Sebenarnya RA tak merancang pun nak ke Pontian petang tadi.Semua secara kebetulan.Masa tengah relek-relek kat rumah RA dapat panggilan telefun dari Kak Ros dan Abang Mad katanya nak ke Pekan Nenas tengok kedai basikal di sana.Jadi dari Pekan Nenas nie tanpa di rancang tetiba melarat sampai ke Pontian cari kedai makan dan ambil sesi bergambar dengan RA katanya.
Kat tepi laut Pontian nie kalau korang perhatikan ada banyak yang boleh di jadikan tempat untuk bergambar.Contah di muara sungai berhampiran dataran tambak tidak jauh dari Mcdonald nie.
Kat sini ada beberapa bot bot nelayan berlabuh di jeti sementara yang dalam pembinaan.Bila tengok nampak biasa je,tapi kalau korang perhatikan betul-betul ia nampak menarik jika di rakamkan di lensa kamera.
Bawa pula orang yang suka bergambar macam kak Ros nie...
Walaupun masa kami sampai kat jeti nie hari dah mulai gelap tapi hasil gambar masih lagi nampak terang setelah di kemaskini.Macam gambar nie.
Dia dok lentok pulak kat dada suami dia..hahaha.Jangan tertidur sudah yea kak.
Lukisan gambar hasil dari lensa.
RA pun nak juga bergambar.
Gambar boleh di nbuat dengan pelbagai pilihan.Nak warna hitam putih pun boleh.
Korang boleh DM terus RA untuk dapatkan sebut harga termurah.0127709809
(Tak mahal mana pun sebab RA guna kamera telefun bimbit biasa dengan edit mengunakan komputer.)
No comments:
Post a Comment