Sunday, June 28, 2020

Sepetang di Pendas Johor

Yeah...ke Pendas kita petang ini.Pendas adalah sebuah kawasan perkampungan berhampiran dengan Selat Johor , Forest City Johor , Jambatan Link ke 2 dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.Untuk ke sini korang kena masuk melalui lebuhraya menghala ke Link ke 2 dan keluar dari laluan masuk ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kat penghujung Kampung Pendas ini ada sebuah jeti nelayan yang menjual pelbagai hasil tangkapan laut bermula jam 7pagi sampai lah ke pukul 12Tengahari.Hasil laut kat sini sangat segar dan baru naik dari laut.Tapi hari ini RA tak datang pada waktu pagi sebab kami ke sini untuk mengambil gambar dan menikmati suasana petang dan matahari terbenam di sini.
Ini salah satu muara sungai tempat nelayan meletakkan bot dan sampan mereka.
Suasana petang kat sini memang sesuai untuk di dalam lensa kamera.Lokasi ini tak berapa jauh dari jeti dan pasar segar pagi.Masa kami tiba air sungai sudah surut jadi banyak bot dan perahu nelayan yang berada di jeti.
 Salah satu gambar yang di rakam keatas kanak-kanak.
 Ibu dan anak
Ibu dan anak juga.
 Kawan dan taulan 
 Serta keluarga.
Tak lupa juga jika untuk yang ingin mengambil gambar perseorangan.
Jadi apa saja boleh di rakamkan.
 Terdapat juga sebuah restoran terapung berhampiran dengan jeti yang menyajikan makanan laut.Harga RA rasa agak munasabah cuma kami terpaksa menunggu hampir 50minit untuk makanan kami tiba,sebab petang tu ramai juga yang datang makan di sini.
Menu Siakap tiga rasa.
 Sambil menunggu makanan siap dapatlah RA merakamkan beberapa detik bersama lensa kamera RA.
 Hasil lensa di waktu petang dan senja di sini memang tidak mengecewakan.
 Waktu senja di sini paling menarik untuk di rakamkan 
 Tenang dan sesekali rasa restoran kami bergoyang dek laluan bot yang mengocakkan air di laut.Oh yea restoran ini di bina terapung yang di letakkan tong air kosong di bawahnya.
 RA suka imej jelmaan air di bawah perahu-perahu nelayan nie.Alhamdulillah kami dapat merakamkan detik-detik indah ini sebelum matahari melaburkan tirainya dan kami menanti purnama menjelma sebelum pulang ke rumah masing-masing sebelum Isyak menjelma.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....