.
 Set asam pedas akan di hidangkan setibanya adan di sini.(Asam pedas + sayur Goreng + telur dadar)
Selesai makan tengahari anda akan di bawa pulang semula ke tempat anda bermula.Kemudian bolehlah anda meneruskan perjalanan untuk daftar masuk apartment atau hotel yang telah RA tempah.
Tempahan apartment atau hotel adalah berdasarkan pada kekosongan.
Untuk 2 orang selalunya RA akan tempahkan studio apartment atau hotel.
 Untuk 3-5orang RA akan tempahkan apartment 2bilik.Lokasi adalah terletak berdekatan dengan Legoland , DangaBay atau Kota Iskandar.
 Bot Nelayan
 Rumah Rakit
Country Garden Danga Bay
 Puteri Harbour
 Jambatan Sungai Danga
 Bukit Pasir tambak
 Bukit Pasir Tambak
Muara Sungai Perling
Jadi apa tunggu lagi?? Telefun RA untuk tempahan www.wasap.my/+60127709809




Tuesday, June 16, 2020

Gambar Outdoor

Semalam RA berkesempatan membuat pengambaran gambar di muara sungai.
Semua hasil dari tangkapan gambar yang RA siarkan ini adalah mengunakan Kamera telefun bimbit Samsung Galaxy A50 sahaja.
Seperti kamera DSLR gambar-gambar yang di tangkap akan di "edit" untuk mendapatkan hasil seperti di bawah.
Pernah tak korang terpikir nak buat gambar korang lain dari yang lain?
Takkan nak bergambar sama je kan dan takkan nak bergambar asik di studio je.
Apa kata korang kasi RA buat kerja amik gambar korang dan tukar stail gambar-gambar korang.
Gambar-gambar yang RA edit dan bawa korang ke lokasi-lokasi terbaik sekitar Johor Bahru pasti menjanjikan.
Lepas tu terserah lah kalau samaada nak cetak di kain canvas,baju-t atau hanya simpan di telefun bimbit atau media sosial.
Yang penting harga yang RA tawarkan lebih murah dari korang suruh orang-orang dari kedai studio  amikkan gambar korang.
 RA mempunyai banyak lokasi-lokasi menarik untuk di bawa bergambar di sekitar Johor Bahru.
Bukan hanya asik di Tasek Merdeka , Istana , Danga Bay , Puteri Harbour je.Lokasi tempat yang RA bawa nie sangat Rare yea.
Ini antara contoh gambar terbaik berlatarkan warna biru di salah sebuah muara sungai di Johor.
 Gambar yang telah di ambil akan RA edit dan akan di serahkan kepada korang dalam masa 24-36jam.
 Untuk mendapat gambar yang menarik ada baiknya di buat sekitar waktu petang dari jam 3 hingga 6petang.
 Masa petang inilah cahaya matahari terbenam menjadikan gambar korang lebih menarik untuk di edit.
Ini hasil terbaik dari gambar matahari petang.
Ini sedikit retro dan vantage.
Ini pula gambar dari hadapan pencahayaan matahari.Cuma di edit menjadi sedikit vantage.
Hitam putih
Persis Lukisan warna
 Satu lagi Lokasi yang menarik ialah di tasik.
 Ada banyak spot menarik yang boleh di buat kat sini.
Sedikit gambar himbasan cermin.
 Ini dari puncak bukit menghadap Pendas dan jambatan Link ke2.Juga di edit menjadi seperti persis lukisan berkembar.
Gambar di Kampung Nelayan Pendas sewaktu senja.(matahari terbenam)
 Contoh-contoh gambar yang di edit mengikut kemahuan anda.
Gambar berpasangan.
 Lakaran lukisan dengan sedikit sentuhan animasi.
Ok kat sini RA nak citer sikit tentang kerja sampingan RA ini.Semua orang terkesan dengan pendapatan yang berkurangan semasa Pendamik Covid ini.Termasuklah RA juga.
Jadi sebagai sampingan RA menyediakan perkhidmatan pengambaran gambar "OUTDOOR" dengan harga seperti di bawah.Kalau korang nak tengok contoh-contoh gambar yang RA ambil juga boleh lihat di Instagram RA - RIODENAZ.
1.Untuk Gambar Solo/Berpasangan = RM 100.00/per sesi
2.Untuk Gambar Berkumpulan/Keluarga = RM 150.00/per sesi
*Harga untuk 15keping gambar
*Max 2 lokasi pengambaran

Cetak mengunakan kain canvas siap frame kayu tambahan RM45 frame saiz 12' x 24'.
Cetak di PhotoBook tambahan RM 130.00 (8.5' x 11')
(40Mukasurat 60gambar dengan 15darinya gambar yang sudah di edit) 
KORANG BOLEH WA RA di www.wasap.my/+60127709809/Outdoor.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....